Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Petua makan katak


Tiba-tiba aku menerima message di FB yang berbunyi seperti di bawah :-

PETUA MEMAKAN KATAK


Peraturan pertama

" Jika kita perlu memakan dua ekor katak, mulakanlah dengan memakan
  katak yang paling hodoh dahulu "

Tamsilannya : Iaitu sekiranya kita mempunyai 2 tugas yang sama penting. 
Dahulukan tugas yang paling besar, paling penting dan paling susah dahulu. 
Displinkan diri untuk memulakan tugasan itu sertamerta. Siapkan tugas yang 
pertama itu terlebih dahulu sebelum memulakan tugas yang ke dua.

Peraturan ke dua memakan katak

" Sekiranya kita perlu memakan seekor katak hidup-hidup, makanlah dengan
  segera. Tiada gunanya sekadar duduk dan merenung katak itu lama-lama "

  
Tamsilannya : Selesaikanlah tugasan yang paling penting pada setiap pagi.
 Itulah kunci kepada prestasi terhebat dan prokduktiviti tertinggi. Jadikanlah
 makan katak sebagai rutin harian sebelum melakukan perkara lain.
 Jangan berfikir panjang untuk makan katak dan janganlah bertangguh
melakukan tugas yang penting dalam hidup kita.

Katak adalah simbolik kepada tugas yang terbesar dan paling penting.
 Tugas ini  memberikan impak positif yang terbesar dalam hidup kita.
 Namun tugas ini selalunya  dilengah-lengahkan dan kita tidak teruja 
mahu menyelesaikannya.

Petikan buku : Eat That Frog - Brian Trancy


Nota :

Ingat juga dia kat aku. Alhamdulilah. Orang tua-tua memang selalu berpesan
 ' kerja bertangguh memang tidak menjadi.' Tiba-tiba aku teringat
 kepada petua emak yang selalu meleteri aku dahulu. Makan katak sebenarnya
 caranya sama macam makan jamu atau ubat periuk. Bila dah dibancuh
jamu atau ubat periuk tu....tak payah nak ditenung-tenung atau dirasa dengan
 hujung lidah. Confirm kita tidak akan terminum jamu/ubat periuk tu kerana 
rasanya  yang amat teruk dan pahit. Err...rasa yang sama macam telan air
gamat yang hanyir dan macam minum air longkang. TAPI....., tapi kalau tak
diminum urat perut dan badan akan mengembang dan kita yang akan
menanggung kesakitan. So cara paling mudah, buka mulut luas-luas, tuang jamu 
terus ke dalam tekak. Bila rasa nak muntah tutup mulut rapat-rapat atau telan 
muntah tu semula. Settle.


No comments:

Post a Comment