' Jom kita pegi kena cendol bakar, ' ajak seorang kawan kepada si A dan si B ?
' Cendol bakar ? Ehh...baru hari ni aku dengar. Si A dan B berpandangan sesama sendiri.
' Jomlah...sedap cendol ni, ' kawan mengajak lagi bersungguh-sungguh. Dipendekkan 3 sahabat tu berhenti singgah di warung tepi jalan yang ditunjukkan oleh kawan mereka tadi. Kepala A dan B terjengah-jengah mencari sesuatu. Kawan tanpa buang masa order 3 mangkok cendol. Bila cendol sampai ,mereka bertiga sibuk menghirup mangkok masing-masing. Lepas beberapa minit............
' Hemm...biasa je. Tak ada apa yang special pun '. Si A mengumam perlahan. B hanya menganggukkan kepala sambil mencemik.
' Apanya yang biasa ?' tanya kawan kembali.
' Cendolnya lah ngok !' jawab A lagi.
' Dah tu...kau nak yang luar biasa ?' tanya kawan lagi.
' Yaalah....dah nama CENDOL BAKAR , tapi apa api pun aku tak nampak,' si B menyindir perlahan.
' Habissss...dah nama tuan kedai 'BAKAR' tak kan jadi cendol SAMY pulak.' si kawan selamba menjawab.
A dan B terdiam.
Tiba-tiba B bersuara, ' tu ada Nasi Ayam WAN.., mesti orang lain tumpang niaga kan ?
' Tak ahh...dia punya jugak.' Kawan menjawab confident.
Sekali lagi A dan B kebingungan.
' Apa hal korang ni ? Dah nama dia WAN BAKAR. Nasi ayamnya digoreng macam biasa.
Bukan dibakar !!
Hahahahahahahahaha.......
Note:
Kat tepi jalan besar sebelum masuk ke jalan rumah aku ada signbord kecik tertulis ' Ikan Bakar di hadapan ' tapi sampai ke sudah aku tak nampak mana satu warungnya. Aku rasa kalau dia tulis signboard....
IKAN TERBAKAR DI HADAPAN !!!! ( Mesti ramai yang kelam kabut cari warungnya kan ?? )
photo dari http://1malaysiaads.com/haji-shariff-cendol-catering
HAhahaha... oo onama tuan dia bakar.. ingat kan mmg dia bakar cendoi tu
ReplyDeleteSebenarnya mummy Akmar..selepas buat posting ni baru saya tahu cendol bakar tu benar-benar ada.
Deleteada ke?? kat mana tu kak lin?
ReplyDeleteSebenarnya posting ni berpunca dari cerita mengarut akak dan hubby nak hilangkan mengantuk, sewaktu tengah driving. Abg buat joke pasal nak minum cendol. So joke tak sengaja tu buat kami pecah perut sampai akhirnya hilang mengantuk. Tak sangka betul-betul ada rupanya. Di Assam Jawa Kuala Selangor dan di Ijok.
Deleteakak duk kuala selangor ke? :)
ReplyDeleteke jeram?
cendol bakar.. cendol pak cik bakar yang ada drive thru.. :)
Hahaha..tak Asraf. Duduk di tempat lain.Cerita ini hanya lelucon sebab nak hilangkan mengantuk dan kemudiannya memberi idea untuk buat posting ni. Tapi tak sangka rupanya ada betul. Dan kebetulan nama tuan punyanya betul-betul EN BAKAR. Hehehe..nothing personal ya. Akak tahu pasal tu pun selepas tangan gatal cek sendiri kat internet lepas buat posting....ehhh...ada betul rupanya.
Deletehttp://www.youtube.com/watch?v=rO9GJ1R_7Tw awesome songg!! :D
ReplyDeletecendol bakar. ingat suruh tukar cendol salai. huhu singgah sini n folow :)
ReplyDeletewahhh sedapnya. suka cendol...
ReplyDeletep/s: terima kasih ya lyn..