Semalam
cahaya antara dua banjaran
pancarannya sirna di rimba tebal
sedang ketakutan yang telah berkurun berada di situ
tidak pernah berundur sebaliknya hanya terkaku
Cahaya antara dua banjaran
bermimpikah.....
mengigaukah.....
atau aku hanya mengutip puing angan
yang memberat di fikiran
Semalam bersama sirnanya cahaya
Pak Tua muncul di mimpi
ditangannya menjembit bungkusan
ada dua nak....
duniawi
atau
ukhrawi
Ketakutan membuat aku terpaku
di situ
tapi hulurannya bersambut
tanganku mengambil bungkusan kain
Pak, kalau mungkin aku tamak
kerana memilih ke duanya
Pak Tua kembali merenung
Gengaman tangannya berisi bara
Ambil nak, kalau mampu kau bawa.....
Dalam takut
baranya ku sambut
lecur tangan melereh pedih
lecur kulit melekat di tulang
Cahaya antara dua banjaran
Tujuan ku tetap ke situ.
Rabu 27/11/2013 @ 12.29am |
No comments:
Post a Comment