Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SEGMEN : Kenapa aku jadi blogger


Segmen KENAPA AKU JADI BLOGGER ?? Segmen ini dianjurkan oleh AKU PENGHIBUR.COM.
Susah juga aku nak jawab soalan cepu cemas ni .

Sebenarnya salah satu dari cita-cita aku satu ketika dulu adalah untuk menjadi novelis.
Aku suka menulis tapi hobi menulis itu terpaksa aku tinggalkan bila memasuki alam pekerjaan
dan seterusnya bila berumah tangga. Menjadi ibu, mengurus rumahtangga dan being a self
employed dalam waktu yang sama memang bukan tugas yang mudah. Perbezaan pengalaman
dan kehidupan mencipta ruang-ruang kosong untuk diisi. Kehidupan memang stress dan untuk
melepaskan stress aku tidak bodoh untuk menjerit tidak tentu hala, tidak mampu untuk memaki
 hamun orang. Selain ibadah, blog adalah satu cara untuk aku mencurah dan melegakan perasaan.
Aku berkongsi segalanya di sini. Pemikiran aku, kehidupan aku yang ruwet dan lucu malah idea
untuk meneruskan kehidupan ke farsa yang seterusnya. Walau banyak perkara yang melukakan
terjadi.......bagi aku hidup ini tetap indah. Klise kalau mungkin aku tuliskan ayat ' aku menulis
bukan kerana nama '. Realitinya tanpa nama yang tepat blog ini mungkin tiada pembaca dan jujurnya
aku memang tidak terlalu mengambil kira hal itu kerana....................................
Kerana blog ini aku hasilkan hanya untuk merakam perjalanan hidupku. Tidak lebih dan tidak kurang.


segmen kenapa aku menjadi blogger, kenapa , jadi blogger, seronok jadi blogger, segmen, aku menjadi novelis.

Untuk mengetahui syarat menyertai segmen ini bolehlah menjengah ke blog AKU PENGHIBUR
dan pemenangnya akan  menerima hadiah-hadiah seperti di bawah  :-)

1 Blog akan direview oleh Akupenghibur.com

10 pemenang akan menerima Set Sarung Bantal dan sarung Tisu oleh
Wirdaamir-world.blogspot.com

10 pemenang fridge magnet oleh Dakuamatmenyintaimu.blogspot.com

2 X RM 5 Top UP



So tunggu apa lagi, jom join sekali.