Memang dah lama sangat aku tak up date apa-apa dalam blog ni. Pertamanya tak tau apa nak postkan. Ke duanya pulak bila dah ada idea untuk entri baru biasanya..waktu dah baring kat bantal ler. Sure malas nak bangun ambik kertas dan pen untuk catit semua idea tu. Budget best jer boleh ingat sampai esok pagi. Sudahnya bangun pagi idea dah bertabur...tak tau mana nak kutip. Ke tiganya pulak bila dua perkara yang di atas dah berjaya aku atasi...line internet pulak rosakkkk ! Hishh...bengangnya mak cik.
Nak pergi ke cyber cafe untuk post entri ? Idak ler. Bising ya amat ! Budak-budak tu memekak Ya Rabbii. Macam cyber cafe tu tok nenek dia punyalah .
Budak-budak sekolah menengah, sekolah rendah yang masuk asyik dengan game ! Game ! Game !
Itu tak per lah lagi kalau main dengan berhemah. Jangan harap. Dia duduk depan komputer tu sama guna
bahasa mencarut ! Maki hamun dengan perkataan s**l tuttt, b**i..tuttt dah jadi mainan di bibir. Bila kita tegur dia buat muka selamba jer. Buat muka tak bersalah. Tak ada perasaan takut mahupun malu.
Eeii...kalau lah bebudak tu semua anak-anak akak dik non, dah akak sepak-sepak muka dia. Ni salah sapa ni? Siapa mak bapak budak-budak ni ? Tak tengok ker anak dia main ke mana ? Di mana ? Berjam-jam pulak tu bila main game. Banyak duit bebudak tu ya. Kesian sungguh.
Okey sambung balik yang tadi. Ini nak bagi alasan yang ke empat la pulak hehehe. Bila internet connection dah ada...idea aku hilang lagi. Heheheh...alasan. Alasan. Hai, kalau macam ni lah cara kau bekerja cik Lyn......kirim salam jer lah.
Yang tu tak pe lagi. Nak jadi cerita mamat yang perasaan handsome ni jiran aku. ( Tapi dia memang handsome pun, eerrr .. itu pun kata anak perempuan aku yang dua orang tu lah ). Mamat ni blogger. Aku cerita blog biz aku dia cerita ya adoiii. Kalau aku tulis semua kat sini jawabnya aku tak tidur malam lah ni. Soo to make the long story short, aku pun add dia kat Fb ! Alah, mukabuku tu ler.
Nahh engkau, dia invite aku join blogger group., YA RABBIII ... aku add sampai nak mengantuk lah ni. Adoii..aku dah rasa nak meroyan dah ni add group tak habis-habis. Yang syoknya blog aku bertambah ler viewer nyer ! Peace.
Terima kasih ya kepada semua pembaca yang sudi singgah kat blog merapu aku ( terutamanya pada pelawat-pelawat dari FB ). Tanpa dik non semua siapalah akak ni.
Nak tengok tak muka si handsome yang dah buat aku gila meroyan tu ? Jeng..jeng
Terima kasih bebanyaklah yer BONIJL3 sebab berkongsi ilmu dan idea. Semoga Allah swt memberikan pahala atas ilmu yang BoniJL3 kongsikan dengan akak sebelah rumah ni. Am wishing you all the best in you carear dik ooi. Selamat malam .
uiksh!!! sapa yang kacak sangat tu??hahahahahha
ReplyDeletehehe..
ReplyDeleteakak jiran boni...?
so camner akak..? adakah dia mmg gila kacak mcm yg digembar-gemburkan..
?
hehe..salam perkenalan kak..
dayah follow akak yek...
support sesama kita..
(blogger kecil2an..)
Terima kasih kerana singgah Dayah. Jangan serik singgah lagi.
DeleteBoni mmang kacak sgt Dayah. Sampai anak akak pun jadi secret admirer dia. Tapi akak cakap tak nak la buat menantu, sbb waktu tu nanti Boni dah ganyut sedang anak akak masih 'ting-ting'. hahahaha. jgn marah Boni.
Deletehaha.. salam perkenalan kak :) aida datang dari blog budak meroyan itu :P
ReplyDeleteBudak tu memang hari-hari meroyan Aida. Salam perkenalan.
DeleteUntungla kan ade jirn gni
ReplyDeleteOOO mestilah Iffah. Carilah jiran yang sebegini.
Deletehai akak Lyn.. ana dtg dr blog Boni tu =P
ReplyDeleteSlm kenal,
anamizu
Salam kenal Anamizu. Singgah-singgah selalu yer.
Delete