Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sketsa KL Central dan Terminal Bas Bandar Tasek Selatan

28hb November 2012. Hari ini aku menghantar Hafizul dan Farouk untuk balik ke kampung. Sudah lama aku tidak pulang ke Johor . Disember ni genap setahun aku tidak menjejakkan kaki ke sana lagi. Sejak emak dan bapak kembali ke rahmatullah aku terkadang merasa ' tiada keperluan'nya untuk aku kembali ke sana. Walau banyak nostalgia aku di sana - aku masih merasa marah, kesal dan kecil hati. Tapi biarlah...

Ini kali pertama aku melepaskankan anak bujang ku bersendirian menaiki pengangkutan awam ke luar kota. Biasanya kami sekeluarga akan selalu bersama bila pulang ke kampung. Tapi oleh kerana ada beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan, aku melepaskan Hafizul pergi ditemani oleh abangnya Farouk. Esok dia ada peperiksaan percubaan untuk memasuki MRSM. Jika diterima masuk alhamdulilah. Jika bukan rezekinya - sekolah harian biasa pun ok. Apa kurangnya sekolah harian biasa ? Kejayaan bukan ditentukan oleh gred sekolah sebaliknya oleh usaha gigih murid itu sendiri. Pada aku mana-mana sekolah pun sama. Yang penting ialah hasilnya bukan namanya.

Dalam perjalanan memandu ke Kuala Lumpur , kereta aku riuh dek suara sakat menyakat si abang-abang dan adiknya Daniel. Bergusti dalam kereta ..., dah jadi perkara biasa untuk aku sekeluarga. Adalah berhentinya 10 minit bila disergah supaya diam, kemudian mereka sambung bergusti lagi dan hanya berhenti bila mendengar Daniel menangis. Si Hafizul ni satu keistemewaannya bila berjalan...dialah yang  menjadi pak lawak . Perjalanan sentiasa riang dan tidak kering gusi dengan lawaknya.

Terkenang aku peristiwa beberapa bulan lepas. Sedang aku asyik memandu menuju ke Jalan Ipoh tiba-tiba jalan menjadi sesak. Terus masuk ke otak aku - mesti ada accident. Tak lama kemudian ..nin non nin non bunyi ambulance membenarkan sangkaan ku. Accidentnya di sebelah kanan tapi sesaknya melimpah ke sebelah kiri. Biasalah...bukan menolong sebaliknya semua driver sibuk memperlahankan kenderaan untuk melihat kemalangan. Selang 15 minit .., sebuah kereta ambulance kelihatan membuat pusingan di bulatan Jalan Duta. Daniel yang perasaan kami berselesih dengan dua kereta ambulance menegur, ' aii...tadi kan ambulance dah lalu...kita kan nampak mangsa kemalangan dah dimasukan ke dalam van ?' Daniel memandang muka ku dengan wajah blur.
" Aahh...tadi terangkut badan je...dah naik ambulance baru sedar tangan tertinggal kat tepi jalan, lupa nak kutip. Tu yang ambulance tu patah balik ," Hafiz spontan menawarkan jawapan. Aku ketawa pecah perut. Serta merta teringat cerita kecuaian kakitangan hospital yang ironinya ada berlaku di sekeliling kita.

Oleh kerana aku sendiri belum pernah sampai ke Terminal di Bandar Tasek Selatan , aku singgah di office hubby untuk dia menunjuk arah. Kami berhenti makan tengahari di R & R Kinrara. Makan berlaukkan ayam kampung goreng. Hubby aku cakap best. Aku kata tak best. Pasal bukan saja ayamnya bersaiz kecil sebaliknya hanya digoreng dengan garam aja. Kunyit pun tak ada letak. Entah kerana dah kehabisan serbuk kunyit atau kerana nak menjimatkan bahan ( kedai dah ramai orang ) atau kerana gunakan ayam kampung dara maka tak perlu letak kunyit bagai. Aii entah lah. Macam-macam...orang kita ni bila berniaga.

On the way to Terminal Bandar Tasek Selatan... kami dapat lihat 2 buah kereta peronda polis saling memperlahankan pemanduannya sebelum berhenti di tepi jalan. Aku dan hubby sama-sama berpandangan sesama sendiri.
Hubby aku mengeluarkan ayat spontannya, ' ehemm..biasalah dah tengahari ni. Time makan'.
' Bro..makan kat mana kita hari ni ?' Farouk memulakan ayat sesedap rasa.
' Ehh ..tak pe bro, kuih pagi tadi ada lagi. Belum dapat collection lah,' Hafizul menyahut spontan.
Pehh..kah..kah..kah...Berderai kami sekeluarga ketawa di dalam kereta.
Budak-budak sekarang lebih cerdik youuu.

