Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Misteri Villa Nabila

Heboh hari ini tentang kisah kehilangan 30 remaja dari Villa Nabila. Bangun pagi anak-anak aku bertanya
kan lokasi sebenar Villa Nabila yang terletak di Johor Baharu. VILLA NABILA ? Entah . Tidak pernah
pulak aku dengar nama ini sepanjang aku menetap di Johor. Kalau kisah banglo misteri yang ghaib dari
bumi yang terletak di Taman Megah Ria , Pasir Gudang tu aku taulah. Sebab tempatnya yang berselang
3 rumah dari rumah client aku. Ini tentang Villa Nabila......

Godek-godek di internet membawa aku pada penemuan tentang misteri Villa Nabila.
Juga ada beberapa versi cerita mengenai villa ini. Otak aku mula membuat gambaan flash back
 bangunan dan lokasi yang yang biasa terdapat di Danga Bay. Tapi sampai ke sudah scanning otak tak
berfungsi . Yang pasti selain Istana Bukit Serene ada beberapa buah bangunan besar yang terletak berhadapan Danga Bay selain sebuah hotel yang mengadap Pantai Lido.


Seperti kata Mazidul, jangan terus percaya tentang sesuatu cerita tanpa fakta yang kukuh. Betullah
tu, tapi dalam dunia kita yang memang bersentuhan dengan alam misteri yang tidak dirungkai oleh akal mahupun pengetahuan sains dan tidak mustahil pula terjadi. Kalau dah pergi 30 orang tapi yang
 keluar cuma 7......, apa cerita ? Villa Nabila memang hot dengan misteri yang belum terungkai .

villa nabila di danga bay, christine palace, villa berhantu di johor, taman tasek, orang hilang, kecoh orang hilang di villa nabila, orang hilang di johor
Danga Bay terletak bertentang dengan Taman Tasek Johor.

Dulunya memang gah dengan bangunan Christine Palace di situ. Tapi Christine Palace terletak
di sebelah kiri menuju Bandar Johor. Sedang Danga Bay terletak di sebelah kanan menuju ke Johor.
So mana satu ni ya ?