Rangup Manis Si Kacang Buncis
Kali terakhir aku buat up date blog adalah pada 4 hari yang lepas. Selepas itu aku hanya sempat buat blogwalking di sebelah malam dan memang menjadi kebiasaan aku pun buat up date di tengah malam. 4 hari kebelakangan ini aku hanya sibuk dengan pelbagai tugas dari menguruskan pesanan pelanggan, meleteri anak yang bakal menduduki peperiksaan PMR dan SPM, mengutip anak di asrama kolej, jengah anak di MRSM dan juga meneruskan pembelian IQD/IQN, VND/VNN dan IDR/IDN. Pada yang suka bermain dengan currency play, jengah-jengahlah IDR...mata wang ini bakal revalue sedikit hari lagi. Dulu info kata nak revalue tahun 2014 tapi rasanya tak sampai tahun 2014 kut. So sapa yang baru balik jalan dari Indonesia dan ada saki baki simpanan IDR - simpan sikit . Jangan dihabiskan ya. Mana tahu nilainya yang baru nanti menjadi super fantastic....hehehe.
Biasanya blogwalking aku bermula sekitar jam 10.30pm ke atas. Dalam duk kalut berblogwalking itu, aku menjengah semula ke blog si manis KACANG BUNCIS. La...., macam mana aku boleh terlepas pandang pada entri dia yang ini ? Terima kasih la Sue kerana telah berbaik hati buat review blog akak walau tanpa anjuran kontest / segmen sekali pun. Sebak aku bila membaca blog review dari Sue. Bukan kerana dia telah menulis review tentang blog aku dengan detail, tapi lebih jauh dari itu kami baru berkenalan tidak sampai beberapa hari melalui blogwalking. Sue rajin singgah, meninggalkan komen dan mengusik di blog aku . Sue memang manis dan peramah dan akhirnya pada 28/9/2013 @ 1.21am resmilah aku menjadi follower yang ke 393 di blog Sue si kacang buncis yang manis ini. Bukan nak bodek kerana dia buat review blog, tapi kerana hari tu aku baru perasaan yang selama ini rupanya aku bukan follower dia.
Aku suka baca entri Sue, tapi tulisannya kecik sangat. Besarkan sikit dik. Cepat akak jadi rabun nanti.
Lagi pun faham-fahamlah bila dah tak berapa nak muda. Kesian mata akak Sue dera tau . Sekarang bukannya boleh dapat lagi stok Permata Hijrah ( untuk cerahkan sinaran mata bagai kejora ) ahaks. Cakap-cakap pasal eye lotion ni....rasanya Permata Hijrah dah tak ada lagi dalam pasaran.
Kenapa ya ? Aku suka gunakan eye lotion jenama itu kerana mata menjadi lebih terang dan jernih bersinar.
Ehh...., lari topik pulak.
.
Ok, begini.......sebenarnya prinsip aku mudah; orang berbudi kita berbahasa. Peramah ? Kalau dah kenal peramah lah. Kalau tak kenal....aku memang muka sombong. Orang kata, bukan aku kata. Bukan begitu. Sebenarnya segan nak terlebih peramah nanti orang kata birah pulak !!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment