Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tarikan sebagai Agen Hartanah


Apa yang menarik sebagai agen hartanah ?

Bagi yang tidak suka bekerja makan gaji, pilihan lain untuk meneruskan
kelangsungan hidup adalah berniaga atau pun bekerja sendiri. Salah satu versi
'bekerja sendiri' adalah dengan menjadikan bidang hartanah sebagai kerjaya.
Bekerja sebagai agen hartanah menjanjikan kebebasan bekerja dan kebebasan
pendapatan. Persoalannya bagaimanakah cara menjadi Perunding Hartanah
yang effisien ? Dan kebolehan apakah yang diperlukan sehingga bidang hartanah
boleh menghasilkan pendapatan yang lumayan bagi kita.




Untuk menjadi agen hartanah yang berjaya, beberapa kemahiran diperlukan :-

1. Kemahiran berkomunikasi termasuk membina PR ( public relations )
    dengan  pelanggan. Anda amat perlukan kemahiran ini untuk berurusan
    dengan tuan punya tanah dan rumah samada untuk menyewakan ataupun
    menjualkan premise merekaIanya sama penting untuk dapat meyakinkan
    pelanggan samada untuk menyewa atau membeli   premise / harta yang anda
    cadangkan kepada mereka.

    Kemahiran bertutur dalam pelbagai bahasa adalah satu added value kepada
    anda tapi tidak semestinya. Namun jika anda boleh bertutur bahasa inggeris
    dengan baik, ia akan  memberikan lebih keyakinan kepada pelanggan yang
    berbangsa asing.

2. Kebolehan menganalisis potensi sesuatu tempat ( samada tanah atau pun
    rumah ),  kemudahan  yang ada di sekelilingnya. Memberikan nasihat yang
    betul tentang harga pasaran semasa kepada  pelanggan samada penjual mahu
    pun pembeli.
 
3. Berdisplin dan mengurus jadual kerja tanpa seliaan orang atasan. 
    Kerjaya dalam bidang ini sebenarnya menawarkan 90 peratus kebebasan
    waktu dan cara bekerja. Hanya 10 peratus  perlukan seliaan orang atasan
    iaitu dari segi etika dan kawalan lesen sebagai agen hartanah. Kebolehan
    mengenal pasti pelanggan yang memerlukan perkhidmatan anda, menalipon
    pelanggan  untuk menawarkan perkhidmatan, meluangkan masa berjumpa
    pelanggan, menyiapkan anggaran  kos yang perlu diketahui dan dibayar oleh
    pelanggan termasuk stamp duty, kos sewa, pejanjian jual  beli dan lain-lainnya.
 
4. Mempunyai perwatakan yang menarik. Jagalah personaliti tapi tak perlulah
    dress to kill hanya kerana anda ingin menawan hati pelanggan. Cukuplan dengan
    pakaian yang sopan, kasut yang bersesuaian dan make up ringkas yang tidak
    keterlaluan sehingga boleh menenggelamkan imej profesional  anda saat
    berurusan dengan pelanggan.

5. Wajib mempunyai kenderaan sendiri untuk memudahkan tugas anda
    melakukan  ' rondaan kawasan 'terutamanya di kawasan perumahan baru
    yang berpontensi untuk penyewaan mahupun jualan semula. Tanpa kenderaan
    sendiri, pemantauan terhadap  kewujudan kawasan baru sukar dilakukan. Ini
    termasuk untuk melakukan kerja-kerja menghantaran fliers bagi menawatkan
    perkhidmatan anda kepada pelanggan ( samada  bakal penyewa/tuan punya
    sewaan, pembeli mahupun penjual ).

    Kebiasannnya apabila anda  melakukan rondaan di kawasan  perumahan
    baru, potensi adalah lebih besar untuk terserempak dengan tuan rumah yang
    pada ketika itu mungkin sedang melakukan lawatan ke rumah baru mereka
    atau mungkin sedang melihat kerja pembaikan oleh pihak kontraktor.
    Kebanyakannya mereka sedia dan menanti untuk dihampiri oleh pihak agen.
.
    Begitu juga dengan bakal penyewa yang mencari tempat tinggal baru yang
    selesa dan mengikut budget  bulanan mereka. Potensi ' pertemuan di lokasi '
    adalah lebih besar kerana ke dua-dua belah pihak sebenarnya sedang melaku
    kan kerja sama seperti  yang anda lakukan. Di sinilah anda perlu tegar meng
    hampiri mereka bagi  menawarkan  perkhidmatanMalu ? Jika anda malu bererti
    bidang ini bukanlah pilihan yang tepat untuk anda.

6. Pendapatan anda ; ANDA YANG TENTUKAN SENDIRI.
    Berapa banyak yang anda inginkan bagi bulan itu anda yang tentukan. Ianya
    bergantung  kepada beberapa faktor. Antaranya, kreativiti dan seberapa rajin
    anda menjejak pelanggan untuk menawarkan perkhidmatan . Sentiasalah
    bersedia sebelum menemui pelanggan. Pastikan anda mendapat maklumat
    lengkap tentang harga pasaran semasa ( belian / jualan / sewaan ) dengan
    dengan tepat. Usah ' pergi bodoh balik kosong.' Ingat...., kos petrol, bil
    talipon, malah air liur anda bukanlah percuma.
 
    Pastikan anda mempunyai surat kuasa lantikan / kebenaran samada untuk
    tujuan penyewaan / penjualan yang sudah ditandatangani berserta salinan kad
    pengenalan pihak terbabit berada dalam simpanan anda. Kita tidak mahu
    kemudiannya samada tuan punya  rumah atau tanah  kemudiannya
    memusingkan kata dan berupaya mengeluarkan anda dari transaksi
    yang telah anda uruskan.

    Anda akan terlepas samada komisyen satu bulan sewa ataupun kehilangan
    2.7%  yuran profesional khidmat penjualan yang sepatutnya anda terima
    dari pelanggan.

                                           
agen hartanah, yuran profesional,kerjaya dalam bidang hartanah, komisyen agen hartanah , agen hartanah profesional, lesen hartanah, agen hartanah berdaftar, cara memulakan kerjaya d bdang hartanah
                                                            Gambar dari Google

#Sesekalirindukerjayalama.