Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Happy 2015 dari Red Army Choir


Hari ke 5 di tahun baru 2015.  Lagu Happy dendangan penyanyi dan penulis 
lagu asal Pharrell Williamstelah  dinyanyikan dan divideokan oleh kumpulan 
Red Army Choir yang dianggotai sepenuhnya oleh tentera Russia. Red Army 
Choir ditubuhkan di Rusia pada zaman Stanlin iaitu pada tahun 1939. Kumpulan 
Koir Tentera ini berperanan menghiburkan dan memberi semangat kepada para 
tentera Rusia yang keletihan dan kehilangan semangat akibat perang dunia ke 2.

Jika sebelum ini lagu-lagu tradisi Rusia begitu senonim dengan kumpulan koir ini, 
dengan keluarnya klip video dari pihak Red Army Choir ini mengubah persepsi barat
terhadap Negara yang dipinggirkan ini.

Bertarikh 29hb Disember 2014 klip video Happy yang menampilkan askar Rusia 
yang menari di jalanan dimuat naik ke internet dan sejak itu ia telah menjadi viral. 
Ia menjadi membuka tirai 2015 dengan imej ramah dan ceria dari Rusia.

Red Army Choir telah membuat kelainan dengan merakam dan menvideokan 
nyayian dan pengelibatan seluruh anggota mereka dalam  klip video  Happy 
dan Get Lucky. Lagu barat versi Rusia.

Video itu walaupun mendapat like sebanyak 366,616 ( sehingga berita ini ditulis )
namun tidak lari dari keceman dari ejekan dari yang anti rusia. Tapi bagi saya, 
music knows NO boundaries. So what the heck. Setidaknya ini menunjukkan yang 
anggota tentera Rusia bukanlah robot. Jika biasanya seorang Rusia itu memang
payah untuk kelihatan tersenyum dan ketawa tetapi melalui video ini kita bukan 
saja melihat mereka menyanyi dengan penuh semangat malahan juga memberikan 
senyuman ramah.

Apa pun Preseden Putin memang selalu berjaya membuat orang mengubah 
penilaian terhadap Rusia. Dari aspek  politik dan ekonomi ( walaupun dikenakan
sekatan oleh Amerika ), Putin sentiasa boleh checkmate dengan lawannya. Syabas.