Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Merrepak


Sekian lama aku mengikuti tulisan pojok Johardy Ibrahim di Mingguan Malaysia.......
( Ia ke tulisan pojok ? Ke aku salah tafsiran ? ) baru aku perasan yang kolum tulisan
itu dah ditukar sebagai kolum 'merrepak'. Seronok membaca tulisan Johardy yang
sentiasa santai, lucu tapi berisi. Sesekali aku tertinggal repekan merrepak terasa
teramat rugi.

Kadang mencubit tak terasa
Sesekali ditampar tapi tak terjerit



Ouch !! Tapi garapan penanya membuat aku menjadi pelanggan setia Mingguan
Malaysia, walaupun  kebelakangan ini aku hanya mampu menghabiskan bacaan
setelah satu minggu akhbar itu terperap. Tak macam dahulu, biasanya dalam
masa 1 jam aku dah boleh habiskan bacaan. Aku rasa aku dah terlalu terpengaruh
dengan internet melebihi bacaan secara konvensional.

Berbalik kepada perkataan merrepak, puas dah aku google di kamus Dewan
Bahasa dan Pustaka tapi tiada sebarang carian yang menyamai maksud perkataan
itu. Jadi apa maksud perkataan merrepak sebenarnya ? Ada sesiapa tahu ?

Seingat aku kali pertama kali aku dengar perkataan merrepak adalah sewaktu
kami berkelah di Pulau Jerejak pada bulan April 2011. Waktu tu aku dan Daniel
bersama anak-anak saudara ku duduk berhayun di dahan pokok sebelum terjun
ke air. Waktu tu Daniel baru berusia 7 tahun. Baru 3 bulan masuk darjah satu.

                                  Burung merrepak di dahan sini
                                  Mak bapak siapa yang dah lari ni ?

Sambil matanya melerek melihat kakak dan abang ipar aku duduk berduaan
di tebing membiarkan anak-anaknya ( sepupu-sepupu Daniel ) mandi manda dan
buat terjun tiruk dari dahan pokok di Pulau Jerjak.

Aku takjub dengan dia, kerana aku tak pernah dengar budak umur 7 tahun mampu
melontarkan pantun walau sekadar pantun 2 kerat. Sambil berhayun di dahan
pokok aku mencari erti merrepak yang masih tak ku temui sehingga kini.

                                 
maksud merrepak, merepek,pulau jerejak, pantun 2 kerat, erti merrepak, merepak, merrepak johardy ibrahim, merrepak mingguan malaysia, merrepak online










Selepas balik mandi manda di  pulau itu, baru aku perasan yang tapak kaki aku luka
kerana terpijak batu-batu tajam dan....oh ya, pulau itu dahulunya ditaburi kaca untuk
mengelakkan banduan melepaskan diri dari situ.