Aku tak salah dengar ke ni ? Aku amati lagi butiran suara di hujung sana. Dan dia bersungguh-sungguh mahukan aku pergi ke sekolah itu sekarang juga. Dia sendiri tak dapat hadir kerana ada pertemuan dengan pegawai dari NIOSH. Aku jeling jam di dinding. Lagi 10 minit ke pukul 4 petang sedang langit sudah mula
mendung. Aku sendiri baru saja sampai ke rumah. Enjin kereta pun masih panas lagi. Aduh........
Hujan turun dengan lebat sepanjang pemanduan ku ke Perak. 3 km dari simpang Tol Slim River banjir kilat mula melempahi jalan raya. Beberapa buah kenderaan ringan mula berhenti di bahu jalan. Tidak berani meneruskan pemanduan. 4 buah kereta berpatah balik menyonsong arus sedang kenderaan dari belakang terus memenuhi jalanraya. Aku terkesima. Akal ku mula bekerja mencari jalan melintasi air banjir itu.
Tak kan sudah sejauh ini aku kena berpatah balik ? Tak boleh. Masaalah itu harus aku tahu puncanya dan jika boleh selesai hari ini juga.
Aku capai payung , turun untuk membuat anggaran dengan mata sendiri samaada kereta aku mampu melintasi keadaan itu. Sebuah pacuan 4 roda dan van gagah menyeberangi banjir dalam hujan lebat. Aku nekad. Dari 'D' aku turunkan gear ke lower - 2. Stabilkan minyak dan terus meredah air. Dalam hati aku berkira-kira, kalau kereta aku mati tengah jalan......alamat berhanyutlah aku hari ni. Alhamdulilah aku berjaya lepas.
Sampai ke sekolah aku terus menemui bahagian hal ehwal pelajar. Waktu aku sampai 4 orang guru lelaki sedang berbincang di luar dewan. Selepas memperkenalkan diri kepada cikgu TL, aku diberikan keterangan olehnya mengenai kejadian yang melibatkan anak ku. 16 murid belasah seorang pelajar. Kalau gajah pun mampus inikan pula manusia.
" Jadi macam mana keadaan pelajar tu sekarang cikgu ?"
" Pagi ni masuk hospital, penuh lebab-lebam dan beberapa bahagian tubuh bengkak. Kita tak boleh buat apa-apa puan, kalau ayah murid tu nak teruskan kes ini juga. Dah masuk kanun 147 assault jenayah sivil. Apa yang boleh kita buat ialah memanggil semua mak bapak untuk datang merayu dan meminta maaf kepada ibu dan ayah murid tadi supaya dia tarik balik laporan yang telah dibuat."
" Jadi.....ibu bapa yang lain dah sampai ke cikgu ?"
" Belum lagi puan. Sebahagiannya tinggal jauh. Ada yang dari Kelantan, Terangganu, Pahang dan Johor.
Parents yang turun dari Pahang dan Kelantan dah mula bergerak ke mari dan puan orang yang pertama sampai."
Anak...., anak......, kenapalah buat kerja tak beringat ? Tidak dinafikan aku kesal tapi yang lebih penting adalah mencari jalan keluar dari masaalah ini.
" Siapa murid tu cikgu ?" aku bertanya lagi untuk memastikan.
" XXXXXX murid baru , second intake. Katanya sebelum cuti tu dia pernah kena, tapi bila bapanya tanya dia kata jatuh katil. Cuma dulu tak teruk sebab tu budak ni diam. Tadi pun dia tak nak mengadu kat warden cuma bila kawan sekelasnya dah nampak dia lembik, kawannya paksa dia mengadu ke cikgu kelas dan pergi hospital." Fikiran aku sertamerta melayang teringatkan percakapan Hafizul sebelum ini.
" Budaknya tinggi lampai dari XXXXXX ke cikgu ?" aku bertanya lagi untuk memastikan.
" Aaah, puan kenal ?" Cikgu TL pula bertanya aku.
" Pernah nampak, anak saya tunjuk," aku jawab lagi.
" Saya minta izin jumpa anak saya cikgu, "
" Itu kena tanya Inspektor Fadli, dia tengah soal siasat ke semua 16 pelajar di dalam," guru TL menjawab. Mungkin nasib aku baik sehabis ayat itu Inspektor muda itu keluar. Lagi sekali aku dapat maklumat tentang perkara yang berlaku. Aku dapat keizinan berjumpa Hafizul. Hafizul keluar dari dewan dengan muka yang sedih. Kepalanya tunduk.
