Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sebelum kiamat

Sebuah cerita yang mengisi slot cerekarama di TV3 setiap malam sabtu jam 10 malam. Mengisahkan seorang remaja bernama Ibrahim yang tinggal dengan bapanya Osman dan dibesarkan tanpa ibu di sisi. Ibrahim dihantar kepada seorang ustaz yang mengajarnya fardu ain yang kemudiannya menceritakan kepada anak itu tentang kisah cerita Nabi Ibrahim alaihisalam melontarkan batu-batu ke arah syaitan yang cuba menipunya dan menggoda baginda untuk melawan perintah Allah swt.

Kisah yang menarik dan penuh dengan dailog simbolik ini dimulakan dengan intro Ibrahim yang melewati sebuah kedai runcit terdengar umpatan dua orang makcik yang juga merupakan jirannya . Kerana merasa obses dengan cerita yang didengar dari ustaz yang mengajar fardu ainnya, Ibrahim mengutip batu-batu jalan dan melemparnya ke arah jiran itu tadi. Perbuatan Ibrahim membuat jiran itu terkejut dan marah. Mereka kemudiannya mengadu kepada bapa Ibrahim tentang perbuatan anaknya dan dengan sinis meminta bapa Ibrahim untuk menyerahkan saja Ibrahim kepada ibu kandungnya supaya lebih terjaga perangainya.

Bapa Ibrahim kemudiannya menghukum anak itu dengan merotannya di tapak tangan. ( Ermm..aku suka part yang ini - sekarang ni jarang nampak emak bapak merotan anak lagi ). Setelah hukuman dijalankan bapanya cuba mencari sebab kenapa anaknya berkelakuan demikian dan dijawab oleh Ibrahim; kerana ustaznya menyuruh dia melempar batu ke arah perbuatan maksiat dan ini semua dilakukan kerana tanda-tanda kiamat semakin hampir. Terkejut dengan jawapan si anak, bapa Ibrahim mengkonfrant perbuatan itu kepada ustaz , dengan menegaskan ajarlah anaknya ' fardu ain ' sahaja tanpa menceritakan perkara-perkara yang masih belum dapat ditafsirkan dengan matang dengan anaknya. Ustaz mempertahankan cerita itu adalah benar kerana nyatanya dan simbolik perbuatan itu masih kita semua teruskan sewaktu menunaikan rukun islam yang ke 5 , iaitu melontar ke tiga-tiga Jamrah. ( Iaitu Jamrah Al-Ula, Jamrah Al-Wusta dan Jamrah Al-Akabah. Setiap lontaran hendaklah dengan 7 biji batu ).

Naratif Ibrahim diperpanjangkan setelah bapanya meninggal kerana serangan jantung dan Ibrahim kemudiannya meninggalkan kampung untuk mencari ibu kandungnya dan mencari tanda-tanda kiamat seperti yang telah diceritakan oleh ustaznya. Sinisnya lemparan dailog yang diucap bila Ibrahim ditegur oleh pemandu lori yang memberikan tumpangan untuk ke Kuala Lumpur dengan berkata; tanda-tanda kiamat memang telah berlaku dan ia ada di mana-mana. Tak payah nak susah-susah cari hingga ke Kuala Lumpur.

Ibrahim kemudiannya diturunkan di hadapan sebuah mesjid dan belum pun sempat di melangkah ke dalam mesjid dia disergah secara perajuadis oleh salah seorang kariah/jemaah mesjid dengan keras.
" Aku kenal sangat dengan pengemis macam engkau. Hari ini kau datang seorang ..konon menumpang tidur. Esoknya duit tabung mesjid pulak lesap. " Walau sudah berulang kali dinafikan oleh Ibrahim.., harapannya untuk bermalam di rumah Allah ditolak. Akhirnya Ibrahim berlalu dari situ sambil berkata, ' inilah tanda-tanda kiamat...nak menumpang di rumah Allah punyalah susah..., TAPI PAK CIK MENUMPANG DI BUMI ALLAH boleh pulak ???"

