Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HELO..., tinggal gajet tu sekejab !


 

Pilihan Raya Umum ke 13 Malaysia yang akan diadakan pada 5hb Mei  2013 bakal berlangsung beberapa hari lagi. Rata-rata semua dah tahu Pilihan Raya bermaksud  MENGUNDI. Namun masih ada segelintir anak muda yang langsung tidak ambik peduli tangung jawab tersebut dan kenapa mereka perlu mengundi ? Ah….setakat pangkah gambar di kertas dan kemudiannya memasukannya ke dalam kotak  - buang masa. Tak menarik langsung. Apa nak kisah kalau kerajaan bertukar sekali pun ? Apa parti memerintah pun tak  apa. Sama juga. Tak ada duit tetap tak boleh isi petrol. Roti canai tetap kena bayar RM 1 sekeping. Teh tarik tetap berharga RM 1.40 segelas. Sendiri makan sendiri bayar, sesekali  jer ada orang belanja. Internet  tetap kena bayar sendiri . Wifi restoren mamak  dan kopitiam aja yang free. Sementara manisfesto bukanlah janji  dan slogan hanya  tinggal slogan. Erkk…baik layan gajet canggih lagi bagus. iPad, Samsung Galaxy S III, iPhone 5, Powerbook, Tablet, eh..Unifi  lagi laju laa.., kat tempat kau dah ada ? Digi Mobile 2GB not bad, layan dengan iPad memang tak gaduh kalau nak bertenet.

Janji semua kemudahan masa kini dapat dinikmati dengan maksimum, hal-hal lain banyak yang tidak dipeduli….relax bro. Eh., tapi bukan semualah yang begini….. Itu di sebelah Nepal. NEPALLLL.  Rata-rata golongan muda di Malaysia memang  bertanggungjawab. Anak-anak muda di Malaysia sangat berinformasi. Jaringan media social dari Blog, Face Book, Twitter, instagram, Google Plus, You Tube lebih menarik untuk dilayari daripada membaca akhbar dan menonton berita di tv. Orang mudalah katakan…….

Anak muda, cubalah rasakan denyut nadi sebagai  warganegara Malaysia. Jalankan tanggungjawab kita. Marilah mengundi. Undi  kita menentukan siapakah yang boleh memerintah untuk jangkamasa 5 tahun ke hadapan.



Psst : Aku memang tak fancy gajet-gajet moden  ini.  Ada aku  guna. Tak ada.., rasanya tak kemaruk nak jelling. Kebaikan  dan kecanggihan gajet moden ini sama banyak dengan keburukannya. Secanggih mana sesuatu gajet tetap ada kelemahan. Gajet aku sangat murah. Janji  boleh diguna untuk bertalipon dan bersms . Tak dapat call dan kebetulan angin sampai time tu….., talipon aku hempas. Hehe…sebab tu aku kena pakai talipon yang murah je.

12 comments:

  1. Assalamualaikum kak,satu undi membezakan segalanya kan :)

    ReplyDelete
  2. kemaruk gadget macam mana pun...still kena tunaikan tanggungjawab kan kakak? ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah yang kita kenal laksanakan Farah :-)

      Delete
  3. yeayyyy... undi.. anna 1st time ni nak g mgundi :)

    ReplyDelete
  4. Sedih x dapat mengundi.. Tarikh daftar dah tutup.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laa..kan dah rugi Aniq. Lepas ni daftar awal-awal.
      Orang tua-tua pesan ' kerja bertangguh memang tak menjadi'.

      Delete
  5. Replies
    1. Selamat mengundi Khairul. Beri pada yang berhak terima ya.

      Delete