Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Macam cantik je...

Sekarang ini kedai makan, restoran, bistro, kopitiam dan tempat-tempat yang sewaktu dengannya berebut menyediakan kemudahan wifi untuk menarik pelanggan. Sementara menunggu makanan sampai biasanya kita sibuk melayan gadjet yang ada di gengaman. Sesi makan bersama yang sepatutnya jadi tempat bertukar cerita, akhirnya jadi sepi kerana masing-masing kalut melayan smart phone yang sudah semakin menjadi pilihan gadget terkini. Macam cantik je dan seperti sudah menjadi trend pulak bila makanan sampai aja, masing-masing sibuk mengambil gambar hidangan dan seterusnya memuat naik ke laman instagram, blog, facebook malah google plus juga.
Macamlah comel sangat.



Kehadiran gadget-gadget ini membuatkan kita hampir terlupa adap di meja makan. Kita melakukan hampir semua perkara di meja makan, makan, ambik gambar, up load terus ke laman sesawang pilihan dan terus menjawab komen-komen yang diberikan hasil reaksi gambar yang dihantar tadi. Kemudian gelak sorang-sorang. Akhirnya hidangan menjadi sejuk, waktu makan mengambil masa lebih lama dari yang sepatutnya,
dan akhirnya tiada interaksi sesama teman semeja yang datang bersama. Jadi untuk apa pergi makan berkumpulan ? Baik makan sendiri.

Saya sendiri pernah terserempak dengan sebuah keluarga yang masuk ke kedai makan yang sama dan sementara menunggu waiter mengambil pesanan.... dari emak, bapak dan empat orang anak mereka sibuk mengeluarkan smart phone mereka dan melayan aplikasi di situ. Mereka tidak bercakap dan berborak seperti selayaknya sebuah keluarga yang bertanya kabar antara satu sama lain. Mata masing-masing hanyalah ke skrin talipon. Saya yang duduk di meja sebelah  termenung memandang.

Kalau sayalah jadi suami atau isteri keluarga di sebelah, saya akan pastikan waktu makan adalah waktu yang paling santai untuk mendekati ahli keluarga yang lain. Mungkin kita boleh saling mengusik, bertanyakan tentang persekolahan, mencungkil cerita terbaru yang berlaku di antara kalangan ahli keluarga dan anak sendiri. Boleh menegur tanpa muka yang serius dan masam mencuka. Waktu makan bersama keluarga sepatutnya dimanfaatkan oleh ibu bapa dengan sebaiknya. Bukan hanya keluarga, jika waktu makan bersama kawan sepejabat pun kita tak patut asyik melayan gadget yang ada ditangan.

Dan kalau saya yang jadi emak mereka, saya akan pastikan tumpuan hanyalah di meja makan, menatap mata dan wajah ahli keluarga lain dengan mesra dan penuh kasih sayang. Kalau ada yang berani melayan smart phone mereka sewaktu kami makan di luar...,saya akan pastikan saya rampas hand phone tadi.. Atau mungkin juga saya boleh mengubah tindakan dengan memotong duit belanja sekolah anak-anak yang tiada masa untuk keluarga tapi ada masa untuk gadget canggihnya.

                                             
macam comel je, kopi tiam, restoran, kedai makan, ambik gambar, gadget canggih, smart phone, keluarga, kasih sayang

No comments:

Post a Comment