Sekarang dah pukul 12am bererti dah masuk hari kamis. Hehe...saya memang suka up date entri tengah malam pasal siang hari memang tak sempat. Oklah entri ni cuma untuk tepati janji yang saya akan kongsikan resepi butter prawn sarang burung itu hari ini. Semalam wordless wednesday jadi kongsi gambar aja lah ya.
Ok murid-murid sila baca pelan-pelan dan tak payah ambik kertas dan pen, bookmark ajalah entri/page yang ini.
BAHAN-BAHANNYA :-
1. Dah semestinya udang. Ikutlah saiz apa yang korang suka dalam 8 ekor / 12 ekor
2. Garam
3. Lada sulah
4. 3 ulas bawang putih dicincang halus
5. 8 batang cili api @ cili besar warna merah/hijau ( ikut suka hang la ) - DIMAYANG YA
6. 2 tangkai daun kari dah cukup
7. Sedikit butter ( senang anggaran buttercup tu dipotong suku )
@ boleh juga guna magerine kalau butter tak ada kat rumah
8. 1 sudu teh gula pasir
9. 1/4 cawan susu cair
CARA-CARANYA :-
A) Mula-mula gaul udang dengan lada sulah dan sedikit garam. Lepas tu goreng.
Jangan mengoreng terlalu lama sebab bila udang digoreng terlalu lama saiznya jadi mengecil
dan isinya jadi keras - tak sedap. Sebab sudah hilang jusnya.
- Ketepikan / toskan udang yang sudah digoreng tadi. Kita nak buat sarang burungnya pulak nih.
B) BAHAN UNTUK BUAT SARANG BURUNG :-
1. 2 biji telur ayam saiz besar @ gred A+
2. 1 cawan minyak
3. Butter ( kalau suka rasa butter yang lebih pekat 1/2 bar buttercup tu potong 2. Kalau tak potong
suku aja )
C) CARA MEMBUAT SARANG BURUNG :-
- Pukul telur sehingga kembang. Panaskan kuali dengan minyak yang secawan.
Campurkan potongan butter itu tadi dan panaskan bersama minyak. Sila gunakan
senduk bulat dan dengan gerakan yang pantas pusing-pusingkan senduk itu dalam gerakan
sehala yang membentuk bulatan tanpa henti. Bancuhan telur yang dah siap itu kita
tuangkan tinggi sikit ke dalam kuali supaya curahannya menjadi halus saja. Teruskan
memusing minyak laju-laju sehingga curahan telur itu habis. Bila telur sudah bewarna keemasan
angkat dan toskan minyaknya. Semasa sarang burung yang dah siap itu masih dalam keadaan
panas campurkan dengan sesudu teh gula pasir dan digaul rata. Rasanya akan lebih ummph.
D ) CARA MEMASAK UDANGNYA PULAK.
- Panaskan kuali bersama sedikit lagi butter dan tumiskan bawang putih, cili yang dimayang beserta
daun kari sehingga naik bau. Tuang susu cair yang suku cawan tu biarkan seketika. Lepas tu terus
masukkan lada sulah dan sedikit saja garam kedalam bahan tumisan tadi. Bila dah agak pekat tuang
udang yang dah siap digoreng awal itu tadi dan terus matikan api. Sarang yang sudah ditoskan itu
digaul semula bersama udang dan SIAP UNTUK DIHIDANGKAN.
Nota :
Kalau nak udang tu nampak lebih cantik dan mudah dikopek bila nak makan nanti, buang separuh kulit
udang waktu menyiangnya dan belah separuh belakang udang. Udang tu akan kelihatan cantik dan berkepak bila digoreng nanti. Tapi gambar kat atas ni saya tengah malas kopek hehe. Selamat mencuba ya.
- Ada 2 jenis butter prawn. 1 butter prawn sarang burung. Satu lagi adalah butter prawn taik minyak.
Kalau nak rasa yang lebih spicy dan aroma yang lebih wangi pilihlah butter prawn taik minyak.
Rasanya lebih ummph kerana campuran daun kari dan daun ketumbar. Tunggu next wednesday
ya, baru saya kongsikan resepinya.
No comments:
Post a Comment