Sekarang memang musim hujan dan perut memang kerap berbunyi minta diisi. Entah apa kaitan antara hujan dengan perut lapar tidaklah pulak aku ketahui. Hormon apa yang dilepaskan dan entah apa enzim yang dicanaikan ketika hujan turun aku pun tak tahu. Ada sesiapa tahu mengapa perut lapar
bila hujan turun ?
Yang sedap dimakan
bila hujan turun biasanya adalah goreng-gorengan yang dimakan panas.
Hari ini aku
tak keluar. Duduk di rumah sambil membaca segela berita di internet.
Makanan tengahari
yang aku masak tadi dah habis ditelan anak-anak. Almaklum sekarang dah cuti sekolah dan setiap kali
cuti, aku pulak yang jadi mak cik kantin di rumah. Kadang-kadang aku rasa aku ni macam mak burung. Celik aja mata, anak aku dah tanya, " mama nak masak apa hari ni ? " Kalau aku
tak jawab, dia orang siap-siap bagi menu pulak untuk aku.
Amboi......
Jadi, hujan turun dengan lebat hari ni. Aku nak keluar pun malas. Jengah-jengah peti ais adalah beberapa
potong
ikan siakap ( err...sebenarnya dah beberapa hari ni aku suka sangat makan
ikan siakap yang
dibuat sup.
Masak stim dah tak best
dah . 3
rasa dah tak best.
Masak Sechuan
semua dah
tak best.
Selera berubah sejak aku makan kat D'Abang restoran di Rawang sebulan yang lepas. Sup
ikan siakap/merah kat situ benar-benar memikat
selera dan harganya pun murah.
Jadi aku pun start
kemaruk le..
Sedap dimakan
bila cuaca panas terik dan tekak loya masakan bersantan ATAU sebagai menu ketika
kehilangan selera makan.
BAHAN-BAHANNYA :-
1. 1 Ekor
ikan siakap dipotong 4 atau 5 potong
2. 2 inci
halia
3. 1 atau 2 ulas bawang putih
4. 4 ulas bawang kecil
5. 1
bungkus cendawan tiram
6. 1
bungkus fish ball
7. 1
batang lobak (
dipotong bunga )
8.
setongkol bunga kobis
9. 2/3
titis minyak
bijan
10. 2 sudu makan sos sotong / sos
ikan
11. 1/2 sudu teh @ sedikit lada sulah. Kalau
tak suka lada sulah banyak, bubuh sikit aja je.
12. 1 setengah liter air @ tambahlah ikut anggaran yang korang suka untuk dijadikah kuah.
Untuk Hiasan ;
- Daun sup + daun bawang dihiris halus.
- Bawang goreng
CARA-CARANYA :-
Tumbuk pecah-pecah bawang putih, bawang kecil dan halia.
Kalau nak blend
boleh juga.
Tapi aku
lebih suka tumbok sebab
bila ditumis ia cepat berbau wangi kerana tidak bercampur air. Ori
gitu.
Bila dah berbau wangi masukkan pula lada sulah . Kacau-kacau sikit jer lepas tu terus tuangkan
sukatan air
tadi. 1
setengah liter air
rasanya ngam kalau ikannya cuma seekor. Tapi kalau suka kuah
supnya berladung tambah la lagi semangkok kecil. Cuba tengok pic kat tepi tu.
Renihkan kuah dalam 5 minit sebelum masukan hirisan lobak yang bercorak bunga dan bunga kobis yang dipotong kecil.
Biarkan lagi
selama 5
minit.
Kemudian terus masukkan potongan
ikan dan fish
ball pulak. Biarkan mendidih. Bila kuahnya sudah mendidih masuk
2 sudu sos
ikan / sos sotong. Lepas itu masukan pula cendawan tiram dalam 2 minit. Pelahankan api dan titiskan 2 atau 3 titis
minyak bijan untuk lebih mengharumkan bau sup. ( Jangan lupa bubuh garam sesuaikan dengan rasa lidah korang. )
Terus matikan api. Beres.
Cedok sup ke dalam mangkok dan taburkan hirisan daun sup , daun bawang
dan sedikit bawang goreng untuk lebih membangkitkan aroma.
( Makan panas-panas sedap weh )
No comments:
Post a Comment