Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Manis rangup si bawang goreng

Musim tengkujuh, musim hujan, musim perut sentiasa mengelodak mintak diisi. Sekejab-sekejab ke dapur. Sekejab-sekejab ke dapur cari apa makanan yang boleh dimakan. Nak-nak kena pulak musim cuti sekolah. Memanjang anak-anak ni ke dapur mencari makanan. Puas duduk depan lap top , dia tengok tv pulak. Bosan tengok TV mula lah merengek minta makan. Nasib baik aku sekarang ni banyak duduk di rumah. Dah memang sangat jarang keluar untuk appoinment lagi. Semuanya aku buat di hujung jari jer...hehehe
Bawang merah unggu, bawang bombay, bawang kecik, shallot
Kenal benda ni ?





Apa yang sedap dimakan hujan-hujan ni. Haaa...sup. Masak sup. Hubby aku suka sangat sup tulang ala-ala sup utara. Anak-anak pulak sup ayam pun jadik. Tapi apa yang nak aku tuliskan di sini bukan pasal sup utara. Sebaliknya pasal bahan yang bakal menyebabkan sup itu lebih menyelerakan dan membangkitkan aroma. Apa dia ? Cuba teka....


bawang kecil dikopek, bawang goreng, bawang goreng rangup
Kopeklah bagi botak bawang-bawang ni



Pandai. Bawang gorenglah yang bakal membangkitkan wangi aroma sup tu.
Tapi bukan bawang goreng yang segera tu ya. Pastikan bawang goreng itu asli, yang dibuat sendiri.
Petua untuk menjadikan bawang goreng yang kita simpan tahan lama adalah dengan mengorengnya sekali dengan hirisan bawang putih. Percayalah bawang goreng itu akan menjadi lebih manis dan rangup malah tahan disimpan sehingga lebih 6 bulan walaupun tanpa pengawet.

Selain itu kelebihan bawang goreng asli yang kita buat sendiri ini ianya lebih berbentuk dan tidak mudah hancur seperti mana yang terdapat di pasaran. Yang dipasaran tu bawagnnya dicampur dan diuli dengan tepung ! Sebab tu bawangnya banyak yang tidak berlorek dan berbentuk....dan hancur.

Emm..apa lagi masaalah sewaktu nak buat bawang goreng ni ? Haaa...mestilah waktu nak mengopeknya kan ? Mau berair mata - ahaks . Tinggal makan memanglah sedap kan ? Tapi nak membuatnya...ya adoiii. Seksa you. Petua orang dulu-dulu kata kalau tak nak berair mata waktu kopek bawang-bawang ni ..kulit bawang yang mula-mula kita kopek tu diambil dan selitkan di telinga. Tapi untuk diri aku sendiri, petua yang ini tak menjadi.

Petua yang menjadi adalah........rendam bawang-bawang kecil tu dalam periuk untuk selama 5 minit dan kemudiannya kita kopek bawang tu sewaktu dia terendam dalam air. Haaa...yang itu menjadi. Kopeklah banyak mana pun insyallah tak meleleh air mata. 3 kilo, 5 kilo, 10 kilo sekali pun mata kita tetap maintain - tak sedih. Malah lebih mudah mengopeknya.

bawang goreng di dalam botol, bawang goreng dalam piring, bawang goreng rangup
Simpan dalam bekas yang kedap udara bawang ni boleh bertahan  lebih 6 bulan