" Hafiz minta maaf mama, Hafiz dipaksa. Kalau Hafiz tak join sama.....lepas XXXXXX tu kena dia orang mesti belasah Hafiz pulak. Hafiz dah tolak ...,dah bagi alasan. Hafiz cakap sakit perut - dalam tandas. Tapi si
Lalat ( nama panggilan antara pelajar ), hantar orang cari Hafiz. Dia kata Hafiz mesti datang juga. Dia kata lagi Hafiz sendiri dah teruk kena belasah dengan budak senior form 5, lepas tu batch lama form 4..., tak kan nak diam aja. Hafiz kena lepaskan geram juga kat budak XXXXXX ni."
" Berapa das Hafiz lepaskan kat dia ?" tanya aku merenung jauh ke dalam anak matanya.
" Hafiz cuma sparing dengan dia. Dia tumbuk Hafiz 4 das, Hafiz tumbuk dia 5 das. Lepas tu Hafiz keluar - tak campur." Hafizul Haq bersuara perlahan dengan nada bersalah sebelum menyambung semula, " tapi kami bertiga juga yang bawa dia balik ke dorm sapu ubat dan urut sebab kami satu dorm ma, dia pun tahu kami tak boleh nak bangkang 'seniour four' sebab kami junior four."
" Dia tu siapa ?"
" Arshad junior 4 yang jadi bilal surau dengan Badrul ketua dorm ," muka Hafiz masih tunduk.
" Hafizul.., kau tumbuk 1 das ke, 4 das ke, setakat cuit ke.....is immaterial. At first place you already touched the boy. You are there and joined the assault when things happen. Soal dipaksa atau terpaksa sudah tidak diambil kira lagi. Yang diambil hanya bukti yang ada di badan mangsa. Hafizul....Hafizul macam mana boleh jadi macam gini nak ?"
Aku sebak. Hafizul memeluk aku erat-erat. Aku dapat merasa kekesalan dan kehibaannya. Dia tak sangka perkara akan jadi serumit ini. Petang itu selepas hujan reda aku memandu pulang ke rumah. Sepanjang
perjalanan aku mengingat segala yang berkaitan dengan anakku Wan Hafizul Haq. Tak pernah ada rekod masaalah disiplin dan menjadi kesayangan cikgu dan teman-teman kerana sikapnya yang humor dan cerdas dalam pelajaran. Mewakiil sekolah dalam catur dan bowling. Dari dulu dia tidak pernah memberi aku masaalah. Anak yang berdisplin, amanah, bertanggung jawab dan menjaga solatnya...,tapi kenapa perkara ini berlaku kepada dirinya sedangkan baru 2 bulan aku menghantarnya ke sekolah itu.
Mungkin ini yang namanya dugaan dan takdir Tuhan ??
Sampai di rumah aku menggoogle apa dia hukuman bagi kanun 147. Dalam fikiran aku tiada lain...,melainkan mengaitkannya dengan mahkamah juvana, hukuman seberat 2 hingga 5 tahun yang bakal dilaluinya. Habislah anak aku. Dada aku serta merta sakit dan terasa panasnya air mata yang menitis di pipi.
Hubby aku yang menalipon bertanyakan perkembangan anaknya memujuk aku , " sayang....dia anak kita. Kita tahu siapa dia sebenarnya. We are going to face it together ."
Tengah malam semalam dalam 12.40am Hafizul menalipon aku. " Mama malam tadi kami semua dah buat solat hajat minta Allah lembutkan hati ibu bapa XXXXXX untuk tarik balik laporan polis ni. Sekolah dah buat keputusan 13 digantung sekolah termasuk Hafiz. 3 orang yang jadi master mind tu kena buang sekolah."
Hati aku sedikit lega mendengar berita itu, lantas aku menyambung,
" Hafizul, apa saja yang pihak sekolah jatuhkan kepada kalian mama redha dan mama akur. Mama memang sempati dengan si XXXXXX dan ke dua ibu bapanya. Tapi Hafizul tetap salah nak , mama tak tahu adakah rayuan semua ibu bapa pelajar yang terlibat esok dapat melembutkan hati ke dua orang tua XXXXXX. Kita kena pulangkan perkara ini kepada Allah Taala. Hanya DIA yang mampu melembutkan hati orang tua XXXXXX tu.
Hafizul dan kawan-kawan yang terlibat kena bersedia menerima consequence dari perbuatan kamu semua.
