Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BURGER - biz yang sentiasa hot di pasaran

Carian kata kunci untuk burger mempunyai 25,000,000 juta carian 0.62
sesaat. Sementara carian yang menggunakan kata kunci 'perniagaan burger'
mempunyai 379,000 carian setiap 0.58 saat . Herm, nak buat kajian dah tak wajib
guna company R &D lagi, tapi cukup menggunakan google. Ia mula diperkenalkan 
di pasaran melalui Burger King, A & W, kemudian di ikuti oleh Mc Donald dan 
jenama tempatan dimulakan oleh Ramli Burger. Diikuti dengan kemunculan
Burger Bakar, Burger Byte, Burger Kukus yang kemudiannya menjadi jenama
terkenal kebanggaan para peminat burger dan seterusnya meneruskan
kesinambungan perniagaan burger di Malaysia.


Burger merupakan perniagaan makanan yang bagus. Banyak permintaan
dan cepat berkembang jika kena acara dan pengurusannya. Sekiranyanya 
seorang pengusaha burger itu mempunyai resepi pembuatan daging burger 
dan sos buatan sendiri ia akan memberikan added value kepada perniagaan ini.

Perniagaan burger memerlukan kreativi dari pengusaha. Bermula dari
menghasilkan daging burger, kepelbagaian sos yang mencipta kelainan rasa
penyediaan masakanmahupun showmanship di depan pelanggan. Kepelbagaian 
dan kekreatifan adalah perlu bagi menarik perhatian pelanggan sehingga 
pelanggan boleh mengungkap dengan kata, ‘emm, wow !!’

Kelainan dan showmanship yang bagus boleh mencipta crowd yang tersendiri.
Dan inilah yang akan disampaikan dari mulut ke mulut. Iklan yang paling power
adalah iklan yang disampaikan dari mulut ke mulut. Ia lebih berkesan dan lebih 
berkuasa mempengaruhi minda pengguna dari iklan di media .

Bagusnya perniagaan burger ini kerana ia boleh dimulakan di mana saja.Dan
dewasa ini konsep kiosk buka pasang, menjadi pilihan peniaga-peniaga burger.
Pasar Tani, Medan Selera, Expo, Karnival,  kaki lima kedai, bawah pokok, 
depan kedai 7Eleven, mahupun simpang-simpang jalan utama. Pilih lokasi dan 
mulakan perniagaan anda.

Bagi pengusaha burger yang mempunyai modal besar, mereka boleh membantu
mengwujudkan peluang franchise dengan menawarkan pakej-pakej yang boleh 
menarik minat peniaga lain untuk bersama mengembangkan dan membangun 
jenama franchise mereka.

Tawaran modal yang rendah untuk memulakan perniagaan termasuk pakej kiosk,
bahan mentah, konsultasi perniagaan  percuma, termasuk latihan mentor-mentee 
atau mungkin juga software akaun percuma boleh merancakkan penyertaan para
peniaga kecil burger untuk bersama merebut peluang perniagaan ini.

Istimewanya perniagaan burger kerana ianya boleh diusahakan secara sambilan
mahupun sepenuh masa. Bagi yang mengusahakan secara sambilan waktu operasi
biasanya bermula seawal jam 5 petang dan berakhir jam 12 malam. Mengikut 
permintaan dan lokasi perniagaan. Bererti jam bekerjanya adalah sesingkat 
5 -7 jam sahaja sehari. Sedangkan pendapatan sambilannya boleh dianggap 
lumayan dengan untung bersih per biji antara RM 1 – RM 1.50
Bayangkan kalau satu hari boleh jual 50 biji sudah berapa ?
 Anda boleh kira sendiri keuntungannya dan buat keputusan sendiri .J


Burger murah, sos burger, pembuatan daging burger, untung bersih burger, lokasi burger, jenama burger, franchise burger
                          Burger yang ini...., ada orang berani cuba ? - Sumber Google