Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Resepi masak sardin ringkas

Lauk apa yang paling senang dimasak ? Biar aku jawab sendiri - sardin. Sardin ada
macam-macam brand, dari cap ayam sampailah ke cap Tesco. Aku suka sardin cap
TESCO kerana rasanya lebih kurang sama dengan sardin Marina dan cap Ayam. Sardin
Tesco ni mula-mula dipekenalkan dulu memanglah murah tapi sekarang boleh tahan mahal
mahal juga harganya. Dalam RM 5.00 setin besar. Tapi aku suka texture sardinnya yang
lembut dan rasanya pun boleh tahan juga. Tak kalah dengan sardin lain y ng lebih branded
dan harganya lebih mahal.


resepi masak sardin, masak sardin ringkas, sardin sedap, sardin murah, cara mudah masak sardin, cara senang masak sardin, masak sardin mudah
                                                             
Oleh kerana lauk sardin ini paling senang dimasak, maka lauk ni la yang anak dara aku
cepat katam belajar resepi dan cara memasaknya. Ahaks. ( Hermm...anak dara sekarang
katam masak air dan sardin je. Buat lempeng pun masih terkial-kial ).

Banyak juga orang yang tak makan lauk sardin ni kerana rasanya yang hanyir, malah
berbagai petua digunakan untuk memasak sardin, antaranya memasukkan daun limau
purut atau perahkan limau nipis ke dalam masakan ini untuk meng'nyah'kan bau hanyir itu.
Tapi aku hanya guna halia.

Haaa....ini cara aku masak sardin. Senang aja caranya :-

Perabah iringan untuk sardin ialah :
Anggaran 1 tin besar sardin.

1.    Cili api dalam 7/8 batang. Gabungkanlah warna hijau dan merah supaya
       supaya warna masakan lebih menyerlah bila dimasak nanti.

2.    Bawang putih seulas. ( Aku memang kurangkan bawang putih dalam masakan )

3.    Bawang besar - 1 labu yang sederhana saiznya. Sila dimayang dulu ya.

4.    Halia dalam 1 setengah inci. Biasanya aku gunakan halia muda.
       Lebih kaw dan senang dikupas.

5.    Belacan
       ( Hehe...ini bahan wajib dalam resepi sardin aku. Tak ada belacan tak jadi yob )

Aku tak suka blend bahan-bahan tu bila masak sardin. Rasanya kurang kaw dan
presentation sardin tu jadi tak mengancam bila dimasak. Semua jadi merah je....,
tak de kaler-kaler. So biasanya semua bahan aku tumbuk pecah-pecah. Kemudian,
tumis hingga naik bau. Bila bau dah naik baru curahkan sardin ke periuk/ kuali.
Kacau-kacau air dalam lesung dan masukkan ke periuk tadi. Bekas tin sardin tu usah
terus dibuang. Isikan air dan kocak-kocak dan curahkan ke dalam periuk juga ( Hehe...
petua orang tua-tua ni, supaya masakannya mantop ). Anggaran kuah dalam 1 tin setengah
 atau 2 tin . Jangan lupa masukkan asam keping dalam 1 atau 2 keping ( ikut rasa tekak  ).
Lepas tu sesuaikan garamnya dan renjiskan Aji-No-Moto. Bereh.

Jerang selama 10 minit je. Senangkan ? 10 minit memasak untuk 1 hidangan lauk.
Itu pasal la anak aku tak mengelak bila disuruh masak sardin ni.
Hermm....alahai anak emak.

                                             

No comments:

Post a Comment