Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AWAK NAK JADI MODEL ?

Berminat jadi model ?
Satu hari aku dapat mesej itu melalui Google+ .
Dan ini adalah kali ke dua aku dilamar. Hehehe....  Bergurau dia ni........
Tak lah kut dik, akak dah tua. Bukan muda lagi. Tak lama lepas tu, aku terima
mesej melalui FB pulak. Juga tawaran yang sama dari orang yang berlainan.
Sebenarnyalah.............

' Biar betul mama nih,' Farouk anak aku berkata sewaktu membaca mesej FB
yang aku buka di hadapannya. Dia tersengih sambil mengangkat-angkat kening
memandang wajahkuAku ketawa je.

Haii....., kalau lah orang yang menawarkan tu tau yang ketinggian aku sebenarnya
hanyalah lebih sedikit dari Sheila Majid dan rendah sedikit dari Nad Zainal.......,.
nescaya, dia tak akan menawarkan aku sebagai model. Hatta menjadi model
pakaian muslimah sekali pun.....aku memang tak layak.

Apa pun akak terharu dik. Terima kasih bebanyak ya. Anak akak dah berderet.
Apa kata ambik anak-anak akak je yang jadi model......, lagi pun dia orang memang
suka bergaya ( yang pompuan dan yang lelaki kecik bungsu tu ler ). Seorang yang
iras mamak tu boleh jadi model iklan makanan dan sorang lagi boleh jadi model
iklan body builder kat gym. Amacam ?