Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surat jawapan permohonan quota tambahan Ben Ashaari ( Part 2 )

Jawapan balas kepada ' copy & paste ' Ben Ashaari.

Norihah binti Ali
Lot 1279, Jalan TPS 1/5
Kg Padang Sebang,
30.6.2013

3hb July 2013

Md. Ali bin Abd. Aziz
Lot 1a2 Jalan TPS 1/5
Kg Padang Sebang, 78000
Alor Gajah, Melaka.


PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI


Perkara di atas adalah di rujuk.


2. Terima kasih kerana telah memaklumkan saya tentang calon ke dua yang bakal mengisi  kekosongan jawatan sebagai isteri nombor 2 kanda. Ermm… Cik Hana Fazura binti Ramli ya namanya ? Sedap sungguh nama itu kanda. Ohh…saya pasti dia memang menunjukkan komitmen yang baik di pejabat . Maklumlah kejab lagi jawatannya semakin tinggi kan ?? Dulu saya pun bekas setiausaha kanda juga dan kanda kata taraf saya akan naik lebih tinggi setelah bergelar isteri. Tapi macam biasalah baru kawin memang kanda cakap saya ‘ cute ‘ dah lama kanda cakap eh..eh..saya ‘ comot ‘ pulak. Tak apa …jangan risau Cik Hana Fazura akan melalui frasa yang sama seperti yang saya tempuhi nanti , bila ada permohonan ke 3 dan ke 4 yang bakal menyusul.  Kita tengok nanti surat jawapannya macam mana pulak kan ??

3.  Saya memang tiada sebarang halangan untuk kekanda berkahwin lagi, maklumlah poket kanda sekarang ni tengah tebal, tentulah jalan pun tak pijak bumi. Tapi seingat sayalah poket kanda memang semanjang menipis sejak dari azali. Jangan lupa kanda, duit ASB tu saya yang masukkan ke dalam akaun kanda  setiap bulan setelah menyisihkan sedikit dari duit belanja bulanan yang kanda biasanya bagi hanya seciput. Kanda tak rasa kejam ker ? Ehh…memang tak rasa kut sebab biasanya orang lelaki memang suka jalan dengan mata terpejam. Kecuali nampak perempuan bogel …sakit terbaring pun boleh bangun - yer tak kanda ?
Kusss semangat. Gagah Ali, gagah Musa,
masa menghabiskan duit memang tak terasa !

4.  Saya faham kanda memang pemurah sebab itu semuanya kanda nak sedekahkan..betul tak ? Insyallah orang pemurah resekinya akan bertambah.
Jangan risau cukup masa Cik Hana Fazura pun akan menjadi ‘gedabak’ seperti saya
dan saya kira waktu tu permohonan ke tiga bakal menyusul kalau pun tak serentak dengan permohonan ke empat. Mungkin saya akan tetap begini juga dari segi saiz kerana saya dah kebal tapi Cik Hana ??? Mungkin potongannya boleh jadi guitar semula kut.

5. Bab waktu kerja yang lebih menguntungkan ni memang saya suka . Saya tak ada halangan di bahagian ini. Kanda ingat seronok ke saya asyik buat air Nescafe untuk kanda 8 hingga 14 cawan setiap hari terutamanya waktu hujung minggu. Nescare tu bagus ke untuk diminum selalu ? Lenguh tau tangan asyik bancuh air ! Tak pe, tak pe, biarlah orang gaji baru tu buatkan untuk kanda semantara waktu ni. Sampai masa nanti dia pun bosan juga buat air untuk orang yang tak berhenti haus ni . Wek !!

6.  Jangan risau, permohonan kanda memang telah melalui procedure yang betul.
Saya jamin tidak akan ada periuk dan pinggan yang melayang. Sebab semua periuk dan pinggan yang saya beli jenis mahal. Nak buat apa saya pecahkan untuk kanda ?
Lagi pun bukan kanda yang belikan pekakas tu untuk saya selama ini kan ?? Saya beli sendiri – guna duit saya sendiri. Apa ke hal nak pecahkan untuk kanda pulak ? Ehh saya masih waras. Tidak akan saya menjatuhkan air muka saya sendiri semata-mata kanda nak kan Cik Hana Fazura tu. Sebaliknya saya kan sambut dia dengan semangat kasih sayang dan persaudaraan seperti yang kanda inginkan. Tapi ingat kanda – 3 malam dengan dia, 4 malam dengan dinda. Kalau tidak ????? Siap kanda !!

7. Untuk makluman kanda juga adinda memang telah meluluskan permohonan ini. Surat izin nikah pun dah dinda sign dah sudah pun diletak di atas meja. Maklumlah kalau dinda tak sign pun tak guna, kerana kita sama-sama boleh tiru tanda tangan masing-masingkan ??? Belailah selagi larat. Usia kita dah meningkat, sama-sama semakin tua. Esok lusa bila Cik Hana Fazura dah penat…kanda cari saya juga kan ?
Time tu kanda jangan lupa, ada lori ada bas, salah masuk… memang saya tebas!
Jaga-jaga ya kanda.

8. Akhir kata, saya doakan semoga kanda masih boleh menjadi suami mithali kepada kami tapi please la..dont take everything for granted sebab saya takut kanda terlupa harimau yang kanda bela ni sebenarnya terdiri dari keluarga kucing. Kadang dia manja, kadang dia bermain di celah kaki, tapi sesekali kukunya mencakar…..stand by minyak gamat ya kanda.

Yang ikhlas

Isteri mithali mu yang bakal dapat payung emas.


Nak baca surat permohonannya ??? SILA BACA DI SINI YER.

13 comments:

  1. KUa kua kua..mikir panjang nmpaknya si suami bila baca surat jawapan ni..

    ReplyDelete
  2. hurm.. dalam kes ni, siapa yang harus dipersalahkan ye?? nampak lebih berat ke arah suaminya

    ReplyDelete
  3. salam..
    macam2 ada satu kes akan berpanjangan sahaja

    dari cahayacinta..

    ReplyDelete
  4. haha
    suarat permohonan pernah baca sebelum ni
    surat jawapan, baru ni baca
    memang terbaik la

    ReplyDelete
  5. salam cahayacinta..
    ada sahaja soalan dna jawapan..tak akan habis ni

    ReplyDelete
  6. terbaik jawapan tu..hahaha...sangat sangat puitis ayatnya.

    ReplyDelete
  7. Hahaha...
    Akak saya baca surat jawapan ini buat saya tertawa terbahak bahak,,, ketawa depan pc pulak tu.. memang lucu. skarang masih ketawa, haha..
    menghibur juga entry ni, saya tengah down ni,ada someting yang membuat suasanan hati susah.

    :D

    ReplyDelete
  8. hahaha. ni yang ade abang ben share kat fanpage dia tu kann. terbaikk! :)

    ReplyDelete
  9. jawapannya memang terbaik la hehe

    ReplyDelete
  10. agak2 kalau si suami baca, jadi tak plan seterusnya??? heheh

    ReplyDelete