GREAT MINDS DISCUSS IDEAS, AVERAGE MINDS DISCUSS EVENTS, SMALL MINDS DISCUSS PEOPLE.
What is idea ?
Idea adalah garapan atau lakaran minda yang ( biasanya positif ) bagi tujuan menghasilkan cadangan kerja atau imej yang kemudiannya digubah dan ditakrifkan sebagai tindakan kerja. Terjemahan konsep atau gambaran mental ini kemudiannya digarap secara kreatif sehingga memaparkan hasil kerja samada :-
A ) Menghasilkan prestasi kerja yang bermutu walaupun mungkin terpaksa menerima penambahan baikkan bagi tujuan penambahan mutu kerja dan pelaksanaannya.
B ) Idea yang terpaksa melalui trial and error berulang
kali sebelum menjadi lebih efektif dalam
pelaksanaannya.
Contoh idea-idea hebat :-
1. Idea genius jutawan Irfan Khairi dengan penjualan peta
Malaysia melalui internet
2. Idea hebat Syed Mokhtar Al-Bukhari dengan
Yayasan Al-Bukharinya
3. Idea gila Lim Goh Tong dengan pembinaan Genting
Highland
4. Idea merapu Albert Einstein dengan penciptaan
mentolnya
( uji kaji kali ke 1000 baru mentol menyala )
( uji kaji kali ke 1000 baru mentol menyala )
5. Idea mencarut Mark Zuckerberg dengan penghasilan
laman social Facebook.
AVERAGE MINDS DISCUSS EVENTS, SMALL MINDS DISCUSS PEOPLE
Tapi saya tidak akan membincangkan hal itu di sini. Saya sebenarnya sedang berfikir macam mana nak jadikan Pulau Pisang yang terletak 5km dari Pontian Kecil ( kampung saya ) menjadi sebuah pulau peranginan ( sebahagiannya dengan konsep semi resort dan home stay ), dan dibahagian yang lain ditanam dengan tanaman buluh Jatnika atau buluh harimau yang boleh dikomersialkan kerana pasaran dan permintaannya yang memang hot buat masa ini. Presepsi masyarakat hari ini telah banyak berubah, jika dulu pemilik rumah batu dianggap kaya tapi sekarang
' pemilik rumah buluh' lah yang sebenarnya kaya.
' pemilik rumah buluh' lah yang sebenarnya kaya.
Sebahagian lagi kawasan pulau boleh ditanam dengan tanaman emas 7 tahun ( pokok karas yang menghasilkan gaharu ). Jangan tak tahu sebahagian kecil pulau ini telah ditumbuhi gaharu secara semula jadi dan sudah ada kes kecurian pokok karas/gaharu. Mungkin juga boleh dibina jeti pemancing dari Restoran mamak pontian kecil ke Pulau Pisang untuk menjadikan pulau ini lebih interaktif.
Tukun-tukun tiruan boleh dibina / ditengelamkan mengelilingi pulau kerana pulau ini juga tidak sunyi dari hasil tangkapan ikan pari, ikan sembilang, ikan kerapu dan siakapnya. Setelah itu boleh digazetkan sebagai syurga pemancing ( tapi banyak kerjalah kat sini ). Setakat ini jeti terpanjang di dunia terletak di Lucinda, Queensland Australia iaitu sepanjang 7.5 km atau 4.7 batu ke tengah laut. Kalau dapat dibina jeti pemancing di sana ( Pontian Kecil ke Pulau Pisang jaraknya
bakal jadi 5km ++ ). Mesti syok memancing di atas jeti yang sepanjang ini kan ?
bakal jadi 5km ++ ). Mesti syok memancing di atas jeti yang sepanjang ini kan ?
Pulau Pisang sebenarnya memang boleh dijadikan pulau pelancongan dengan idea yang sama dilakukan di Pulau Pangkor ( memanggil para karyawan dan budayawan menghidupkan suasana dan budaya ) sebagai awalan dan pemanggil semangat bicara. Saya merepek kan ?
Tak apa..., saya memang suka merepek. Keturunan tok selampit memang begini.
Tak apa..., saya memang suka merepek. Keturunan tok selampit memang begini.
Tapi yang terlebih penting adalah mendaulatkan kawasan Pulau Pisang itu sendiri. Iaitu sebagai salah satu daripada wilayah di bawah pentadbiran Majlis Daerah Pontian. Mengapa harus dibiarkan pulau ini sepi tanpa
penghuni ? Tanpa aktiviti yang menunjukkan pulau itu adalah milik Johor ?
penghuni ? Tanpa aktiviti yang menunjukkan pulau itu adalah milik Johor ?
Rumah api di Pulau Pisang pun diselia tadbir oleh Singapura dan kalau dilihat melalui Google Map kawasan yang diselia tadbir semakin luas. Takut esok-esok berulang lagi kisah Pulau Batu Putih.
Itulah bak kata pantun " Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intailah Pulau Pisang antara nampak
Esok jangan ngigau-ngigauan "
Lynn Munir, banyak ide dan inovasi, moga bisa jadi realisasi, selamat berkreasi.
ReplyDeleteTerima kasih Wasiun.
DeleteAslkum Lynn.. yes, great people discuss ideas & sy amat tertarik dgn idea awak tu.. mmg menarik. tp sy agak terperanjat & juga gembira sehingga buat sy terketawa kerana, believe not.. sy juga berasal & membesar di Pontian tu :).. bersekolah di sana & pernah menetap di tmn zalinah, berhadapan dgn hospital Pontian sehingga 1994. Sy berhijrah menyambung pelajaran ke KL, bekerja & menetap di sini sehingga kini. Kini sy jarang ke Pontian kerana parents pun dh menetap di KL.. so rumah di sana dah kosong, cuma balik kemas dan utk berteduh jika ada urusan & majlis2 jemputan saudara atau sahabat di Pontian, JB atau sekitarnya. Panjang pulak komen ni.. :D. Apa pun, I'm very glad to know this. Salam takzim buat awak, org sekampung & rakan blogger sy.. semoga silaturahim kita berkekalan & beroleh berkat. T kasih juga diatas perkongsian ilmu melalui entri ini. Semoga sukses selalu.. amin. :)
ReplyDeleteWalaikumsalam Khir, :-) sekampung kita ya ? Taman Zalinah tu tempat saya selalu menyinggah bila balik sekolah dulu.
DeleteTerima kasih sudi membaca entri ini dan tentu Khir tahu keadaan P.Pisang tu macam mana kan ? Bukan tak ada potential cuma tak ada yang sudi memandang buat masa ni.
wah..daripada hari tu pulau pisang ni.hahaha. apa lagi, dah nak meletup dah ni. hehehe
ReplyDeleteHehehe...no comment.
DeleteYa lah.. nanti takut jadi kes rebut rebutan la pulak.
ReplyDeleteItulah pulau yang seluas 178.4 hektar kalau kali ini terlepas kat negara lain tak taulah nak kata. Batu putih baru berapa keluasannya ?
DeleteMemang meraunglah kita kalau P.Pisang hilang dari gengaman kali ni.
Bukan setakat sayang juga Ayie, sayang sangat-sangat.
ReplyDeleteIn syaa allah ya Ayie, kita tengok nanti.
Ide yg memang pratikal ni kak. Moga2 ada pihak yg berjaya realisasikannya..
ReplyDeleteMoga bertmbah lagi satu pulau kebanggaan negara. terbaiklah kak!
Mudah-mudahan ya ada syarikat koperat yang memandang perkara ini lebih kepada semangat patriotik dan tidak fokus kepada keuntungan semata.
Delete