BRICs adalah kesepakatan kumpulan yang merujuk kepada negara Brazil, Rusia, India dan China
yang awalnya dikenali sebagai
kuasa ‘ Big four’. Singkatan ini dicipta oleh Jim O’Neill pada tahun 2001, dan telah
mula digunakan secara meluas sebagai simbol perubahan kuasa ekonomi global.
Keanggotaan BRICs kemudiannya
telah diperluaskan lagi dengan kemasukan Afrika Selatan ke dalam kumpulan ini. Dari 4 negara besar, New kids On The Block ini
kemudiannya dikenal semula sebagai BRICS ( Brazil, Rusia, India, China dan
Afrika Selatan. )
Pakatan ekonomi BRICS yang baru
muncul inilah yang telah merampas
kedudukan petro dollar US sebagai
medium pertukaran global. Bagaimana semua ini boleh berlaku ? Pertambahan
penduduk dan pertumbuhan ekonomi yang pesat di negara-negara BRICS membuatkan mereka mampu menawarkan peluang pelaburan yang lebih baik kepada pasaran global. Jika sebelumnya US dollar menjadi world reserved currency, dengan wujudnya BRICS kedudukan itu sebenarnya telah dirampas. Negara-negara BRICS telah bersetuju untuk menerima mata wang anggota mereka dalam setiap urusan perdagangan tanpa menggunakan dollar US. Sebagai contoh apabila China membeli dari Brazil negara itu boleh membayar harganya dengan menggunakan samada Chinese Yuan ( mata wang China ) atau pun menggunakan ‘ Brazilian real = BRL ( mata wang Brazil ) dan akibatnya sangat menjejaskan penggunaan dollar US sebagai medium pertukaran global. Penggunaan mata wang sesama anggota BRICS telah dapat menyelamatkan malah menurunkan beribu-ribu kos perniagaan.
Begitulah seterusnya penggunaan US dollar diketepikan dalam perdagangan antarabangsa sedikit demi sedikit. Dan semuanya sedikit sebanyak berpunca dari hutang Amerika yang telah pun meningkat kepada 16 trillion dollar yang menyumbang kepada kejatuhan ekonomi dunia.
Terkini Indonesia dikatakan ( secara senyap ) berpotensi untuk menyertai BRICS. Jadi pakatan ekonomi ode baru ini kemungkinannya sekali lagi ditukar kepada BRIICS. Semuanya adalah kerana negara-negara
tersebut mengalami pertumbuhan ekonomi
iaitu 25% pertambahan nilai tanah, 40% pertambahan penduduk yang
keduanya bila digabungkan menjadikan GDP mereka bernilai lebih
20 trillion dollar.
20 trillion dollar.
Psst : Kita sebenarnya sedang menyaksikan bagaimana China
membeli Treasury bills, notes dan bond-bond
US dan kemudian menjualnya semula di
belakang mereka dan China lebih memilih untuk membeli dan memiliki lebih banyak
bond-bond dari Iraq dan Vietnam. Kerana apa ? Anda fikir-fikirkan.
Jika saya boleh menyarankan :-
1. Beransurlah membeli emas
1. Beransurlah membeli emas
2 2. Mulalah menyimpan perak
3 3. Bukalah mata kepada pertanian
4 4. Jangan malu memulakan penternakan
5 5. Simpanlah walau pun sedikit mata wang asing negara BRICS ( hard currency ) dan 2 negara di atas sebagai pelaburan jangkamasa panjang.
baru kini aku tahu kumpulan negara BRICS ni
ReplyDeletesetuju dan sokong tindakan mereka
Memang kena sokong, sekaranglah masa kebangkitan ASIA.
DeleteTq..info yg menarik lynnn
ReplyDeleteSama-sama Che Ros.
Deleteish.. tak sabar pulak rasanya nak RV ni.dah rv macam2 boleh buat ni
ReplyDeleteBawak-bawak bersabar Boni. Rv tak lari kemana, ia semakin dekat.
Deletecahayacinta.com
ReplyDeletemacam tak masuk akal tpi benar
'Kenyataan' ada kalanya memang tak masuk akal.
Deletenampak macam lynn suka dalam bidang ekonomi ni. ada cuba trade forex? :)
ReplyDeleteSetakat ni saya lebih suka pegang hard currency drp forex, supaya tak clash dengan fatwa and a lot more safer.
Deletesimpan emas tu bagus...sampai bila2 pun ada nilai...:)
ReplyDeleteBetul Timi. Pajak gadai pun memang ketagih dengan emas ni..hehehe
Deletemenarik simpanan emas ramai yg tak buat lagi
ReplyDeleteEmas orang kita masih liat buat, perak lagilah tak masuk di fikiran, tapi untuk tempoh 5 - 10 tahun akan datang perak dijangka mengalami peningkatan 300% mengalahkan emas kerana simpanan perak dah semakin habis. Sedang emas tetap kekal sebagai sandaran kekayaan.
Delete