Sewaktu kami sampai, lobby PGRM telah dipenuhi dengan peserta-peserta yang dahagakan ilmu dan motivasi dari Dr. Azizan Osman. Aku memang suka menghadiri sesi seminar dan motivasi olehnya. Aku anggap dia sangat berjaya dalam mengawal hak ekslusif setiap road show nya. Apa tah lagi kami semua terpaksa menandatangani borang persetujuan yang kami tidak akan mengambil sebarang photo dalam setiap kursus motivasi yang kami hadiri. Ini termasuklah setting pentas, gambar peserta yang menghadiri seminar, malah gambar petugas yang merupakan bekas alumni yang sudi menyumbang tenaga sebagai petugas di sana sewaktu kursus berlangsung. Sehingga hari ini Dr. Azizan Osman telah berjaya melahirkan lebih dari 20 orang jutawan yang kesemuanya mengambil impak dari kursus yang telah dianjurkannnya. Jutawan itu dicipta biasanya dalam masa setahun setelah menghadiri kursus Dr. Azizan.
Marketing strateginya berkaitan cara kursus itu dipersembahkan memang benar-benar menjadikan kursus ciptaannya berjaya dan kelihatan benar-benar ekslusif. Anak ku Farah bersuara, ' kenapa kerek sangat sampai nak ambik gambar peserta yang membanjiri dewan pun tak boleh ?'
Heh...itulah dia Dr. Azizan. Jika tidak dilarang, manakan jadi ekslusifnya.
Sementara menanti ketibaan Dr. Azizan, seperti biasa kami dihiburkan dengan halwa telinga. Jika sebelum ini lagu-lagu yang berirama rancak dan cergas menjadi santapan dorongan emosi yang cergas ( lagu I want to break free dendangan Queen, I will surive - Gloria Gaynor, Bon Jovi - I will be there for you, She works hard for a money - Donna Summer, Wind of change - Scorpion dan beberapa lagu lain yang memberikan insirasi ) kali ini skrin besar di dalam dewan menayangkan video dari penyanyi Anuar Zain. Lighting, sistem audio yang baik memang memberi impak yang besar bila kami merasa seolah menghadiri konsertnya secara nyata.
Petugas yang ramah dan perihatin sibuk mencarikan tempat duduk kerana sambutan yang diterima bagi kursus akhir ini amat luar biasa. Kursus kali ini juga melibatkan kerjasama dengan beberapa agensi kerajaan seperti MARA dan MITI .
Dan seperti biasa MC pada hari itu memang menjalankan tugasnya dengan baik sekali bila mengajak para peserta bangun bersenam dan menari chicken dance ! Bayangkan bagaimana bila peserta yang rata-rata memakai tudung, peserta lelaki yang berjanggut dan berkopiah menjadi begitu sporting sanggup bangun dan bersenam dengan iringan music rancak. Lagu Michel Telo yang popular dengan lagu bara bara bere nya menjadi aksi senaman cergas pagi itu. Tambah riuh bila lagu chicken dance dicepatkan muziknya dan kami diminta mengejar aksi tersebut sebelum irama ditukar kepada A go -go. Hahaha..memang lucu melihat aksi masing-masing pagi itu . Tapi inilah yang menjadi intro dan menghangatkan suasana menjadi cergas juga sebagai persediaan supaya peserta lebih bersedia dan tidak bosan bila kursus sebenar berlangsung.
Kemuncak senaman pagi itu adalah bila Dr. Azizan Osman melangkah masuk di saat kami lincah bersenam dan terus menyambung aksi tarian Ganganam Style ! Bayangkan saiz badannya yang hampir 2 kali Adlin Shaukie meloncat cergas di pentas diikuti oleh kami semua....ooo memang gamat dan amat happening. Keletihan bersenam dan menari hampir tak terasa walau selepas itu kami didera berdiri lebih sejam tanpa ada seorang pun berani membantah dan minta duduk. Hebat. Aku sarankan jabatan kerajaan yang banyak mengendalikan kursus banyak belajar dari Dr. Azizan bagaiman cara ' menghidupakan suasana' sewaktu kursus supaya tidak dihadiri oleh peserta separuh zombi yang kebanyakannya hanya mengejar ' sijil kursus' tetapi hati dan jiwa tiada di situ.
