Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daniel

Dia bukan setakat comel tapi juga banyak mulut ,sehingga kadang aku confius dia ni lelaki ke perempuan.
Kalau di kejiranan aku, semua jiran dari India ke Cina adalah kenalannya. Keramahannya pada orang
asing kadang buat aku risau. Maklum la dia bukan jenis penakut . Semua orang tua ,terutamanya yang
lelaki dikatanya kawan baik. Hobinya selain bergambar dan menjadi model klip video jiran sebelah,
adalah juga mengambil gambar. Ada aura menjadi photographer Si Daniel ni.

  Gambar 5 hari selepas baik berkhatan.

 Paling rapat dengan kak long.
 Adik bongsu kesayangan.
Selain tu dia juga pakar cari duit.  Ini salah satu pamphlet yang dilekatkan didinding bilik
sepanjang cuti sekolah. Memang dia pandai buat duit oo. Nasib baik aku dapat free servis
picit kaki. Ok gak kan ? Adik-beradik tetap kena bayar beb. Kalau tak cari pasal dengan dia,
maulah dia bagi diskaun. Kalau tak......harapanlah.

Dan  semalam  dia  merungut kerana ketiadaan pelanggan, " boringlah hari ni.........,
 tak ada pelanggan nak urut kaki." Sedih air mukanya. Sedang closing date semakin hampir.
( Cuti sekolah dah nak sampai ke penghujung. nampak dia letak date 2/1/2014 ? )
" Rilex la dik, nak berniaga memang kena kuat."
" Kalau esok pun tak ada pelanggan...rugilah Daniel ma."
" Ok, picit kaki mama,nanti mama bayar RM 1."
" Tak payahlah......untuk mama dah tentu Daniel buat free."

Teringat lawak dia pada aku satu hari...; " mama, kita kat rumah ada 2 tv tak pakai. Apa kata....
kita jual aja dua-dua tv tu. Nanti mama dapat duit. Kita jual sebuah RM 100. Kalau 2 biji mama
dapat RM 200. Banyak duit mama nanti...."

" Bagus cadangan tu, tapi apa kata mama jual Daniel aja. Kalau jual Daniel RM 200 ribu mama boleh dapat..."

" Mama ni,tak sayang Daniel ea ? Tak nak kawan mama. "
Tak pasal dia merajuk. Sensitif. Mama sayang sepenuh jiwa dan ragalah...

Sewaktu bersantai di Eagle ranch PD. Ada gaya model kan ?

No comments:

Post a Comment