Ahad lepas pergi kenduri kahwin di Putrajaya. Kemudiannya balik ke office hubby.., buat kerja online sikit dan semak-semak order barang. Petangnya sebelum hantar Farah ke kolej dia merenggeng mintak makan dulu.
Lapar..katanya.
Tulah kenapa tak ikut waktu pergi kenduri tadi. Sedapp. Semua lauknya sedap especially kari dalca dagingnya. Nasib baik segan dengan tetamu yang lain, kalau tak selambak kuahnya aku tuang di nasi. Malas
nak berlawan cakap dengannya aku dan hubby pergi ke Pantai Dalam tempat terletaknya JUARA SUP HERBA. Aku memang suka sup ni. Berkali-kali aku tried buat tapi masih belum menjadi.., ermm apa agaknya rahsia diaorang ya ?
Ini gambar mangkok sup yang dulu. Foto dari http://ayiefarieza.fotopages.com
Juara Sup Herba Pantai Dalam ni..pehh..memang berasap gila bila makan. Terkenang-kenang bila dah makan. Yang paling aku respect di tempat ni ialah 'servisnya'. Memang sangat cepat. Semalam aku order 2 mangkok sup lidah, 1 piring ayam goreng kunyit, 2 piring khailan ikan masin, 1 biji telor dadar dan 2 mangkok mee hoon tomyam. 5 gelas air. Walau pun ini bukan kali yang pertama aku sampai di situ ..tetap aku, hubby dan anak-anak set 'time' berapa minit makanan kami sampai.
3 minit yang pertama air minuman kami sampai - jus buah 1, milo ais 1, air laici 1, ABC 1 dan teh O tarik satu. 3 minit yang ke dua makanan kami sampai. Tambahan 1 minit yang ke 3 semua makanan kami termasuk sup-supnya sampai ! Nah..engkau....kedai mamak pun tak secepat macam ni. Tak tau lah jin apa yang dia orang pakai sampai semuanya siap terhidang dalam masa tak sampai 10 minit. Baca bismillah dan ...telan. Tiba-tiba jadi lapar dan terlupa terus doa makan. Heiii...., kedai Tom Yam yang lain kalau kita order yang begini..mau berjanggung kita menunggu tau. Habis mengerekot urat perut belum tentu hidangan tu sampai .
Kedai Juara Sup Herba di Pantai Dalam ni dah berjaya dalam rekodnya yang paling cepat menghidangkan makanan mengalahkan segala kedai-kedai dan restoran tom yam yang lain malah mengalahkan kedai-kedai mamak yang sedia ada. Aku gurantee yang itu. Memang hebat !
Kailan ikan masin yang ranggup dan berkilat |
Nasi bertelur dadar |
Ayam goreng kunyit |
Paling best dan berasap...mee hoon tomyam |
Tengok cantikan masakan dia. Sayurnya nampak segar. |
Daniel makan tak menoleh dah. Perutnya dah tipis bila tak makan ! |
Cuma yang tak bestnya sup lidah yang aku pesan tak lembut macam biasa. Apa ? Terkejut makan sup lidah ? Elehh..makan sup lidah lagi best dari sup daging. Lebih lembut dan tidak liat. Kunyah 4 kali dah boleh telan. Kalau sup daging mau kena 7 kali kunyah pun .,belum tentu boleh telan .
Tapi semenjak semakin maju ni sup lidahnya dah tak lembut lagi dah. Ini kali ke 3 aku makan. Supnya dah mula keras. Agaknya sebab tak direbus lama macam dulu. Tunggu...aku akan komplen kat tuan punya kedai. Tapi lepas komplen pun dia cuma potong rm 0.40 jer hehehe.
Dan lagi satu yang kurang best sikit sekarang adalah dari segi saiz mangkok sup itu sendiri. Dulu mula-mula dia bagi mangkok besar kalau order sup. Kemudian tukar kepada mangkok sedang. Sekarang ni dah tukar kepada mangkok kecik youuu. Terus makan tak puas. Tu yang terpaksa order 2 mangkok tu. Pasal malas nak berebut dengan anak-anak.
mihun sup dia nampak sangat2 menyelerakan lah...
ReplyDeleteMemang sedap Boni ooii.
DeleteSinggah dan follow Lynn , jemput singgah ke blog saya juga.
ReplyDeletehttp://ismaildotcom.blogspot.com/2012/11/teman-pengganti-black-ft-malique-video.html
Terima kasih kerana sudi berkunjung IsmailDotCom.
DeleteSalam Kak Lyn..Lidah bakar lagi layan wooo dekat Kg Baru.
ReplyDeleteSaya nak invite semua reader untuk menyertai 1st Giveaway Blog Qashmere
Banyak hadiah-hadiah menarik menanti. Cepat jangan lepaskan peluang.
Thanks Sis
Lidah bakar ? heh..heh..heh
DeleteAs salam,
ReplyDeleteSinggah sat kat sini.
Terliur ambe tgk rantaian makanan atas meja nak2 sup lidah tuh.
Ni kalau ambe terlaja ke sana, nak kena terjah jugak kedai ni...terima kasih berkongsi yer
p.s-nape ek, asal dah maju sikit, mula naik harga takpun kecikkan portion...hjuhuhu
Itulah yang selalunya terjadi.( tapi sup dia memang sedap beneran nih ) Harap-harap saya tak berubah camtu bila buka kedai nanti. Terima kasih kerana sudi singgah di sini Hafiz Md.
DeleteSalam perkenalan :)
ReplyDeleteJom join Give Away dot my. 10 domain bakal di hadiahkan percuma. Easy n simple saje
http://www.khairul-zamri.com/2012/11/give-away-dot-my.html
Salam kenal Khairul Zamri. Insyallah saya akan join giveaway tu nanti.
Delete