Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cuka Sintetik VS Cuka Asli

Kebanyakan bangsa di dunia amat mengenali  dan mengagumi peranan cuka,
yang bukan saja memberikan aroma kepada masakan, malah menjadi pengawet
kepada makanan. Punya sifat sebagai anti biotik dan boleh digunakan sebagai
bahan alternative untuk mengatasi pelbagai masaalah kebersihan dalam rumah
tangga.Terdapat 2 kategori, iaitu cuka sintetik ( buatan ) ataupun cuka asli.
Termasuk dalam cuka asli adalah cuka epal, cuka kurma, cuka beras.cuka barli,
cuka tebu, cuka kelapa dan senarainya berterusan. Masyarakat Cina menggunakan
kepelbagaian jenis cuka dalam kebanyakan masakan mereka untuk menjadikan
menu makanan lebih bervariasi dan istimewa.

Cuka dipanggil KHAL dalam bahasa Arab yang bermaksud satu bahan yang
terhasil dari buah-buahan ( kurma,epal, anggur, buah tin ) yang telah diperam
dan melalui tempoh masa tertentu sebelum menjadi alkohol, bertukar menjadi
yis, kemudian asid asetat dan akhir sekali baru menjadi cuka atau pun Khal.

Kenapa saya suka sangat menulis tentang topik ' cuka ' ini ?

Rasulullah S.A.W bersabda, " Sebaik-baik hidangan makanan ialah Khal. 
Ya Allah, berkatilah pada Khal. Sesungguhnya Khal adalah makanan nabi
-nabi terdahulu sebelum aku dan jangan terputus Khal dalam satu rumah."
( Hadis riwayat Muslim 2052, Ibnu Majah 3318 )

Rumah yang menyimpan cuka tidak akan menderita dari kemiskinan.
( Riwayat oleh Ummu, Tarmizi, Baihaqi )

"  Allah telah meletakan berkat dalam cuka, ia digunakan oleh para nabi sebelum aku."
( Riwayat Aisyah, Muslim dan ibnu Maja )

Sesungguhnya memang banyak khasiat yang terkandung di dalam cuka asli
yang dihasilkan dari buah-buahan. Tapi adakah itu bermakna cuka buatan 
atau cuka sintetik sudah kehilangan fungsinya ?

Apa yang cuka sintetik boleh sumbangkan dalam kehidupan kita ? Dan 
entri ini adalah hasil rakaman pengalaman saya sendiri dengan cuka sintetik.


1. Bukan saja berfungsi menerbitkan rasa dan aroma masakan, malah ia boleh
digunakan untuk menghindar kucing peliharaan anda berak atau kencing ( jenis
tak ada displin ) di tempat yang sama. Caranya adalah mengelap kawasan yang
selalu diberak atau dikencing itu dengan cuka sintetik. Deria bau kucing tidak
akan dapat mengesan lagi kawasan yang selalu dijadikanya sebagai 'tempat melepas.'

2. Bila tercekik tulang ikan. Petua yang diajarkan oleh ibu kawan sekampung
waktu kami masih bersekolah dulu. Sesetengah kes tercekik tulang ikan memang
memaksa kita melalui pembedahan untuk mengeluarkan tulang ikan yang tersekat
di kerongkong. Cara yang mudah dan tak perlu melalui pembedahan ialah dengan
menelan cuka makan sebanyak 1 sudu makan dan bawa tidur selepas itu.
In sya allah bila anda bangun dari tidur, tulang ikan yang tersekat telah hilang.
Petua ini telah saya kongsikan dengan ramai rakan dan kebanyakannya amat
berkesan.

3. Bila tembuni tak mau keluar selepas bersalin memang mendatangkan bahaya
yang boleh mengancam nyawa ibu. Telan 1 sudu teh cuka makan, in sya allah, 
tembuni akan keluar dengan mudah.

4. Jika paip shower anda tersumbat mungkin disebabkan tanah atau pasir, tentulah
tekanan air menjadi perlahan dan kita akan rasa tak puas mandi. Cara mengatasi
masaalah itu adalah dengan menyediakan 1 liter air dan tuangkan 1 cawan cuka
makan ke dalamnya dan rendam selama 10 minit. Angkat dan bersihkan.

5. Boleh digunakan untuk mengilatkan semula lantai seramik anda yang telah 
kusam dan hilang cahaya. Caranya dengan menyiram cuka di atas lantai dan
biarkan selama 5 minit. Selepas itu boleh dimop. Bilas. Dan di bilasan ke dua 
boleh dicampurkan dengan pencuci lantai untuk menghilangkan bau masam cuka. 
Lantai anda akan kembali berkilat.

6. Boleh juga digunakan untuk menghilangkan noda lama yang ada di dalam 
blenderCaranya,tuangkan sedikit air, sedikit cuka dan sabun pencuci pinggan 
ke dalam blender yang dah nampak kusam. On kan switch dan biarkan ia berpusing
untuk selama 2 minit. Buang campuran tadi dan bilas dengan air hangat. Blender
anda kelihatan cantik semula.
                                                

Selamat mencuba.