Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KEKUATAN MINDA BAWAH SEDAR....Biar mimpi sampai ke bintang


Allah menciptakan manusia sebagai sebaik-baik kejadian bersama 3 elemen penting, iaitu jasad fizikal, akal ataupun minda dan hati yang juga kita panggil sebagai jiwa dan ruh.


Sementara otak manusia pula mempunyai 2 bahagian. Iaitu bahagian kita dan bahagian kanan. Otak kiri menjana kekuatan sedar sementara otak kanan menjana MINDA BAWAH SEDAR kita. Kekuatan setiap otak itu adalah berlainan.

Otak kiri atau lebih digelar dengan nama ‘otak sains’. Ia berfungsi secara akademik melalui kemampuan berbicara, mengolah tata bahasa, membaca, menulis, mengingat nama, waktu dan peristiwa penting, logic, angka dan analisis. Seperti untung rugi. Malah bahagian ini juga cekap menyusun strategi dan lebih praktis.

Sementara otak kanan dikenali sebagai ‘otak seni’. Kita lebih terlibat kepada hal-hal yang bersifat artistic, kreativiti, perasaan, emosi, gambaran imej,manipulasi ruang, music, gaya bahasa, khayalan,pengenalan diri, sosialisasi, pengembangan keperibadian malah warna. Ia juga mempunyai kelemahan iaitu suka terburu-buru disamping keberanian mengambil risiko.

minda bawah sedar,law of attraction, kekuatan , otak kanan, khayalan , mimpi, kejayaan
                                             
Nah…sekarang tanyalah pada diri anda , di bahagian manakah otak anda lebih berfungsi sehingga mempengaruhi segala tindakan anda pada hari ini. Saya ? Otak kanan kut…sebab saya suka berangan.

Ahli metafizik mengatakan bahawa otak kita lebih dikenali sebagai pengendali IQ ( intelligence Quotient ) , dan otak kanan berperanan penting dalam perkembangan perasaan seseorang EQ ( Emotional Quotient )
                                                     

Individu  yang dapat menyeimbangkan kekuatan otak kiri dan kanan akan dapat menguasai kekuatan batin iaitu indera ke enam.

Bijak pandai selalu mengungkapkan ‘ kita adalah apa yang kita fikirkan’. Apa yang kita fikirkan pada hari ini bakal menentukan pencapaian kita di masa hadapan. Persoalannya setakat dan sekuat mana ‘ law of attraction’ itu dapat kita wujudkan bagi merealisasikan impian kita. Bayangkan dan fikirkan masa depan yang cemerlang dan berusahalah  ke arah kecemerlangan itu. Tapi jika mulut selalu mengungkapkan susah, sedih, tidak berduit, tidak mampu, tidak berdaya, itu hanya takdir yang tidak dapat ditentang, miskin, takut bermimpi dan segala perkataan negetif yang lain…, maka itulah apa yang kita perolehi. Minda bawah sedar kita mestilah bergerak seiring dengan garisan ‘ law of attraction’. Kesilapan menghantar isyarat yang salah ke otak kita akan menjejaskan keseluruhan impian yang dibina oleh minda bawah sedar/otak kanan kita.

Jangan lupa Allah tidak akan merubah sesuatu takdir itu kecuali kita sendiri yang bersungguh melakukan
perubahan tersebut. Jangan tanya saya ayat dari mana, tapi carilah sendiri dalam al quran. Ianya sebaik-baik tempat merujuk ilmu pengetahuan. Seperti kata bekas presiden Indoensia ; biar mimpi sampai ke bintang. Jika tak mampu kau sampai tangan mu mampu mencapai awan pun jadilah.
Malah saya selalu berkata kepada diri sendiri – LYN.., jangan pernah takut untuk bermimpi .

minda bawah sedar,law of attraction, kekuatan , otak kanan, khayalan
 Apa salahnya dengan angan-angan Mat Jenin ? Salahkah angan-angannya ?
Tidak. Angan-angan Mat Jenin tidak salah. Kesalahan Mat Jenin hanya kerana ia cuai lalu melepaskan pegangannya dari pokok kelapa hingga menyebabkan dia jatuh dan mati. Itu saja. 

8 comments:

  1. biar mimpi sampai ke bintang :)

    http://noraqilahjohari.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. orang cakap, nak tahu kita cenderung ke otak kanan atau kiri, tengok kita menulis dan buat kerja dominan tangan mana...
    kalau kanan, kita lebih kepada otak kiri,
    kalau kiri, kita lebih kepada otak kanan...

    ReplyDelete
  3. ramai yang tak sedar kekuatannya... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai lagi yang nak kena pergi kursus minda nampaknya. Termasuklah saya sendiri.

      Delete
  4. suka baca entri ni . thanks :)

    ReplyDelete