Terminal Bandar Tasek Selatan memang sangat cantik dan kemas. Aku rasa mirip kepada suasana KLIA pulak. Ahaks. Hai..pandai-pandai koranglah anak.... Nak hantar turun ke gate 6 tak boleh. Hanya yang ada boarding pass alias tiket je yang boleh turun ke terminal yang dah ditentukan. Aku, hubby dan Daniel terus beredar dari situ.

Daniel asyik merengek untuk naik komuter. Teringin katanya. Hubby aku pun sama sebenarnya. Kali pertama aku dan hubby naik komuter adalah sembilan tahun sudah. Oiii...lama tu. Oleh kerana kami sama-sama mengejar masa ( hubby aku ada appoinment selepas ini dan aku pulak tak mau tersangkut dengan jalan  jem di sebelah petang ), kami parking kereta di Kampung Pasir dan terus membeli tiket di stesyen komuter di Petaling dan haluan kami hanyalah ke KL Central. Janji dapat puaskan hati Daniel sudahlah. Dah macam unta tersesat jalan aku rasa, nak masukkan  tiket untuk melepasi palang gate dan seterusnya menunggu komuter pun kami tak tahu caranya. Aku dan hubby aku betul-betul bodoh masa tu. Dua tiga kali dia masukan tiket tapi palang gate tetap tak boleh ditolak hahaha.

Platform menunggu di KL Central, orang ramai di Kl Central
                         Menunggu komuter untuk ke stesyen Petaling

 Dalam komuter sambil dengar lagu
                                                                       Burger King di KL Central

                    Semua gambar di sini Daniel yang snap                            


Menunggu komuter sampai lagi satu hal, Daniel asyik berjalan ke sana kemari. Aku cukup risau takut dia terjatuh di landasan, maklumlah Daniel ni memang jenis aktif sesangat. Jenis mulut bercakap tak berhenti, badan pun tak berhenti bergerak ke sana kemari. Mata aku rasa nak naik juling asyik tengok dia berpusing dengan ear phone tersangkut di telinga , talipon dalam saku seluar dan dia menari sorang-sorang di tepian landasan komuter. Nasib baik komuter belum sampai dan orang pun tak ramai. Hentian pertama kami adalah   Pantai Dalam. Hentian ke dua pulak adalah Angkasapuri sebelum kami turun di hentian ke tiga iaitu KL Central.    
                             
Lagi sekali kami tercangak-cangak macam rusa masuk kampung bila sampai di KL Central. Ingatkan boleh rempuh sesuka hati, rupanya kena tunjuk pas/tiket bila nak masuk ke ruang legar KL Central. Hahaha...jakunnya kami. Hubby aku dengan muka blur cari counter tiket untuk beli tiket balik.  Kami berjalan ke sana ke mari tanpa arah tujuan, buat window shopping ( satu perkara yang aku paling menyampah nak buat tapi HUBBY AKU SUKA pulak tu. Ya Allah !!! ) dan beberapa kali aku berhenti bila nampak money changer. Sesaja tengok nilai tukaran wang asing kat situ ..hehehe.

Apa yang tak ada ? Semuannya ada dan macam-macam ada. Daripada MAS, Air Asia, Starbuck, Mc Donald, KFC, berbagai restoran kecil dengan menu hidangan mereka dan berberapa kedai lain yang menjual buku dan majalah, kedai kamera, lap top, pameran jualan murah dan pelbagai...dan akhirnya aku singgah di Burger King kerana Daniel kata perutnya dah 'nipis' bila terus berjalan. Dia nak makan. Nak tebalkan semula usus perutnya. Eeiii....anak sorang ni. Asal berjalan sikit mesti singgah kedai. Laparlah. Hauslah. Kalau tak masuk kedai makan kejab lagi dia buat muka macam orang Sudan kebuluran. Mesti tak sampai hati tengok kan ??


3 comments:

  1. hahahahahaha..terselit juga sindiran pedas dalam entri ni dalam lawak-lawak tu ye..hehehehe

    ReplyDelete
  2. hmm... apa yg merajuk smapai dah tak nak balik kampung tu?

    dalam tawa ada pedas pedasnya jugak ye.

    ReplyDelete