Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ELSA

Ini bukan Elsa dalam filem FROZEN, sebaliknya adalah nama seekor kucing
yang aku jumpa di TESCO. Baru aja parking kereta aku  nampak seekor kucing
bunting putih melepak dan gebu berjalan lesu di hadapan aku. Dalam hati aku
berkata aku nak beli barang dulu ke nak angkut kucing ni dulu. Buat keputusan
cepat-cepat, masuk TESCO beli barang dan keluar cepat-cepat juga dan suruh
Hafiz usha bawah kereta-kereta yang ada kat tempat parking kut-kut, kucing tu
masih ada di situ.



Belum sempat Hafis usha, mata aku dah nampak kucing Semi Persian. Rasanya
kacukan parsi dan siam tu melepak di bawah kereta. Meow, meow, aku memanggil.
Dan macam nak jadi rezeki aku je, kucing tu terus keluar mendapatkan aku.

Kat TESCO kan, confirmlah aku tak angkut kucing orang. Mula-mula sampai di
rumah dia menyorok. Ya la, kucing kucing-kucing aku yang kat rumah semuanya
jantan. Cuma DIA Sekor Betina. Campur Elsa..., amboii....macam dapat ' menantu
mat saleh' le aku kan ? Semenjak itu ELSA walaupun mengandung menjadi
perhatian kucing-kucing di kawasan itu. Ramai yang cuba memikat walau masih
dalam keadaan mak buyong.

Yang buat aku seronok membela ELSA ni, dia berak kencing kat bilik air. Aku
sengaja buka lubang air di situ supaya senang aku menolak najisnya dengan
penyapu. Dua tiga kali Elsa berak di lantai, aku berleter, ' lain kali kalau nak berak,
masukkan dalam lubang tandas betul. Mama tak payah tolak pakai penyapu faham.
Najis Elsa busuk tau tak ?' Esoknya Natasha nampak Elsa mencangkung betul-betul
menghulur kan bontotnya dalam lubang tandas. Ehh..., faham bahasa kucing nih.
Kelam kabut dia beritahu aku dengan gembira. Wahh..., ini sudah bagus. Aku dah
tak payah sediakan pasir kumuhan mahu pun tolak najis dalam lubang air lagi.

Tak sampai seminggu Elsa berada di rumah, dia terberanak. 2 ekor anaknya. 1 ekor
belang kelabu yang bermata biru. Sementara seekor lagi sah baka siamnya dengan
putih kelabu dan mata yang dwi warna. Mata tengah warna oren dan luarnya biru.
Awww...,, mak suka youu.

Pandai posing ooo.

                                     Tak tau macam mana bulunya jadi cengini lepas beranak..


Sadar-sadar je dia dah ada dalam almari lama - terberanak kat situ.

Pok amai-amai, belalang kupu-kupu......

Waktu baru mula berjalan jatuh.

Salah hari bulan tengok, macam anak anjing.

                                     Gambar Bell sekarang. Comelkan ?


Buka le mata tu Snow...

Merenung objek

Snow....snow ooii.., sini aku nak bisik kat kau jab 

Snow dan Bell pun kami latih buang air besar kat tandas juga. Aii...macam bela baby pulak rasanya.
Tapi memang berbaloi sebab sekarang 2 ekor kucing kecik ni dah pandai ke tandas sendiri :-)

No comments:

Post a Comment