Tabahkan hati kerana ini adalah natijah keterlanjuran sendiri. Pesan kat semua kawan-kawan Hafizul, tutup semua perkara yang kamu tidak puas hati pada dia. Lupakan perkara tu semua. Kalau ayah XXXXXX nak lempang korang sorang se 'das' kau orang kena bersedia dan redha. Mama sebagai ibu mama ikhlaskan Hafizul di lempang esok asalkan kes ini selesai. Laporan ini ditarik balik dan tidak menjejaskan nama dan reputasi sekolah.
At first place, kamu semua memang salah kerana keterlaluan," aku menutup bicara.
Hari ini 4hb April 2013 aku dan suami sampai ke dewan perkumpulan tepat jam 12 tenghari seperti mana yang diminta oleh Inspektor Fadli. Rupanya dalam dewan dan penuh dengan ke 16 pasang ibu bapa yang nervous, sedih, kesal dan rasa bersalah dengan apa yang berlaku. Ada yang menyalahkan warden, ada yang menyalahkah sekolah dan pengetua malah ada juga yang menyalahkan pelajar yang dibelasah kerana menjadi punca perkara itu berlaku.
Seorang bapa dari Kuantan tiba-tiba bersuara dan mengajukan pandangan supaya kesemua ibu bapa merendahkan diri dan melupakan ego masing-masing, meminta maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki kepada bapa si mangsa, asalkan perkara ini selesai dan kami semua dapat menyelamatkan masa depan anak masing-masing. Suami ku dan aku bersetuju. Ini bukan masanya untuk membangkitkan perkara lain. Subjek lain mempunyai hari lain untuk diselesaikan. Masaalah anak kena gantung atau bakal dibuang sekolah bukannya perkara yang perlu dibahas pada hari itu. Hukuman sekolah harus diterima oleh semua ibu bapa yang terlibat. Tapi yang lebih penting anak-anak kami tak perlu diangkut dengan black maria ke balai hari ini. Memang mereka anak-anak remaja yang tersasar dan agak berlebihan dalam perbuatan. Tapi itu yang namanya remaja. Sikap panas baran, faktor persekitaran, dan tradisi ragging yang sememangnya berlaku di sekolah-sekolah berasrama mengapa dinafikan ? Adakah aku menyokong ragging ? TIDAK. Ragging di asrama masih berlaku ! Kenapa perlu dinafikan ?? Tapi kalau diukur pada sekala 1 - 10, dimanakah paras ragging yang berlaku sekarang ?? Ini yang harus dikawal.
Hafizul., kau berada di tempat yang salah dan di waktu yang salah waktu kejadian ini berlaku. Apa yang boleh mama dan papa lakukan untuk menyelamatkan mu anak ? Apa ???
Aku kembali teringat perbualan kami sewaktu aku melawatnya sambil membawakan ayam KFC yang dipesannya 2 minggu selepas dia bermukim sekolah itu. Dia bercerita yang dia dibelasah oleh pelajar senior seramai 10 orang. Dipaksa sparing muay thai. Suami dan aku mula gelisah mendengar ceritanya. Kami tahu Hafizul bukan boleh berlawan. Dulu dihantar bersilat orang lain baca doa dan mentera ... dia bantai tidur dalam duduk. Kakak dan abangnya berseru dalam silat, lincah bersepak terajang - dia tidur berdiri macam batang kayu. Ceritalah peri pentingnya ilmu pertahanan diri bagai nak rak .....dia hanya tanya aku satu soalan;" Hafiz nak berlawan dengan sapa ma ? " Nah...akhirnya perkara yang aku takuti berlaku juga. Dia kena belasah!
" Kau buat macam mana bila kena belasah ? Nak papa pegi jumpa pengetua ?? Cerita kat papa apa punca kau kena belasah tu ? Kau buat salah apa ?? " suami aku bertanya bertalu-talu sambil buka cermin mata hitamnya. Aku tahu kebimbangan yang dirasai oleh suamiku.
" Puncanya masa hari orientasi tu bila bersalaman dengan pelajar senior tingkatan 5....,Hafiz dengan kawan yang lagi 2 orang tu panggil pelajar tu 'abang' ?"
" Haaaaaa ?" aku dan suami terngangga dengar. Panggil abang pun tak boleh. Bukan itu panggilan hormat ?
