Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ROTAN

ROTAN ANAK PUN SALAH ?
Bila Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri 
Rohani Abdul Karim berkata, ‘ROTAN ANAK BAKAL MENJADI SATU 
KESALAHAN JENAYAH jika, rang undang-undang baru yang akan digubal
diluluskan. Berita ini terus menjadi tajuk besar yang kemudiannya mencetuskan 
polemik bukan saja di akhbar malah di media social jugaRamai yang tidak 
bersetuju dengan perlaksanaannya walaupun ianya belum mendapat kelulusan 
lagi. Biarpun rang undang-undang itu bermaksud baik. Iaitu bagi melindungi
anak-anak dari penganiayaan dan penderaan dari ibu bapa yang tidak bertanggung
jawab tapi,  secara keseluruhan ia mengikis hak Ibu Bapa dalam mendidik displin
anak-anak mereka sendiri. Lalu ke mana dicampakkan hak sebagai ibu bapa 
dalam mendidik dan menegur anak ? Sedangkan menjadi ibu bapa di zaman 
sekarang, cabarannya getir sekali. Merotan sebenarnya adalah pilihan terakhir
ibu bapa.

                                        
undang-undang merotan, rotan tapak kaki, merotan satu kesalahan jenayah, rotan hak ibu bapa, anak hak siapa, hukuman rotan, cabaran sebagai ibu bapa, rotan,merotan, tidak dirotan

Janganlah hanya kerana kita telah menandatangani perjanjian di Konvensyen 
Mengenai Hak Anak-Anak ( CRC ) maka hak ibu bapa pula dinafikan. Seorang
anak secara semulajadi lebih cekap  menggunakan kuasa psikologi mereka supaya 
ibu bapa sentiasa luluh hati untuk tidak dirotan. Dan uniknya kuasa psikologi anak
ini mampu membuat orang lain menjadi simpati dan bermati-matian 
mempertahankan mereka dari dihukum.

Soalnya lagi sekali, siapakah yang akan mempertahankan hak ibu bapa pula ?
  
Merotan tidak bererti kita zalim. Sebaliknya ia lebih kepada mendidik, kalaupun 
dalam bentuk memberi rangsangan sakit ( yang paling minimum ), kerana rasa sakit 
itu sendiri membentuk satu learning proses dalam otak mereka. Malah ia akan
mempercepat 'firing level' untuk belajar. Fikiran mereka akan jadi terbuka

Jika merasa berlebihan merotan di kaki ( bimbang berbekas ), ROTANLAH 
DI TAPAK KAKI. Merotan di tapak kaki bukan saja tidak meninggalkan bekas
yang lama dikulit. Biasanya dalam satu jam,kesan rotan itu dah hilang. Malah
terkadang, ianya tidak berbekas langsung. Dari itu berjaya membuang rasa marah 
dan meradang di hati anak-anak kerana tiada bekas lebam yang kelihatan di badan
mereka. Malah perbuatan itu mampu merangsang segala urat saraf yang terdapat
di kaki untuk berfungsi dengan lebih efektif.

Ada beberapa kaedah yang perlu kita lakukan sebelum merotan anak-anak tadi.

1.     Sematkan dalam hati yang kita tidak berniat mencederakan mereka sebaliknya
      HANYA sebagai jalan terakhir mendidik anak apabila didikan secara lembut
      tidak lagi mampan.

2.   Gantung rotan di ruang tengah atau di mana-mana tempat yang mudah dilihat
      oleh anak. Tindakan begitu bagai memberi amaran psikologi kepada anak-
      -anak menjaga tingkah laku.

3.   Maklumkan kepada mereka apakah kesalahan yang akan mengakibatkan
      mereka dirotan. Saya biasanya  menegur mereka there and then ( di saat
      mereka buat salah). Teguran berserta amaran akan saya ulang sebanyak
      3 kali supaya mereka tidak membuat kesalahan yang sama. Kalau mereka
      ulang lagi kesalahan yang sama...., kali ke 4 - baru lah kita rotan.

4.   Jangan merotan di bahagian dada,mahu pun lengan ke atas.Apatah lagi jika
      tersebat ke bahagian muka. Mendidik bukan bermaksud mencederakan.
        
5.   Datangilah semula anak-anak yang telah dirotan itu dengan lembut. Peluk
      dan usaplah bahagian yang kena rotan itu tadi. Beritahu mereka dengan
      jelas kesalahan yang telah mereka lakukan sehingga mereka dirotan.
      Biasanya anak-anak, bila kita memeluk dan mengusap semula bahagian
      dirotan..., akan berguguran air mata dan mengakui kesalahan mereka
      sendiri.

      In sya allah anak-anak tidak akan berdendam. Sebaliknya menerima
      perlakuan tadi sebagai satu bentuk didikan atau terapan displin dari
      ibu bapa.


            Nota :  

                 Saya sokong rotan dan jangan ambil hak itu dari kami.