Rahsia awet muda ? Yea...saya nak, saya nak. Suka sangat nak tau. Apa rahsianya ?
Toksah kan awak yang membaca entri ini, saya sendiri suka membaca entri, petua, tip dan segala yang berkaitan tentang awet muda. Tentang kecantikan. Tentang penampilan dan segalanya yang berkaitan cantik, sihat dan selamat untuk tampil awet muda. Tapi ada juga yang berpendapat umur itu tidak penting. Umur sebenarnya hanyalah angka simbolik perjalanan hidup. Umur hanyalah kebetulan kiraan. Mat saleh sendiri selalu berwacana ' life begins at fourty'. Yeay..............
Siapa yang tak nak tampil cantik, menarik dan sihat ? Semua orang nak. Walau mulut dan tangan menulis menafikan...realitinya semua orang mengejar kesihatan dan sukakan kecantikkan. Fitrah manusia - tak perlu dipersoal. Dewasa ini berbagai cara boleh digunakan untuk tampil cantik. Malaysia menjadi tempat lambakan produk-produk kecantikkan dan makanan kesihatan. Murah dan mahalnya sesuatu produk bukan lagi keutamaan yang dicari. Produk mahal tapi berkesan menjadi tujuan utama. Hem, rupanya purchasing power orang Malaysia semakin tinggi dan berniagaan yang paling cepat buat duit sekarang ini adalah perniagaan barangan dan makanan kecantikan/kesihatan.
Ok, ada beberapa cara untuk awet muda :-
A) Banyak kan makan ulam-ulaman.
Kajian menunjukkan memakan ulam-ulaman.....tomato, celor daun ubi dan daun betik yang
dicolek dengan sambal kacang bukan hanya penyedap tekak tapi juga dapat membantu
peredaran darah yang bagus. Daun selom, daun tenggek burung, bunga kantan yang dihiris halus,
pengaga, ulam raja, daun selasih yang mengandungi mineral dan zat galian yang bagus dan diperlukan
tubuh. Bila dimakan mentah, khasiatnya lebih mustajab.
B ) Banyakkan pengambilan supplement :-
1. Vitamin C pengambilan secara oral/suntikan untuk mendapatkan kulit yang halus, gebu dan licin.
2. Pengambilan collagen berkesan untuk membuat kulit menjadi tegang dan anjal.
Pengambilan yang berterusan bagus untuk memperkuat ligmen, tendon, kulit dan tulang.
Mengurangkan sakit lulut dan sendi. Justeru lebih mudah untuk bersolat.
3. Memakan pati delima ( apa brand pun boleh ) pati delima mengandungi anti oksidan yang tinggi
Jika diamal berterusan, bukan sahaja kita menjadi lebih sihat ( insyaallah ) malah kulit tidak lagi kusam.
Sebaliknya menjadi lebih anjal dan lembut. Malahan rambut juga akan menerima kesan yang sama.
Lebih lembut, halus dan mudah diurus. ( Boleh la goyang-goyangkan rambut beralun
macam dalam iklan syampu tu ). Nak tahu betul atau tidak..., mulakan makan dari sekarang dan perhatikan kesannya untuk 10 tahun akan datang. Sebenarnya pengambilan 3 bulan berturut
sudah mendatangkan kesan yang diinginkan.
4. Pengambilan Glutathione - adalah gabungan 3 protein yang dikeluarkan oleh hati/tubuh.
Merupakan anti oksidan yang paling kuat dan berkesan bukan hanya untuk melawan kanser
terutamanya kanser prostat, membantu mengelak serangan jantung malah menghalang kerosakkan
DNA. Pengambilan yang berterusan bukan saja dapat mengekalkan tahap kesihatan optimum
malahan juga memutihkan kulit secara semulajadi tanpa kesan sampingan. Kulit jadi lebih halus,
bersinar dan putih berseri. Begitu pun glutathione tidak sesuai diambil oleh mereka yang sudah
sudah mencapai usia 60 tahun.
5. Menggunakan produk yang menpunyai stemcell samada secara makan ataupun menyapu ke muka.
Sekarang ni macam-macam ada - single, double, tripple dan double-double stemcell semua ada.
Pilih ajalah nak dimakan atau pun sapu dimuka.
C. Kaedah estatika untuk awet muda
1. Melakukan teknik serdev - benang halus yang ditanam dikulit muka dan dilakukan tanpa
pembedahan untuk menegangkan kulit muka.
2. Melalui teknik filler - ada 2 jenis filler begantung kepada doktor untuk menggunakannya.
Penggunaan filler boleh mengisi ruang lekuk yang sedia ada di muka.
Hasilnya muka lebih gebu dan tidak cengkung.
3. Melalui teknik PRP ( Platelet Rich Plasama ) / Vempire treatment.
Menggunakan darah sendiri yang diproses dan diambil sari/plasma yang bagus dan tidak
rosak lalu disuntik semula ke dalam badan. Kesan dramatik berlaku tanpa perlu
melakukan pembedahan kecantikan. Kulit, rambut malah kesihatan menjadi lebih
bagus dari sebelumnya.
D. Rawatan kerohanian
1. Rajin berwuduk dan membaca alquran
2. Membaca doa ketika mengadap cermin
3. Mengamalkan doa Nurun Nubuwwah untuk tetap awet muda
4. Perbanyakan membaca selawat.
E. Mengamalkan petua-petua lama .
Mengamalkan petua-petua lama ? Tak nak lah ? Kenapa tak nak ? Bukannya susah dan
berbayar pun. Percuma saja semua tu. Contohnya minum segelas air sejuk sebaik bangun
dari tidur. Kata orang tua bukan saja bagus untuk melancarkan sistem kumuhan malahan
bagus untuk menolak racun dari tubuh.
bagus untuk menolak racun dari tubuh.
Nah, pilih mana suka daripada rawatan di atas , mengikut budget dan ketebalan dompet. Tapi percayalah jika hanya cantik dimuka tapi hati bercelaru, seri tak akan terpancar di wajah. Sebaliknya jika diga bungkan semua rawatan di atas.., ia akan lebih memberi kesan bila ditambah dengan budi bahasa yang menawan, agama yang dikendong dan kecantikan itu adalah bonus tambahan. Malah tafsiran cantik itu sendiri subjektif mengikut mata yang memandang.
BEAUTY IS IN THE EYES OF THE BEHOLDER.
BEAUTY IS IN THE EYES OF THE BEHOLDER.
Nota :-
Anak saya Farah berkata , " mama tak akan tahu nikmatnya menjadi tua dan membiarkan kedut
dimuka,hidup ini walaupun indah...sebuah perjalanan tetap ada noktahnya ". Dia kata.
Saya kata, " kakak tidak akan menyukai hari tua tanpa melalui hari muda. Seronoknya menjadi tua
lebih terasa bila kita tetap tampil cantik, sihat dan tidak berpenyakit. Masih aktif melakukan aktiviti
harian tanpa menunggu hari mati kerana mati itu pasti . So apa yang akak nak sebenarnya ?
Nak suruh mama comot-comot baru akak puas hati sebab mama dah nampak tua ??"
Farah : " Ehh....janganlah. Kakak tak suka."
Eeikkk ???? Pulak.........................
No comments:
Post a Comment