Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nasi Buluh, Ayam Bakar Bunian

Melihat dan mendengar paparan di Majalah3 TV3 pada 20hb Oktober 2014
tentang tempat dan makanan itu berasal, membuat mata aku buntang dan tiba-tiba
aku menelan air liur berkali-kali. Resort Sungai Klah Hot Spring. Hemm,tak jauh
dari sekolah anak aku. Jadi bersamaan 25hb Oktober kebetulan adalah majlis
graduasi bagi MRSM Kampus Tun Razak Trolak, aku bercadang menyinggah
ke sana usai majlis.



Majlis graduasi yang bermula seawal 8.30am hanya tamat pada jam 1.30pm.
Oh lamanya. Perut dah memang berkeroncong sebab kami tak sempat bersarapan
pagi. Berdegung rasa saraf di kepala. Lepas majlis,pantas kami menarik Hafizul Haq
keluar dari asrama untuk outing kononya. Bukan outing ke mana pun,lokasinya
hanya beberapa kilometer dari MRSM Trolak. Sepuluh minit drive dah sampai.

Awalnya aku ingat kena masuk hingga ke dalam kawasan Sungai Klah Hot Spring,
rupanya tidak. Masuk aja simpang menghala ke Sungai Klah tu dah nampak kereta
berderet-deret parking di kiri dan kanan jalan. Siap ada anggota RELA lagi menolong
menguruskan kawasan parking. Mak engkau, hebat benar penangan Majalah3 nih.

Kami parking paling hujung. Jenuh berjalan kaki, muka Hafizul dah lebam
dan birat. Kelaparan katanya sebab dari jam 7 pagi mereka dah berbaris dan tak
sempat sarapan.Kawasan meja semua penuh. Tak ada yang kosong. Barisan
panjang untuk mengambik nasi macam barisan orang nak ambik BR1M.
Sabar ajalah.

Aku macam biasa lah jadi komander bagi arahan kat anak-anak . Minta suami cari
meja kosong, Hafizul pegi beli air dulu ( dah nak pitam dia ), Farah dan Nurul aku
suruh beratur menunggu nasi kukus buluh dan aku sendiri pergi ke tempat lauk
mistiknya - AYAM BAKAR BUNIAN !

Perghh...tobat makcik, lain kali aku tak datang dah tengah hari. Sebelum subuh
aku dah sampai, tak sanggup nak beratur panjang. Bau harum nasi buluhnya
memang menggugat iman. Tapi sayang tempatnya agak kurang selesa dan
sampah sarap agak kurang berjaga. Laki aku jeling dan geleng kepala dua tiga
kali tanda tak setuju. Si Hafiz yang badan sado pun memujuk aku supaya tidak
menunggu makanan di situ. Dia dah memang kelaparan tahap dah boleh makan
rumput. Akhirnya aku mengalah dan suruh Farah keluar barisan. Aku sendiri
pergi tapau Ayam kampung bakar bunian tuh. Nak juga rasa macam mana resepi
buniannya hehehe.....
Hai, degil sungguh aku ni.

Hujung cerita, aku cuma bungkus lauk ayam bakar tu 4 ketul setiap potongan
suku bahagiannya berharga RM 8 ( ayam kampung ), RM 6 ( bagi ayam bandar ).
Bab harga aku takde komplain. Habis cerita dek kerana semua dah kebuluran
tahap gaban, kami singgah di gerai yang ada di situ untuk makan tengahari dengan
membawa sama buah tangan yang dibeli dari Simpang Sungai Klah.

Tuan punya gerai masam mencuka tengok anak aku turun membawa bungkusan.
Dia tak sukalah tu. Jadi untuk meredakan perasaannya aku arahkan anak-anak
order nasi, lauk campur dan air dari gerai yang kami singgah. Aku kemudian
meminta izin untuk ' menumpang makan ' bekal yang aku beli tadi.

' Ehh..makanlah. Dah biasa dah. Kat belakang gerai tu penuh dengan polistrin
bekas pengisi ayam bakar tu. Sedap sangat ke ? ' tuan kedai bertanya menutup
rasa bengang. Aku pun menjawab sambil tersenggih, ' tak taulah lagi. Ni nak rasa
la ni camna rasanya . Penangan Majalah 3.............."
Tersengih-sengih aku memaniskan muka.

Tuan kedai makan berlalu ke dapur sambil senyum dan sengih kelat. Cuma
kuranglah masamnya kerana aku makan di kedainya. Syukurlah aku sekeluarga
tak dihamputnya kerana bawa makanan luar ke situ.

Ayam bakar bunian tu datang bersama sos pekat hitam. Nak kata kicap bukan....
Deria sensor aku masih tercari-cari isi kandungan sosnya. Sedang kami menyuap
makanan, tiba-tiba Farah bertanya, ' mama...... minyak gamat boleh dimakan tak ? '
' Apa hal pulak nak makan minyak gamat kak ?' aku menjawab acuh tak acuh.
' Ya le boleh makan tak minyak gamat tu ? ' Farah mendesak lagi.
' Gamat pun ada orang makan, inikan pulak minyaknya. Telan je lah kalau nak......'
' Cuba mama rasa sos ayam ni rasa apa ? Bukan rasa gamat ke ? '

Suapan akhir aku terhenti. Bukan kerana tekak aku kembang tapi kerana aku
memang dah kenyang. Ayam bakar tu dah habis licin dah tinggal tulang. Aku
jeling ayam di pinggan Farah, Daniel dan Nurul..... pun licinTulang ayam je
yang tinggal. Hafizul dan suami aku dah tersandar kekenyangan.

Aku perhati muka semua, dia orang pun jeling aku juga.
Huh....gamat pun gamatlah. Kalau sos gamat macam ni punya sedap aku sanggup
makan cuma tak sanggup tengok je cara dia orang proses gamat buat sos. Hehe....
Jom, aku belanja tengok gambar kat entri ni ;-)

     Ibu bapa menunggu dengan sabar Pengerusi Felda sampai untuk perasmian.

Usai majlis graduasi





Ayam bakar bunian,kalau cara hidangannya lebih presentable tentu lebih memikat selera

Ramai yang menunggu wok.

Yang ni snapshot gambar jauh. Nak masukan semua dlm kamera hp tak muat.

Beratur menunggu nasi buluh yang sedang dikukus

     Pilih lah mana suka. Satu bahagian ayam harganya RM 8 ( ayam kampung )
                     Ayamnya tak ada rupa tapi ada rasa, dont worry ya.
                                                     Sedap.

No comments:

Post a Comment