" Dia orang tak suka pa. Malam tu sebelum tido kat dorm ada pelajar tingkatan 2 datang, panggil kami bertiga cakap budak senior form 5 nak jumpa. Kita orang pun pergilah...ingatkan nak apa . Hemm sampai sana 10 orang terus kepung kami bertiga dan tanya kami 'apa salah yang dah kami buat hari tu'? Kita orang bantai cakap tak tahulah. Sorang budak yang badan besar terus cakap , ' kesalahan korang adalah kerana panggil kami 'abang'. Korang ingat kami ni tua sangat ke ?" Lepas tu terus dia cakap nak ajar kami cara pelajar baru berkenalan. Dia orang tanya kami nak terima sparing ke nak kena lanyak sekali ramai. Lanyak sekali ramai....penyeklah kami nanti.Kami cakap kami terima sparing. Kawan Hafiz ada yang mulut gatal tanya kenapa dia nak kena bersparing pulak ? Apa lagi kena hentamlah budak tu pakai kerusi. Hafiz terus kena tepuk bahu tak banyak cakap dia terus tumbuk. "
" Macam mana kau tahan ? Macam mana kau elak ?" suami ku bertanya ingin tahu.
" Tahan ajalah pa, cover muka pakai lengan dengan siku.......,macam dalam tv tu,"
" Habis tu....jadi apa lagi ? " suami aku korek lagi.
" Lepas dia tumbuk Hafiz 5, 6 das dia keluar. Sebelum keluar dia sempat cakap dengan Hafiz, lagi sorang yang bakal masuk sparing dengan Hafiz tu handal bertinju dan juara muay thai. Cover muka kau jaga kaki engkau. Budak yang ke 2 tu masuk tak banyak cakap terus asak Hafiz ke dinding. Tendang peha, betis , punggung...eeiss sakit gila. Dia nak tumbuk muka juga tapi Hafiz lindung macam tadilah ...pakai lengan dengan siku. Lepas 5 minit dia berhenti. Salam Hafiz terus cakap - ok kita jadi kawan sekarang. Aku maafkan engkau tapi kau tunggu ada lagi 3 orang menanti giliran. Dia tunjuk lagi 3 orang senior yang perhati kami . Dia belah. 3 orang masuk serentak tak banyak cakap belasah terus. Tapi Hafiz dapat rasa dia orang tak betul-betul belasahlah kali ni. "
" Kau langsung tak melawan ?" suami aku bertanya bengang.
" Lawanlah juga pa. Lawan stail Hafiz lah. Kalau tak lawan lagi sedap dia orang belasah. Lepas berhenti berentap tu, semua senior salam kami ber 3. Terus cakap ' 0 - 0 ya. Kami semua maafkan kamu dan kita kawan. Jumpa kat mana-mana panggil nama aja. Lepas tu sampai sekarang kita baik tapi sakit kaki Hafiz satu badan sengal."
" Kenapa tak cakap dengan mama ?" aku pulak bertanya. Mencari riaksi darinya.
" Bukan mama ke yang cakap anak lelaki tak boleh cengeng ? Mama kan yang cakap Hafiz akan lalui perkara ni semua ? Hafiz kena bersedia mental dan fizikal. Mama suruh Hafiz jaga mulut. Jangan suka ' cakap lawa ', kena belajar terima persekitaran baru.....so tak kan Hafiz nak cakap dengan mama. Nanti Farouk pun ketawakan Hafiz " dalam dia betah aku sempat dia rujuk abangnya - Farouk. Suami aku terus tepuk bahu kiri anak bujangnya beberapa kali. Aku terdiam.
Itu kisah si Hafizul . Dah la tak berapa nak putih. Kulit gelap kena bantai pun orang tak perasan. Sementelaah lagi dia tak pengsan, tak masuk hospital , setakat sapu minyak gamat dan blasam yang aku bekalkan aja. Tapi budak XXXXXX ni dah la putih, kurus pulak tu. Cubit pun berbekas apa tah lagi pukul. Kalau betul dia orang lanyak sekali gus.......aku memang dah dapat bayangkan..., budak tu mesti hospitalised. Kalau sparing sekalipun....bila dah kena sparing dengan 16 orang bergilir-gilir......................................
Memang tak terdayalah aku nak fikirkan. Ya Allah Ya Rabb, aku serahkan semuanya kepada MU, sungguh kami tidak mampu menghadapinya tanpa pertolongan dari MU. Hanya KAU yang dapat melembutkan hati mereka. Ampuni dan kasihanilah kami semua.
Hanya itu yang mampu aku fikirkan. Selebihnya aku berserah.