Ibrahim kemudiannya dipertemukan dengan seorang penjual burger yang kemudiannya bermurah hati untuk menumpangkannya bermalam. Dalam perjalanan ke rumah penjual burger yang terletak di pinggir kota dia diperlihatkan dengan persekitaran dan kejiranan di kawasan itu. Menariknya kisah ini bila anak itu bersoal jawab dengan penjual burger dengan mengemukakan soalan cepumas, ' abang...pelacur itu apa ? '.....
dan segera mulutnya dipekup oleh penjual burger agar tidak kedengaran dari luar. Lontaran dailog semakin sinis bila akhirnya Ibrahim menolak dari bermalam di situ. Ujarnya ; saya hanya akan bermalam di rumah abang selepas abang jumpa semula sejadah abang dan selepas abang boleh tunjukan saya arah kiblat.

Akhirnya Ibrahim diterima menumpang di sebuah surau ( tapi gambaran yang diberi dalam filem ni - mesjid ), oleh seorang tok siak yang baik hati. Tok siak inilah yang akhirnya membantu Ibrahim menyelamatkan pelacur yang telah dibelasah dengan kejam, yang juga merupakan jiran si penjual burger tadi. Klisenya isteri tok siak memberikan amaran yang berbunyi. " abang seorang tok siak, buat apa menghampiri rumah orang yang sebegini. Orang yang patut kita jauhi dan tidak patut diberi pertolongan "
( Ironinya inilah yang berlaku dalam masyarakat kita. Bila berdakwah lebih suka menghukum hingga terlupa tanggungjawab kita sebenarnya adalah membantu saudara seagama biar bagaimana peribadinya terzahir )

Saya suka melihat simbolik kisah Ibrahim yang mengajak orang untuk sama beribadat dengan caranya yang obses mencari tanda-tanda kiamat dan perbuatannya membaling batu pada mereka yang lalai dengan duniawi walaupun azan telah berkumandang. ( Untuk pengetahuan batu-batu yang dibaling oleh Ibrahim bukan batu kerikil yang halus sebaliknya lebih kepada batu sebesar penumbuk bayi ! Apa tak sakit kalau kena..haha pandai pengarah cerita ni.)

Dan kerana kekhuatiran itulah akhirnya membuatkan Ibrahim akhirnya tekad menyerahkan barang kemas ibunya untuk menolong si penjual burger menyelesaikan hutangnya dengan along ! Ikhlas dari hati. Tanpa dakwa dakwi kerana baginya tiada keperluan pada harta dunia lagi kerana kiamat semakin hampir.

drama tv3 sabtu malam ahad, kisah kiamat, melontar jamrah, ustaz fardu ain
                                                         
Memang kisah ini sarat dengan dailog yang memanaskan telinga. Menyirat kata pada manusia yang masih punya jiwa. Sebenarnya siapa kita untuk menilai hamba Allah yang lain ? Kadang kita merasa terlebih suci dan seolah tiket untuk ke syurga telah berada dalam gengaman kita. Orang beginilah yang menjauhkan islam dari dihayati kemanisannya oleh jiwa yang cuba menyelami keindahan ISLAM. Mereka bertindak bukan sebagai pendakwah sebaliknya lebih kepada menghukum. Bukan menghulur tangan dengan mesra ...sebaliknya MENYENTAP DALAM KATA.


7 comments:

  1. ramai kata cerita ni best. leeza tak sempat menonton tadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerekarama banyak juga cerita bagus dan bukan yang bukan jenis sampah. Skrip bagus, pengarah bagus...,cerita mesti peresap dalam hati. Terima kasih Leeza sudi berkunjung lagi ke sini.

      Delete
  2. auntie lyn..
    bestnyew cerita nie...
    thanks bagi tau..
    recently tak smpat nak tengok tv laa..

    indahnya konsep islam itu bila ada persamaan taraf dalam semua manusia..
    tapi masih ramai yang tak paham dan buat2 tak paham..
    love yeah ^____^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aini sayang, tq kerana sudi berkunjung lagi ke sini. Moga Aini sukcess selalu ya.

      Delete
  3. Info yang sangat menarik ^^...LIKE!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal Cekodek, terima kasih atas ziarahnya.

      Delete
  4. saya setuju dengan kak lin...

    ReplyDelete