Beras rebus dikenali juga dengan nama beras perang atau beras India. Berbentuk lebih pendek dan dempak dari segi saiz berbanding beras biasa. Tapi jangan tersilap, ada juga yang bentuknya
lebih panjang macam beras beryani. Warnanya juga berbeza-beza, ada yang perang gelap dan ada yang perang cerah. Ada yang memanggil beras perang ini sebagai beras huma kerana beras ini tidak melalui
proses pengilatan dan pemutihan seperti mana yang dilalui oleh beras biasa. Warna sekam padi masih
kelihatan pada beras perang ini tetapi yang lebih penting kandungan zat dan mineralnya tidak hilang
seperti beras putih. Ini kerana hanya kulit padi yang dialihkan dari teras luar beras itu sendiri.
Yang membezakan antara beras perang dan beras biasa bukan sekadar warna dan khasiat, sebaliknya
juga dari segi bau. Bau beras rebus atau beras perang ini lebih kuat sedikit dari bau beras biasa
bila ia mula mendidih. Lebih kuat dan agak tengik sedikit. Bagaimana pun bau itu boleh dikurangkan
sekiranya kita memasukkan beberapa helai daun pandan sewaktu memasak beras rebus ini.
Sebenarnya rasa beras rebus ini lebih enak, lebih lembut dan lebih kenyal dari beras biasa
terutamanya bila dimakan panas-panas. Bererti kalau makan waktu sejuk pun tidak mengurangkan
keenakan dan kesedapannya.
Khasiat beras rebus / beras perang :-
1. Beras rebus mengandungi vitamin B1, B2, B6, zat besi, fosfat juga mengandungi mineral magnese
yang berfungsi sebagai bahan anti pengaratan dalam tubuh badan. Secawan beras perang
menyediakan 88% manesium harian yang diperlukan tubuh. Magnesium diperlukan tubuh untuk
membantu proses pencernaan protein, mengawal sistem saraf dan membantu relaxsasi otot.
2. Pengambilan beras rebus secara rutin dapat membantu mengurangkan paras kolestrol
dalam badan.
3. Beras perang sesuai dimakan oleh mereka yang mengalami sakit darah tinggi dan kencing manis
kerana amat membantu mereka untuk berdiet dengan kalori rendah. Iaitu dengan mengurangkan
pengambilan kanji dan gula.
4. Beras ini mengandungi lebih kalsium berbanding beras putih biasa.
5. Mengandungi selenium dan fiber sebagai anti kanser dan amat bagus untuk mengekalkan
kelangsingan badan.
Sebenarnya beras perang atau beras rebus ini memang lebih berkhasiat berbanding beras putih
tapi hanya kita yang tidak terbiasa dengan pengambilannya. Dulu pun saya sedikit skeptikal dengan
beras perang tapi setelah 2 kali mencuba akhirnya saya jatuh cinta dengan beras ini. Masih sedap
dimakan sejuk walaupun pada keesokan harinya. Gunakan untuk memasak nasi goreng pun
enak. Buat masak Nasi Goreng Pataya ? Lagiii..., la sedap.
No comments:
Post a Comment