Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Amanah



Aku sebenarnya memang tak berapa suka nak angkat talipon bila memandu. Kecuali bila aku tengok
call tu datang berulang-ulang dan nombor yang mendail tu aku kenal. Angkat jugalah dan aku masuk
ke lorong kiri , mencari tempat yang sesuai untuk berhenti di bahu jalan.

" Aei Lengleng, aku dah buat keputusan. Aku dah cakap dengan Wan....., sekarang aku nak cakap
 sendiri dengan kau. "

" Kau..., nak cakap pasal ko dah buat keputusan nak pergi oversea semula kan ? Wan dah cakap
dengan aku sebelum aku keluar ofis tadi. Kau........, tak pergi untuk mencarut kan ? "

" Not to worry babe .....aku tau kau baru silver tapi aku dah masuk emas. Tak mau perkara
 mengarut dah.  Aku cuma nak amanahkan isteri dan anak-anak aku pada korang berdua, kalau ada
 apa-apa hal  jadi pada aku. Aku ada adik dan ada kawan-kawan yang lain yang boleh dipilih tapi
aku tak mau. I just want both of you to take care of my family should anything happen to me and
 don't say no please. "

Dia matikan talipon dan selang seminit selepas tu aku menerima mesej ini ;-

Lyn..., bintang ada 5 penghujung. Segi 4 ada 4 penghujung
Segi 3 ada 3 penghujung. Garisan lurus ada 2 penghujung
Hidup kita HANYA ada 1 penghujung
Tapi PERSAHABATAN, umpama bulatan yang tiada penghujung.

Fikiran aku menghimbau gurauan kasar antara kami beberapa bulan yang lepas dan aku terasa
pelupuk mata aku mula berat dan berair. Aku bersetuju dengan pepatah ' mencari sahabat sejati bagai mencari jarum di dalam tepung '.

                                       
                    Hidup hanyalah sebuah perjalanan yang hanya ada satu penghujung



No comments:

Post a Comment