Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perniagaan yang paling menguntungkan


Business apakah yang paling bagus, laku dan menguntungkan ?
Majalah FORTUNE menyenaraikan cabang business yang paling menguntungkan
sekarang adalah yang berkaitan dengan kesihatan dan hartanah. Kerana itulah kita
melihat semakin banyak permintaan untuk kepelbagaian jenis makanan kesihatan
termasuk kewujudan dan pertambahan Fitness Centre . Berbagai jenama terhasil 
dengan kepelbagaian solusi untuk menyelesaikan masaalah kesihatan. Samaada 
ianya diimpot dari luar negara atau pun hasil rangsangan dari produk IKS tempatan. 
Sambutannya hangat.

Menduduki tangga ke 2 dalam FORTUNE untuk perniagaan yang berkembang
dengan pesat dan banyak permintaan adalah bidang hartanah. Justeru itu, kita 
dapat melihat berbagai jenis iklan memenuhi dada akhbar yang memaparkan 
kewujudan kawasan/ penempatan baru dengan kepelbagaian tawaran harga, 
lokasi, keindahan binaan,keselamatan juga kemudahan setempat yang ditawarkan. 
Kita melihat kemeriahan dan kemunculan kawasan perumahan baru,kedai baru
dari yang jenis SOHO sebagai ofis kecil dan separuh kediaman, SOFO dan 
SOVO. BunglowSemi detached, town house, double storey terrace, 
kondomenium, apartment dan senarainya berterusan.

Selain dari 2 industri di atas, sector perniagaan yang mendapat sambutan adalah
industri Perakaunan dan Perundangan. Masing-masing menduduki tangga ke 3 
dan ke 4. Ke dua jenis industri ini mempunyai permintaan yang tinggi dan konsistent 
di sebalik kos operasi yang kecil. Industri perakaunan, percukaian,penyediaan
akaun simpan kira dan payroll menawarkan margin untung bersih sehingga 19.8%.
Sementara industri perundangan mengalami permintaan yang tinggi dari syarikat
-syarikat yang besar, termasuk dari golongan orang biasa yang memang sentiasa 
memerlukan perkhidmatannya.

Carigali petrol dan gas juga termasuk kepada perkembangan industri yang sangat
diperlukan ketika iniSementara ‘ penyewaan/pajakan komercial’ untuk mesin
-mesin industri, menduduki tangga ke 6 dengan menawarkan untung bersih
bersih sehingga 16.4 %  kepada para pemain industri tersebut.
  
Dan jangan terkejut perniagaan yang berasaskan ‘ pengendalian pengkebumian
/kematian ' adalah antara cabang niaga yang mendapat tempat dan perhatian sekarang.

                                               
Fortune magazine,majalah fortune,perniagaan yang paling menguntungkan, business yang tersenarai di fortune, perniagaan makanan kesihatan, hartanah, penyewaan mesin industi,pulangan yang menguntungkan

Nota :-

Majalah FORTUNE sebenarnya menyenaraikan 15 jenis perniagaan yang paling 
menguntungkan abad ini, tapi saya hanya kongsikan 5 daripadanya. Yang
paling sedih ialah bidang pemakanan tidak tersenarai sama sekali dalam trend
business yang paling menguntungkan untuk diusahakanAdakah itu bererti yang
ia telah mengalami penguncupan ? Nampak gaya kena timbang-timbangkan 
semula idea ini