Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bawang sebagai penyerap toksin

Bawang dikenali oleh seluruh bangsa dan ia adalah antara bahan yang wajib
ada di dapur. Bawang digunakan sebagai perencah dalam masakan.
Bawang yang dicampur ke dalam masakan memberi rasa manis semulajadi dan
membangkitkan aroma masakan. Bawang putih, bawang merah dan halia yang
ditumis untuk perencah sup memang berupaya memberi bau wangi yang menusuk
hidung, merangsang saraf dan darah justeru membangkit selera juga rasa lapar.

Tidak kira apa jenis bawang, ia adalah penyerap toksin terhebat. Bawang dan
keluarganya merupakan anti mikrob dan anti bakteria. Semasa zaman wabak
penyakit melanda England dahulu, masyarakat di sana sentiasa menyimpan
bawang yang telah dicincang dan digunakan untuk menyerap toksin dan membersih
udara.  

Banyak orang melakukan penjimatan dalam perbelanjaan rumah tangga termasuk
mengurangkan penggunaan bawang dalam masakan, walaupun harganya tidaklah
semahal mana. Jika anda termasuk dalam kategori yang kurang menggunakan
bawang dalam masakan, anda mungkin boleh memikirkan fakta ini semula.
Bawang adalah mop terbesar semulajadi yang berada dalam badan manusia !

Ada di antara kita menyimpan lebihan bawang di dalam peti sejuk. JANGAN
BUAT BEGITU. Lebihan bawang yang disimpan di dalam fridge akan menyerap 
semua toksin dalam udara dan peti sejuk anda. Jadi anda makan bawang dan 
anda makan toksin sekali. Sebaiknya tinggalkan saja lebihan bawang tadi di dalam 
pinggan dan biarkan ia terdedah di dapur untuk membersihkan udara dan 
menyerap toksin yang ada. Anda boleh buang bawang itu ke tong sampah 
di sebelah pagi dan dan gantikannya dengan yang baru setiap hari.

                                                       
keluarga bawang, penyerap toksin, khasiat bawang, kegunaan bawang,khasiat bawang merah,khasiat bawang putih, khasiat bawang besar, khasiat bawang kecil, bahan semulajadi penyerap toksin, memulihkan demam
Keluarga bawang

Jika ada di antara kita yang sakit, cincang bawang dan letakkan bawang itu 
di sebelah katil. Keadaan pesakit biasanya lebih baik di waktu pagi. Mungkin 
ada yang pernah melalui pengalaman dioleskan minyak yang dimemarkan bawang
kecil waktu dahulu oleh ibu ? Olesan minyak bercampur bawang merah ini bagus
untuk meredakan demam sebenarnya. Hebatnya ibu-ibu kita kerana mereka telah 
lama mengamalkan petua ini jauh lebih lama sebelum hasil kajian ini didedahkan.

Sebenarnya tapak kaki dan bawah lengan adalah dua tempat yang amat responsif
bila diletakkan bahan penyerap toksin mahupun untuk sapuan minyak. Dan
kerana bawang adalah anti-mikrob dan anti-bakteria, mencincang beberapa jenis
bawang dan meletakkannya di bawah telapak kaki memberikan kita akses kepada 
organ dalaman dan titik meridian tubuh. ( Sistem penghantaran Trans-dermal )
yang berlaku dan berfungsi dipermukaan kulit dengan efektif sekali. Di mana ia
melepasi/ memintas kepelbagaian asid perut dan terus sampai ke dalam darah.
Justeru penyembuhan akan berlaku dengan lebih pantas.
Selamat mencuba.