Semalam seorang teman meninggalkan komen hanya kerana aku
up date status yang berbunyi ;
" Kadang hati tersentuh bila melihat seseorang yang
dipanggil sahabat berubah belang. Harap sahabat menjadi saudara malangnya hanya
sedih yang terasa. Ermmm....HIDUP INI TETAP INDAH. "
Catatan ringkasnya hanya berbunyi : ' indah nian istana
bunian '. Memang status itu ku up date kerana hanya terlihat seorang teman yang
satu masa dulu pernah ku ketagorikan sebagai sahabat..,mengup loadkan foto-foto
perkahwinannya di Face Book. Aku terkejut kerana dia tidak bernkah dengan orang
yang di war-warkannya sendiri sebelum ini. Tapi lebih dari itu aku terkedu kerana
dia semakin melupakan aku.
Aku mengenalinya sewaktu aktif dalam salah satu
networking 3 tahun yang lalu. Sewaktu
aku pergi out station ke negerinya. Walau wajahnya nampak serius sewaktu aku
memberikan penerangan program..dia
tanpa ku duga menyertaiku dalam program
networking yang aku bawa.
" Ehh...cikgu ni masuk juga," getus ku dalam hati.
Dari situ kami terus berkenalan mesra. Kami bagai ada satu
chemistery . Berkongsi ketawa pada perkara yang lucu. Saling memberi semangat
pada bicara hati yang kadang-kadang sebu. Dia seorang ibu tunggal yang mengajar
di salah sebuah sekolah menengah di Kota Baharu. Dia juga seorang peniaga yang
gigih dalam perniagaan kosmetik dan penjagaan diri. Aku kagum dengan kegigihannya
berkerja dan berusaha.
Setiap kali kunjungan ku Kota baharu atas urusan kerja dan membina networking
pasti disambutnya mesra. Dia tidak pernah membenarkan langsung untuk aku
bermalam di hotel penginapan sebaliknya rumahnyalah tempat aku menginap bila
aku ke sana. Dia sanggup berjaga malam untuk menunggu aku yang sampai jam 2
pagi. Keletihan memandu berseorang tidak terasa, sebaliknya aku merasa amat di
hargai. Aku merasa kembali kehangatan persahabatan yang telah hilang selama
ini. Aku bersyukur kepada Allah kerana telah mempertemukan aku dengan orang
sebaik beliau.
Dari seorang yang tidak minat membuat jualan , aku beralih
setuju pada cadangannya. Pada aku why not aku menolong mengedar dan menjual
barangan kecantikannya atas dasar win-win situation. Aku selalu setuju pada
pepatah ' orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa ' dan perkara
inilah yang aku praktikkan dalam hidup. Aku kenalkan beliau kepada salah
seorang networking ku yang tinggal di Grik. Juga salah seorang penjawat awam di
sana. ( Aku kira teman ku yang tinggal di Grik ini juga mampu ku tolong - hanya
kerana aku terhutang budi pada beliau. Setiap kali kereta aku meragam di atas
jalan raya ...entah bagaimana bagai TUHAN hantar dia ke situ untuk menolong aku
). Orang yang sama, di tempat yang berlainan - macam skrip dalam filem pula.
Kenalan ku yang di Grik ini seorang lelaki yang telah beristeri dan aku
berkenalan juga dengan isteri dan keluarga mertuanya. Nak jadi cerita isteri
temanku di Grik ini seorang guru tadika yang memang aktif berniaga.
Sungguh....aku berasa berada dalam ' kelompok yang betul' awalnya.
Dari situ mereka berurusan. Barangan secara consignment
dihantar kepada isteri temanku di Grik .
cukup tempoh consignment bila diminta bayaran isteri temanku di Grik ini
berdolak dalih. Sebaliknya menyalahkan dan membabitkan aku pula atas ketidak
upayaannya membayar sedangkan barangan 75% JUALAN HABIS ! Dan aku pula tak tahu
entah apa yang diceritakan kepada sahabat ku si cikgu tadi , akhirnya menuntut
pula bayaran consignment itu dari aku. Katanya itu adalah sebagai bayaran
kontra hutang aku dengan isteri temanku di Grik. Aku memang terperanjat beruk.
Tiba-tiba aku terasa di tikam oleh ke dua belah pihak. Bermula dari situ
persahabatan yang aku harapkan berkekalan hingga ke akhir hayat retak. Memang
aku merasa sangat sedih kerana kehilangan teman, kenalan yang telah kuijabkan
sebagai sahabat di awalnya. Tapi inilah kenyataan hidup. Aku dikhianati sahabat
untuk kali ke dua dalam sejarah hidup ku.
harsikaram.wordpress.com
Errmm memang benar komen yang ditulis di status FB
ku....indah nian istana bunian dan bagi aku...SENYUMLAH. HIDUP INI TETAP INDAH.
Cerita ini sangat baik, tapi setelah kubaca ternyata pada akhirnya sedih juga, mungkin ini sebuah takdir, dan sebagai orang arief kita harus bisa mengambil manfaat dan hikmah
ReplyDeleteAmbil manfaat kebaikannya
dan lupakan semua yg akhirnya membuat sedih
postingan bagus, memiliki makna pengetahuan utk ke depannya
Terima kasih sudah berbagi
Sedih itu sudah ku lepaskan di angin lalu Penyuluh Perikanan.
ReplyDeleteia mengajar menjadi lebih tabah..kan
ReplyDeleteBetullah tu Sop.
Deletehm..nak buat macam mana. biar org lupa kita, jgn kta lupa org..
ReplyDeleteSetuju dengan awak Ikhmal.
DeleteSalam kenalan dari saya...let's follow my blog..
ReplyDeletewww.ramizahrahman.com
Tq for a visit Ramizah. I will definitely come and visit your blog ;-)
ReplyDelete