Ada seorang hamba Allah, ada projek tapi tak ada financer. Fikir punya fikir untuk dapat dana dia pun
buat satu kertas kerja dan buka satu syarikat. Oleh kerana nama dia Lloyd, dia gunakan sempena nama tu untuk syarikat dia. Menggunakan syarikat sdn. bhd dan kertas kerjanya yang nampak macam betul, kelihatan projeknya betul, unjuran kira-kiranya pun betul, maka dia berjaya mendapat
pinjaman dari bank.
Dapat duit dari bank dia beli peralatan pejabat dan mula menggaji pekerja. Tanpa pengetahuan
pekerjanya Lloyd dah pindahkan semua wang syarikat ke tempat lain. Setelah beberapa bulan
syarikatnya mula mengalami masaalah, creditors pakat cari, pekerja pakat tuntut gaji.
Masing-masing file kan saman. Pekerjanya pun file kan saman kerana Lloyd telah
menyalah gunakan wang syarikat.
Bila sampai di court, hakim tanya Lloyd, " adakah kamu mengaku bersalah ? "
" Tidak . Tuan Hakim," jawab Lloyd dengan yakin.
"Kenapa ? Ini syarikat sdn. bhd.... " tanya tuan hakim.
" Saya memang tak salah tuan hakim," Lloyd jawab tanpa ragu.
" Kenapa ? " tuan hakim tanya lagi .
" Betul ini syarikat sdn. bhd....,..tapi tuan hakim tau tak siapa nama saya ? "
" Kamu jangan mempersendakan mahkamah, saya beri amaran pada kamu."
" Saya tidak bermaksud tuan hakim. Nama syarikat ini adalah Lloyd dan nama saya juga adalah Lloyd,
di mana salah saya mengeluarkan wang sendiri di sini ??? "
Hakim pening. Korang yang baca pun peningkan ?
Rasa-rasanya selain kerusi meja apa yang creditors tu boleh angkut ya ?
Macam Nabil kata ' lu pikir lah sendiri '. Cik kak nak tido. Selamat malam
No comments:
Post a Comment