SPM Farouk Firdaus
Selamat menghadapi peperiksaan SPM
Esok kertas pertama BM
Jawab hati-hati , tulisan biar kemas
Baca bismillah jangan lupa, selawat melancarkan pena
Jangan gagal bahasa ibunda
Kalau melayu mana nak letak muka....
( Semoga semua calon telah bersedia, dilapangkan hati, dicerahkan fikiran dilancarkan pena menulis jawapan yang betul dan semoga semuanya beroleh kecemerlangan dunia dan akhirat . Aamiin. )
Farouk Firdaus pun esok bakal menjalani peperiksaan SPMnya. Teringat aku setahun yang lalu bila dia kalut nak berhenti dari belajar di Sekolah Teknik. Punyalah meradang tak tahu nak cakap. Waktu di tingkatan tiga dia beria nak keluar dari rumah dan tinggal asrama. Aku kata bagus. Aku pun penat berleterkan dia kat rumah.
Di sekolah teknik dia belajar di bahagian sivil engineering dan peringkat awalnya semuanya ok. Tiap-tiap minggu kerja aku hanya mengulang menjengah anak di asrama. Konon nak bagi semangat dan supaya anak tak rasa home sick. Tapi hujung-hujungnya aku frust kerana akhirnya dia mengambik keputusan untuk berhenti dan belajar di sekolah biasa.
Puas cikgunya memujuk, puas aku mengamuk dia tetap dengan keputusannya untuk keluar dari sekolah teknik.
Cikgu kelas, guru subjek malah penolong pengetua memujuk dan bagi kaunseling, dia buat muka toya. Angin aku satu badan. Malas aku nak pandang muka dia, aku minta hubby pulak yang slow talk dengan si Farouk nih. Balik dari restoran di depan rumah suami aku cuma kata , " he need you sayang. He really needs you."
" Fine he needs me, but is nothing related as to why he must resign from that school ."
" It is very much related pasal dia memang tak boleh belajar kalau u tak ada untuk ' berleterkan' dia.
Pulak...............
Tiba-tiba aku fikiran aku melayang mengingati kelakuan anak ini yang lepas. Farouk selalu datang dan menjengah aku tak kira di mana aku berada, samada di dapur atau di bilik. Kadang-kadang bila aku sedang mencuci pinggan di dapur dia datang dan berdiri di sebelah sambil bertanya,
" mama sihat ke hari ni ?"
" Kenapa pulak ?" jawab aku dengan perasaan sebal.
" Ya lah......selalu kalau mama sihat, mama berleter. Hari ni diam aja, mama tak sakitkan ????? "
Dan esok adalah hari pertama peperiksaan SPMnya...., harapan aku selain dari iringan doa dia mendapat kekuatan dari setiap leteran seorang ibu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment