Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Soldier of fortune

2/3 hari kebelakangan ni memang aku tidak berblogwalking. Kehilangan mood. Bukan kerana
Natasha Umairah tak dapat keputusan cemerlang dalam PMRnya. Pada aku dia dah buat the best.
Mungkin tidak secemerlang anak-anak lain yang dapat 8A dalam PMR, but i know she already did
her best. Kerana apa aku kata her best, sebab selama ni dia memang selalu kantoi dalam math, sejarah
geografi. Markah sejarah dan geo biasanya hanya cukup-cukup makan ( itu pun kalau lulus la )

" Tasha tak tau ma,kenapa setiap kali subjek geografi dan sejarah, mata Tasha terus kuyu dan terus
rasa nak tidur. Satu apa pun tak masuk kat kepala Tasha."

Manakala markah mathnya pula biasanya tak pernah lebih dari D atau terus E. Jadi bila dia dapat 3A
 untuk subjek english, geografi dan sejarah........, sebenarnya aku agak terkejut. Tiba-tiba pulak BM
yang dia biasa score A, dapat B. Natasha menanggis bila dia cuma dapat 3A, 4B dan 1C (math).

Aku pujuk dia dan berkata aku tak marah,kerana aku nampak dia memang berusaha untuk
memperbaiki pencapaian pelajarannya. Aku nampak dia tunggang langgak dan bangun waktu subuh
untuk mengulangkaji. So apa yang dia dapat aku reda.

" Jangan risau....., mama tak jadi kawinkan Tasha," aku menyengih menggosok bahunya.
" Mama, tak marah ? Tak hantar Tasha sekolah di tempat tante ( mak lang ) dia di Kedah ?"
" Tak. Tasya sekolah kat sini je. Cuma mama nak tahu macam mana Tasha dapat A untuk english ?
 Mama tengok kat rumah biasanya Tasha dok kecek kelete dengan cakap jawa je ? "
" Mamaaa..nii.."

Keputusan PMR dah 2 hari keluar. Tahniahlah pada yang dapat 8A/9A. Yang tak dapat banyak A
cuba lagi di lain kali. Perjalanan hidup tidak pernah berakhir. PMR dapat 8A, belum tentu SPM
semuanya A. Semua A di SPM, belum tentu kat Universiti tak kantoi. Keluar U dapat degree.....,
 belum tentu hidup you menjadi. Life always never ending story. We just need to strive forward
 because nothing in the world is guaranteed except death. Till GOD calling us just don't give up
 but do our very best.

Dan hari ini dalam cuaca redup dan macam nak hujan aku memandu balik ke rumah. Macam biasa
nak keluar dari kawasan KL ni samaada sebelum 5pm atau selepas 8 malam. Aku memang tak suka
terperangkap dalam trafik jem di KL apatah lagi banjir kilat sebab........
 aku belum dapat beli kereta kat sebelah ni lagi.        

Aku pasang lagu 'soldier of fortune' kuat-kuat dalam kereta.
Geram kerana kerja yang aku usahakan besama beberapa orang
teman masih bertangguh. Dalam dok aku melayan perasaan dan
lagu di kereta tiba-tiba talipon aku berbunyi...........

" Mamaaa....Snowbell dah mati," Daniel menjerit di hujung talian.
Tiba-tiba aku rasa macam kena panah petir.
       

 





No comments:

Post a Comment