Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bagaimana menangani serangan jantung ketika berseorangan


Buat masa ini penyakit jantung masih merupakan pembunuh nombor satu di dunia dan
menurut stastik serangan jantung berlaku setiap 20 saat di seluruh dunia dengan kadar 1
 kematian bagi setiap 1 minit. Banyak mitos tentang penyakit jantung ini antaranya ialah
Serangan jantung hanya dialami oleh mereka yang berusia lanjut.

Kenyataannya di hari ini serangan jantung telah menyerang tanpa mengenal usia dan jantina.
Sebanyak dua puluh peratus kes serangan jantung dilaporkan berlaku pada mereka yang
 berusia  di bawah 40 tahun. Empat puluh peratus menyerang mereka yang berusia antara
 40 hingga 45 tahun dan empat puluh peratus lagi menyerang mereka yang berusia 50 tahun.

Kebanyakan orang sedang berseorangan ketika diserang sakit jantung. Dalam keadaan hari ini
yang serba sibuk, mengejar masa dan keperluan hidup.....suasana sekeleliling berpotensi
memberikan tekanan kepada setiap orang di luar sana. Anda, saya, kita boleh saja berubah
emosi dan merasa penat, gelisah, marah malah kecewa. Dan tiba-tiba anda merasa sakit yang
mencucuk di bahagian dada yang menular ke lengan dan ke atas bahagian raham muka.
Situasinya anda  hanya 5 batu dari hospital terdekat. Malangnya anda tidak pasti adakah
anda akan sampai atau tidak ke hospital tersebut. Mungkin anda telah menerima latihan untuk
 melakukan CPR, tetapi anda selalunya tidak diajar untuk melakukan CPR ke atas diri sendiri
Apa yang harus anda lakukan ?

BAGAIMANA MENANGANI SERANGAN JANTUNG KETIKA BERSEORANGAN

Fakta, kebanyakan orang memang berseorangan ketika diserang penyakit ini. Tanpa pertolongan.
Mereka yang mengalami serangan, akan mendapati jantung berdegup kencang tidak menentu dan
mula rasa hendak pitam. Anda, saya, kita hanya mempunyai masa 10 saat sahaja sebelum pengsan.
Ingat, mangsa sebenarnya boleh membantu diri sendiri dengan hanya  batuk berulag kali dengan
kuat dan secara berterusan. Tarik nafas dalam-dalam dan mulakan batuk anda.  Batuk mestilah
dalam keadaan berpanjangan dan buatkannya seolah anda ingin mengeluarkan kahak yang
 terpendam jauh di dalam paru-paru.

Tarik nafas dan ulang-ulangkan batuk itu secara berulang dan berterusan selama 2 saat tanpa henti
sehinggalah bantuan datang atau sehingga jantung anda berdegup normal semula. Tarikan nafas yang
mendalam akan membawa oksigen ke dalam paru-paru dan mekanisma batuk pula akan
mengepamnya hingga ke jantung bagi memastikan darah terus beredar. Tekanan ke atas jantung
akibat gerakan membatuk  itu juga membantu jantung untuk berdegup sehingga ritma jantung menjadi
normal semula. Dengan itu mangsa serangan jantung mengejut itu sempat dan berupaya untuk
ke hospital sendiri.
                                     

Ok, sila bantu orang lain dengan menyebarkan mesej ini kepada seramai yang mungkin. Sebaran
mesej ini mungkin dapat menyelamatkan nyawa seseorang.



No comments:

Post a Comment