Kerana Allah masih mahu mendengar doa kami hari itu, selepas melalui situasi yang berbaur dan melihat sokongan satu sama lain antara ibu bapa, melihat tangisan ibu bapa dan murid-murid yang terlibat.....kedua ibu bapa XXXXXX menerima permohonan maaf kami semua dan menarik balik laporannya. Inspektor Fadli yang ada di situ menarik nafas lega. Anak-anak yang bersalah dinasihati dan diceramahi lagi. Bak kata salah seorang dari bapa yang di situ, hidup kita ini sentiasa ditarbiah dari kecil hinggalah ke tua. Umpama orang yang dah ada lesen memandu , bila memandu sentiasa terpandang kepada papan-papan tanda ' HAD LAJU 90 KM SAHAJA ' ( tapi pemandu ni tadi bawa juga 110km....apa tak kena saman ? ). Dan tiada ibu bapa yang mahukan anaknya menjadi jahat. Aku sendiri pasti setiap ibu bapa puas berbuih mulut menasihati anak-anak menjaga kelakuan masing-masing tapi dah nama pun manusia , bila takdir berjalan adalah hikmahnya di situ.
Aku secara peribadi amat bersyukur dan amat berterima kasih kepada kedua ibu bapa XXXXXX kerana mampu menjadi ibu bapa yang berjiwa besar dan tabah melalui situasi itu. Anak hanya seorang pulak tu, jadi aku dapat bayangkan bagaimana perasaan mereka. Seandainya tadi anak aku terpaksa tidur di lokap, aku tetap tak mampu menyalahkan mereka. Melahirkan kepala seorang anak lagikan sakitnya masih terasa, ini kan pula menyaksikan anak lebam, birat dan bengkak didepan mata. Rasanya seperti jantung ditikam dan kulit disiat dengan pisau yang tajam.
Aku juga bersyukur kerana hari ini menjadi saksi kepada ikatan ukuwah yang terjalin antara ibu bapa yang terlibat. Betapa memaafkan itu perbuatan sukar yang amat mulia. Bersyukur kerana sekolah itu dapat menyelamatkan 16 orang murid cerdik yang mempunyai masa depan dan bakal menempuh perjalanan yang jauh . 16 orang anak melayu yang telah mendapat pengajaran yang selayaknya. 16 orang remaja yang bakal menandatangani satu lagi akujanji. Untuk 1st sixteen ( termasuk anak ku Wan Hafizul Haq ), cik harap kamu semua insaf. Kita datang untuk mencari ilmu pengetahuan bukan untuk menjadi pahlawan. Tapi jika kamu semua berubah, insaf dan betulkan niat masing-masing..., kamu memang mampu menjadi pahlawan kepada bangsa kamu. Kamu mampu menjadi pahlawan untuk negara kamu. Cik doakan kamu menjadi kumpulan pelajar yang pertama berangkat ke oversea usai keputusan SPM kamu semua nanti. Buktikan kepada semua orang kamu semua bukan gangster, kamu semua anak-anak yang hebat dan lagenda 1st sixteen akan kamu kenang sebagai pengajaran di seluruh perjalanan hidup kamu.
Ahh...tiba-tiba aku jadi teringat kepada kata-kata anak ku Farah sewaktu sesi mendaftar kemasukan Hafizul
2 bulan sudah. " Mama tak payah risau...., ini bukan sekolah t****k ma. Di sekolah tu Farouk belajar ' -macam-macam teknik'. Ini sekolah M**M ma. Budak yang datang ke sekolah ni tak ada belajar pelbagai teknik yang pelik-pelik. Dia concentrate nak belajar je," dalam ketawa dia memperli aku. Ternyata andaiannya salah.
hujan lumpur?
ReplyDeleteSeperti dalam gambarlah Dkna :-)
DeleteLama dah Dkna tak datang sini, tq sudi singgah.
Terima kasih sudi singgah blog saya.
ReplyDeleteKalau saya di tempat lynn, tak tahulah apa yg harus saya lakukan. Alhamdulillah..perkara tersebut selesai dgn baik..moga jadi iktibar kepada student lain kerana kalau sudah ke pihak yg berkuasa dan ibubapa mangsa tidak mahu beetolak ansur kan tercemarlah masa depan anak2 itu..semoga mereka bakal jadi manusia hebat kelak bukan saja di dunia malah di akhirat.
Gitulah anak-anak ni walau jenuh memesan, kadang perkara sudah tersurat tak mampu dielak. Terima kasih sudi bertandang ke mari Norhaizan :-)
DeleteAllah sian hafizul menjadi mangsa dan tersepit.. Tu lah sekarang sekolah berasrama tak terlibat kang dipukul kalau terlibat gini le jadinya..
ReplyDeleteKadang-kadang dia orang ni saja nak 'test power' bukan beria pun. Tapi dalam dok test power tulah masaalahnya terjadi. Tq datang singgah Dairi Si Froggie.
Delete