Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bolehkah kita makan selepas berjogging ?

Jogging adalah bentuk senaman lembut di mana kita perlu berlari-lari 
anak  untuk tempoh larian tertentu yang kita sendiri tetapkan. Mungkin 
aktiviti berjogging ini mengambil masa 20 - 30 minit bergantung kepada 
stamina pelakunya. Jogging juga ditakrifkan sebagai salah satu daripada 
senaman kardio kerana aktiviti berlari perlahan itu berupaya mempercepat
denyutan nadi, meningkatkan kecergasan tubuh, membina stamina, mengeluar
kan peluh sehingga tubuh menjadi lencun malah membuat degupan jantung 
dan aliran darah menjadi lebih laju. Oleh kerana senaman ini berupaya 
meningkatkan kecergasan jantung, maka ia dinobatkan juga sebagai 
Senaman Kardio. Iaitu singkatan kepada cardiovascular yang merupakan 
komponen kepada jantung, paru-paru, darah dan otot.

Benarkah aktiviti berjogging boleh membantu untuk menurunkan berat badan ?

Berjogging bukan setakat membina kekuatan otot kaki, perut dan punggung.
Malah ia membakar sebanyak 374 kalori. Jadi jelaslah berjogging merupakan 
aktiviti yang dapat membantu mengurangkan berat badan. Iaitu bila dilakukan
secara konsistent dengan sekurang-kurangnya 3 – 4 kali seminggu.

Boleh kah kita makan selepas berjogging ?

Menurut pakar fisiologi di Fakulti Pusat Sukan Universiti Malaya ( Dee Mahmood );
Pengambilan makanan sebelum senaman amat digalakkan kerana ia dapat 
membekalkan tenaga yang diperlukan oleh tubuh sepanjang sesi senaman.

" Selepas bersenam, tubuh mula rasa ringan dan rasa lapar. Tetapi, sebaiknya 
jangan terus makan selepas bersenam. Juga jangan tidak makan langsung selepas
itu. Bahagian dalaman tubuh mungkin tercedera ketika bersenam jadi pengambilan 
makanan sesuai perlu untuk proses pemulihan. "

Jadi misi aku adalah untuk menurunkan berat badan sebanyak 5 kg dalam 
masa 5 minggu dah terhenti sewaktu musim hujan yang lepas. Walau pun 
kawasan aku tinggal tidak terlibat dengan banjir ( ya la kawasan berbukit katakan ) 
tak le pulak aku dapat meneruskan aktiviti berjogging. Bukan kerana letih sebaliknya
kerana hujan yang turun hampir setiap hari terutamanya di sebelah petang 
menghalang aku dari meneruskan aktiviti tu. Boleh buat seminggu lebih jer……

Punah harapan untuk turunkan berat badan.