Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PANTUN CERITA CERITI



Kalau traktor berganti lori
Masak lemak pucuk labu
Tutup sudah bab ekonomi
3 siri artikel cukuplah tu

Penat menulis artikel ekonomi
Bukan bermaksud menjadi poyo
Hanya berkongsi maklumat terkini
Supaya kita tak sama-sama....hadooo


Bukan terbitan karangkraf
Pasang pelekat bancuhan simen
Entri disimpan di dalam draf
Selepas ini aku nak join segmen

Susu dicampur madu lebah
Petua sihat dan awet muda
Hidup ini jangan gegabah
Lepas bersegmen, berehatlah pula

pantun lyn munir, pantun 2 kerat, artikel ekonomi, poyo, segmen, retro, old school,tak berapa nak muda
Pantun dikarang curahan hati
Ada 4 kerat, ada 3 kerat                                   
2 kerat saja yang tak ada
Yang tak berkerat pun ada
Yang tinggal karatnya saja    :-)

Tanam pisang rapat-rapat
Biarlah senang puyuh berlari
Cari puyuh goreng tak dapat-dapat
Rupanya peniaga dah cabut larii...

Aku suka retro dan memang old school
Maklumlah dah tak berapa nak muda...
Eh, apa sal korang semua ketawa ??????