- Kita pergi ke mana cuti sekolah kali ni ma ?
- Kita tak pergi jalan ke mana-mana ke ?
- Kita tak balik kampung ke ?
Arghh...tension aku. Dah le tahun ni ada lagi dua orang anak yang bakal menduduki peperiksaan besar. si Farouk bakal sit for SPM exam. Natasha pulak bakal sit for PMR exam. Tuisyen yang pihak sekolah sediakan aja dah ambik masa minggu pertama cuti sekolah. Belum masuk lagi tuisyen luar yang diambil secara persendirian. Cikgu Tajul sebagai pusat pengendali pusat tuisyen dan tenaga pengajar yang popular di situ memang amat tak suka kalau pelajar tuisyennya ponteng. Mulut dia pot pet, pot pet, sampai aku yang jadi mak pun tak sanggup nak dengar. Tapi itulah namanya cikgu yang perhatin. Pendek kata selagi ada anak yang menduduki peperiksaan besar....selagi itulah aku tak boleh nak berjalan bila tiba cuti sekolah kecuali PONTENG !
Aku ??? Hehe...tiap-tiap tahun ada. Maklumlah beranak stail kereta api express..
Dan kerana itulah 2 orang anak aku akhirnya ponteng tuisyen sekolah dan tuisyen private hari jumaat lepas dan dapatlah kami cabut ke Kedah dan Penang. Hubby memang tak dapat pergi, manjang stand by dengan kerja...apa raaa. Anak cousin aku yang memang rapat dengan aku pulak sampai ke rumah. Sudah kerja...mana nak sumbat 7 orang anak dalam satu kereta ? Habis kisah Farouk dan Hafiz aku hantar naik train dan 4 orang budak perempuan termasuk Daniel naik kereta dengan aku. Ngamm 6 orang satu kereta. KIA Sephia aku walaupun dah 9 tahun aku guna masih segak dan mengancam. 3 hari sebelum cuti sekolah aku dah tukar 4 tayar baru, ganti stering kecik yang lebih comel sebab horn steering yang lama dah tercabut, alighment dan balancing semua dah buat..apa lagi memang sedap lah memecut di jalan raya. Paling best tentang Sephia ialah suspencion break system, tak payah nak enjut banyak kali. Sekali pijak confirm makan punyalah. On the way to Kedah, hujan renyai-renyai, dengan semua sibuk layan lagu secret - Moroon 5 di CD yang dimainkan dalam kereta, masa tu aku pandu 110 kmj . Kereta honda hijau kat depan aku tiba-tiba buat brek mengejut. 2 kali aku nampak kenderaan itu terhenjut-henjut sebelum enjinnya mati. Nasib baik walau pun laju aku sempat tekan brek dan kereta aku berhenti just nice sebelum menghentam bontot kereta honda hijau yang berhenti mengejut di hadapan. Tapi kesian le honda hijau tu, driver tak sempat brek dan terus menghentam kereta perdana di hadapannya pulak. Bumper depannya terangkat - remuk. Jalan terus jem. Slow-slow aku blah dari tempat kejadian. Siapa kata yang selalu cuai tu lady drivers ? Orang jantan pun lebih teruk dari itu weii. One thing yang selalu aku pesan pada diri sendiri bila memandu kereta ialah biar pun memandu laju ialah - JAGA JARAK. Kes honda hijau tu hentam perdana pasal memang dia mengikut terlalu rapat sewaktu mendaki bukit dan terowong di Ipoh lagi.
Selalunya bila nak memandu apa yang aku amalkan adalah :-
1. Baca basmalah
2. Baca doa menaiki kenderaan
kredit pada : http://berikankucahaya.blogspot.com
3. Baca surah Al-Ikhlas 3 kali. Sekadar petua dari orang tua-tua kalau tak mahu hayat berakhir di atas
jalan raya. Mudah-mudahan Insya Allah.
( Amalkan. Anda akan mengalami sendiri keajaibannya jika diizinkan Allah )
4. Mengucap dua kalimah syahadah.
( Mana tau tak sempat mengucap nanti dan di mana hayat kita berakhir )
Yang paling best ialah bila kali ni aku rasa tidak mengantuk dan letih bila memandu selepas menelan pati delima GULSAN. Ehhh...betullah tak rasa letih langsung kali ni. Kalau tak pasti aku dah menguap 4 - 5 kali bila memandu maklumlah dah tak berapa nak muda hehehe..
Cerita tentang Kedah dan Penang lain kalilah aku masukan dalam entri. Sekarang ni jemari aku tengah segan nak menulis dan sebelum aku mencarut bukan- bukan ( err..' mencarut' tu istilah anak aku si Farah bila mamanya mula nak merepek bukan-bukan. Istilah untuk aku adalah Tok Selampit. Ok, what ever sebelum korang semua rabak mata dan sakit jiwa membaca... lebih baik aku chow.
Sumber Google |
Assalamualaikumm.. ya allah. nasib baik tak jadi pape dekat akak dan keluarga. betul kak, kalau kita baca doa sebelum buat sesuatu insyallah kita dilingungiNYA :)
ReplyDeletenampak semuanya seronok bercuti sekolah.He.
ReplyDeleteselamat bercuti kak huhu
ReplyDeleteCuti bisa juga untuk melakukan hal-hal yang bermanfaat agar dapat refres
ReplyDeletesaya juga sangat senang karena disini juga bisa mendapatkan doa yg sangat berguna, terima kasih sudah berbagi
masa cuti sekolah mmg anak2 akan tanya nak kemana kerana biasa kita ajar cam tu kan
ReplyDeletelagi pun masa cuti sekolah masa paling sesuai untuk berjalan atau adakan aktiviti keluarga
sop pun ada bawa anak2 bercuti dan berjalan :)
mujur2
ReplyDeletetu la, jarak antara kenderaan mesti selalu nak kena jaga
tak boleh rapat2
kalau ceritanya nggak habis-habis berarti bersambung trus ya..hehe
ReplyDeletecahayacinta.com
ReplyDeletebila anak2 terpaksa pontnag sekolah mmg bt kita sedih huuu
huhu tu la follow terlalu rapat mmg mengundang bahaya....nasib kak lynn dan bebudak tu selamat sampai....
ReplyDelete