Oh ya dipertengahan kursus ini ada diselitkan juga slot bersama alumninya iaitu artis Adlin Shaukie yang baru pulang dari mengerjakan umrah ( kelihatan agak kurus dan saiznya dah jadi separuh dari Adlin yang biasa kita lihat di TV ). Perkongsian pentas ini menjadikan suasana kursus ' Berani Berniaga 2013' lebih hangat walau ada soalan yang ditanyakan oleh Dr Azizan kepada Adlin yang jawapannya agak ' kurang nyambung' alias not the answer we want to hear from him tapi ok la. What you expect kan ??
Bila Dr Azizan berkata; 1. Orang yang berjaya adalah orang yang bertindak awal dan dengan pantas
( aku sambung dalam hati, aku dah lama setuju )
2. Orang yang sentiasa berjaya adalah orang yang sentiasa bersyukur
( aku setuju lagi di dalam hati )
3. Orang berjaya kurang merunggut dan sentiasa terserlah kesyukurannya. Sebaliknya orang yang kurang bersyukur memang sentiasa complein sehingga mukanya hampir tumbuh sesungut.
( Hahaha...i think we do have something in common )
4. Suka merunggut adalah sikap orang yang kurang bersyukur dan 90% manusia gagal adalah kerana
mereka gagal bertindak. ( Betul atau tidak sila tanya diri sendiri )
Tapi aku setuju dengan semua pendapatnya di atas kerana itu aku tak pernah mahu merunsingkan fikiran dengan hidup bermadu. Ah..what the heck.
Dengan portfolio 2.8 billion di tangannya, beliau tekun memberi ilmu kepada anak bangsa yang sebahagiannya adalah kursus percuma, memang sesuatu yang amat membanggakan. Inilah sedekah jariah dari beliau. Sedekah yang membuatkan kebanyakan perkara yang disentuhnya menjadi magik dan fenomena. Dr Azizan sebagai mentor no 1 Asia telah membuktikan yang anak melayu juga mampu berjaya asalkan ada usaha yang bersungguh-sungguh.
FAST ACTION FAST RESULT
TERHEGEH-HEGEH ACTION, TERHEGEH-HEGEH LA RESULT.
Oh baru tau Dr Azizan nie pakar motivasi.. Hehe. sblm nie selalu nampak dekat jersey tem kelantan Azizan.com
ReplyDeleteCubalah masuk kursus beliau, memang best.
Deletebidang yg mengagumkan,,,
ReplyDeletesalam kenal dan persahabatan.....!!
Salam persahabatan Rendra. Terima kasih sudah mau singgah ke mari.
Deletebyk dgr cerita ttg dr Azizan nie.. neway dh follow sini juga ye 150
ReplyDeleteTerima kasih Kesuma Angsana dan selamat datang :-)
DeleteDr Azizan mmg hebat...kuasa mindanya mmg terbaek. :)
ReplyDeleteMemang terbaik, kehebatannya kerana beliau telah membuat 'perkara biasa'
Deletetetapi dengan persembahan yang LUAR BIASA.
memang banyak dah promosi tentang azizan osman ni. tapi tak tahu la apa rahsia dia. nampak menarik. thanks sharing lynnmunir. :)
ReplyDeleteTerima kasih untuk komennya Khairul.
Deletemoga2 suatu hari nanti jadi macam dia..
ReplyDeleteInsyallah, mudah-mudahan. Salam kenal Anna Mariana :-)
Deleteberniaga cepat jadi kaya & ramai kenalan hehe
ReplyDelete- Admins blog 3 dalam 1
http://blog3dalam1.blogspot.com/
- Facebook fan page
https://www.facebook.com/MingHuiRaingerzAwesomeCollections
- Ping blog artikel @ Facebook
https://www.facebook.com/groups/kakipingdotcom/
Mudah-mudahan dear. Terima kasih sudah tulis komen di sini :-)
Deletekalau sesapa yang berniaga harus tau attend seminar belau. very motivate
ReplyDelete