Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bukan cerita di sini - Mr Bubba

“ Saya perlukan pinjaman,” kata seorang lelaki  kepada seorang pegawai kredit 
di situ. Namanya Bubba dari Texas dan hari itu dia telah melangkah masuk ke 
sebuah bank di New York City.

Bubba kemudiannya memberitahu credit officer yang dia akan ke Paris bagi 
menghadiri satu festival antarabangsa Redneck di sana untuk selama 2 minggu
dan itu mambuatkan dia ingin meminjam sebanyak  $5,000. Dan untuk
menambah rumit dia bukanlah pendeposit/penyimpan di bank berkenaan.


Pegawai kredit kemudian memberitahunya yang bank memerlukan jaminan 
sebagai bayaran semula pinjaman. Jadi Encik Bubba kemudianya telah 
menyerahkan kunci kereta Ferrari barunya sebagai cagaran kepada bank. 
Kereta itu diparkingnya di seberang jalan, betul-betul berhadapan dengan 
bank yang dimasukinya tadi.

Mr Bubba kemudiannnya menyerahkan geran kereta kepada pegawai kredit 
untuk diperiksa dan disahkan hak miliknya. Dipendekkan cerita, pinjamannya  
diluluskan dengan menjadikan Ferrari baru Bubba sebagai cagaran pinjaman 
jangka pendek tersebut, juga dikenakan  interest sebanyak 12 %.

Presiden bank dan semua pegawainya ketawa berdekah-dekah mengenangkan
bertapa terdesaknya Bubba mencagarkan kereta Ferrarinya yang berharga 
 $250,000 untuk pinjaman sekecil $5,000. Seorang pekerja bank kemudiannya 
diarahkan memandu Ferrari tersebut untuk disimpan di dalam garaj private yang
terletak di bawah tanah bank berkenaan.

2 minggu kemudian, En Bubba telah kembali dan membayar keseluruhan 
pinjamannya yang berjumlah $5,000 berserta interest yang dikenakan sebanyak 
$23.07. Pegawai kredit kemudiannya berkata, “ Kami gembira dapat berurusan  
dengan tuan dan urusniaga ini telah pun berjalan dengan lancar sekali. 
Cuma kami merasa sedikit pelik……….”

Pegawai kredit berhenti,mengambil nafas dalam-dalam sebelum menyambung 
semula ayatnya, ‘ semasa ketiadaan tuan, kami telah melakukan semakkan 
nama tuan  di semua agency kewangan. Tuan sebenarnya mempunyai credit
rating yang bagus, bekas Alumni dari Texas A & M, highly sophisticated investor
dan  multi-millionaire, ada syarikat hartanah malah tuan mempunyai syarikat 
pelaburan kewangan yang sangat berjaya di seluruh dunia. Kami pelik…..,kenapa 
tuan masih perlukan pinjaman $5,000 ? Sedangkan tuan tak perlu meminjam
pun sebenarnya."

Encik Bubba kemudiannya tersengih, “ Mana nak cari tempat parking yang paling 
selamat di New York dengan kadar bayaran HANYA $23.07 untuk selama 
2 minggu ? Malah transaksi ini melegaan fkiran saya, kerana saya amat pasti 
bank anda akan menjaganya dengan baik dan selamat sewaktu ketiadaan saya.

Dan............., namanya adalah BUBBA.
Hanya kerana kita suka cerita mengarut, sesekali terlepas mencarut dan sukakan
lawak bodoh......, bukanlah BERERTI KITA NI BODOH.
  J