Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NURUL yang ku sayang.

Semalam sekolah nurul mengadakan majlis bacaan yasin dan solat hajat untuk murid-murid yang bakal menduduki peperiksaan UPSR selasa minggu depan. Aku berbahagi tugas dan buat persetujuan dengan suami supaya majlis UPSR ini aku yang hadir . Tambahan pula Nurul Arisha tu perempuan. Bulan depan giliran Wan Hafizul Haq pula. Majlis solat hajat untuk PMR belum ditentukan lagi tarikhnya. Biasanya lagi seminggu nak dekat periksa lah. So papa kena hadir untuk solat hajat di situ pulak. Significantnya ialah selepas bacaan yasin beramai-ramai biasanya akan diadakan tazkirah untuk murid-murid dan ibu bapa dan aku sangat pasti dalam tazkirah tu bakal ada yang hati yang sayu, hiba, insaf dan seterusnya menangis. Tak terkecuali aku. Di majlis solat hajat semalam Nurul solat di sebelah. Wajahnya comel dan tersenyum manis. Seperti biasa dia tersengih bila memandangku.




" Mama dah datang ni, Nurul periksa buat betul-betul ya." Aku mengusap kepalanya yang dibaluti telekung.
Nurul mengangguk.
" Jangan lupa baca bismillah dan selawat tiga kali sebelum jawab soalan tau "
" Kenapa ma ?" dia bertanya polos.
" Mudah-mudahan Allah Ta'ala memudahkan tugas Nurul, melapangkan dada, menerangkan fikiran , melancarkan pena untuk Nurul menulis jawapan yang betul ".
" Ok", jawabnya pendek.
Di penghujung majlis solat hajat ada pengumuman untuk majlis 'restu ilmu' yang diumumkan oleh pengerusi majlis dan meminta kehadiran semua ibu bapa untuk sekali lagi menghadiri majlis tersebut yang bakal diadalan pada esok hari 7.45 pagi iaitu hari ini. Majlis itu bertujuan 'redha-meredhakan' antara semua pihak yang terlibat iaitu guru meredhakan segala ilmu yang telah diajar dan dicurahkan kepada semua murid. Sementara ibu dan bapa telah meredhakan anak-anaknya untuk diajar, dibimbing, dibentuk dan ditegur oleh para guru di sekolah itu. Pantas aku menyahut perlahan di mulut dan di dalam hati....aku redha. Aku redha. Aku redha. Aku redha atas semuanya. Redha bila anakku dimarah, ditegur, dirotan pada perkara yang  membawa kebaikan. Pada hukuman yang munasabah dengan kesalahan mereka.

Dan pagi  ini seperti biasa rutin bermula seawal 4.30 pagi. Kejut Farouk. Pecut kereta macam kena kejar jembalang..habis semua lampu trafik aku langgar ( jangan ikut ya ). Ehh tapi yang ni bila nak buat tetap kena tengok-tengok juga. Mana tau dia mnyorok bawah pokok. Gelap. Biasanya kereta peronda belum ada waktu ni. Aku pastikan dari Bukit Beruntung sampai ke stesyen komuter Rawang dalam 15 minit je. 5.40am train akan bertolak ke KL. Biasanya Farouk sampai Sekolah Teknik Gombak ngam-ngam lagi 5 minit loceng berbunyi iaitu 7.30 pagi. Aku pulak lepas tu lagi sekali pecut balik rumah..tapi kali ni ikut peraturan ler sikit.. Err...pasal time tu waktu dah mula cerah. Kereta-kereta lain pun sama. Pendek kata semua jadi pemandu berhemah la. Sampai rumah pukul 5.58am. Cam biasa jemur kain. Buat sarapan. Kejutkan semua anak bangun bersolat, siap pergi sekolah...bla..bla..bla..aku sakit perut.

Dan pagi ni aku berulang alik ke tandas dengan badan letih , mengantuk dan perut kosong ! Majlis RESTU ?
Aku tak pergi. Tenghari ni bila dia sampai ke rumah aku nampak kesan lembab di bawah matanya.
" Mama tak datang eh hari ni ? Nurul cari mama tadi kat dewan...kenapa tak datang ? "
" Mama sakit perut hari ni nak. Maaflah, bukan mama sengaja "
" Tadi kat dewan lepas tazkirah, semua orang sedih. Lepas tu semua murid-murid kena pergi kat mak bapak masing-masing. Peluk.Nurul tak ada mama nak dipeluk." katanya masih dalam suara sedih dan geram.
" Habis tu ...macamana ?" Aku bertanya dan menahan sebak. Tak sanggup membayangkan situasi yang dilaluinya sendirian.
" Kawan Nurul..namanya Aishah bawa Nurul jumpa mak dia. Mak dia peluk Nurul dan Aishah sekali. Dia peluk lama-lama. Semua orang tengok. Dia orang kata mak Aishah ada dua orang anak. Lepas tu ada makcik yang kat belakang tu tengok Nurul....dia datang dan peluk Nurul jugak...."
Aku terkedu tanpa kata. Bertapa bersalahnya aku. Tidak berada di situ di saat aku diperlukan.
" Mama minta maaf. Mama tak sengaja. Tapi kan malam tadi mama dah datang ". Aku memeluk dan mencium pipinya. Dia anak yang baik dan ceria . Wajahnya kembali ramah selepas itu.
Nurul..., mama sayang. Mama minta maaf banyak-banyak kerana tak dapat datang tadi.
Aku talipon ibunya Aishah pula. Malangnya dia tak ada. Aku titip salam lewat Aishah untuk ibunya dan minta disampaikan ucapan terima kasih kerana telah sudi memeluk dan menenangkan Nurul sewaktu ketiadaan aku tadi. Untuk seorang lagi ibu yang berhati emas yang juga telah memeluk Nurul ( yang tidak aku kenali ) hanya terima kasih yang dapat ku ucapkan. Ketiadaan nombor taliponnya mematikan langkah dan salam perkenalan tapi tidak mematikan kenangan dan kesudiannya tetap manis dalam ingatan.

                             














8 comments:

  1. adeh.. menyentuh perasaan betul kak lin... harap yang terbaik buat nurul ye.. semoga sukses di dalam peperiksaan tu nanti

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas doanya Boni.

    ReplyDelete
  3. Semoga nurul duduki peperiksaan dengan jayanya.. amin..

    ReplyDelete
  4. Memang naluri ibu bapa nakkan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Semoga Nurul dapat jawab UPSR dengan cemerlang. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah Fadzmie. Terima kasih atas doanya.

      Delete
  5. moga nurul dapat jawan upsr dengan baik.doa ibu pasti yg terbaik untuk anak kan :)

    ReplyDelete