Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Air Terjun Kancing lagi.....

Cuti-cuti sekolah ni apa yang best untuk dibuat ?
Makan tidur, tengok tv, jalan-jalan, berenang di kolam mandi, main bowling di golf club atau Selayang Mall, pergi rekriasi, pergi pantai main banana boat, jetski, flying fox, main bumper car, pergi go-cart atau mandi air terjun jer lerr....FREE heehe.



Tapi nak masuk kawasan Kancing la ni dah kena bayar. 8 tahun dulu free je nak masuk...( 8 tahun dulu anak semua kecik-kecik lagi ). 4 tahun kemudian dia cas rm 0.50 sekali masuk per kenderaan. 3 tahun kemudian dia cas rm 2 untuk kenderaan dan orang rm 0.50 per head. 1 tahun lepas tu dia cas rm 4 per kenderaan. Minggu lepas pengendali hutan lipur tu dah cas rm 1 bagi setiap kepala yang berada dalam kenderaan. Aye..aye... cas kemasukan naik slow-slow yo.

Oleh kerana anak sedara pun tengah datang melawat kawasan dan merapatkan siratulrahim, jadi bawa je le gi Kancing, dekat dengan rumah dan kerana dah lepak dek aktiviti bowling sehari sebelumnya.ahaks !
Bawa mee hoon ...goreng sampai 4 bungkus. Bubuh rencah udang, daging dan fishball di dalamnya. Kena sedap beb..rakyat jelata yang nak makan ramai. Masak nasi biasa, ayam aku perap, ikan aku perap. Buat kuah ikan percik, air sirap dan air oren semua siap. Buat menambah semangat tumis sayur pucuk paku, ulam petai dan timur serta SAMBAL TEMPOYAK ! Lagi sekali beruntung punya rakyat jelata yang ramai ni...abis-abis kisah ... aku, suami, ipar dan biras bawak badan je nak sampai ke atas.

berendam di hutan kancing, berendam di kolam
Berendam time
tempat bakaran kat tunggul, ikan dan ayam percik
Tempat bakaran...atas tunggul jer


berendam atas batu
Anak saudara dan sepupu sepapat

Ipar dan biras

Hubby & anak-anak saudara

Farah kena jadi baby sitter kat  kolam

Tasha

Gambar kenangan

Anak duyung

Nurul and cousin


Hubby aku lah tu. Nak buat aksi akrobatik...

Hafiz
Kancing ni ada beberapa level tempat mandi. Nak main air cetek...kat bawah je ler tak payah manjat tangga bagai. Ini untuk orang-orang yang beranak kecil. Dulu waktu anak-anak aku kecik, kat situ jugalah tempatnya aku berkemah heheh. Nostalgia. Sekarang anak dah mula remaja, gagah banyaklah bila melangkah. Apa barang mandi kat tempat cetek...naik atas lah beb. Airnya lebih sejuk. Pemandangan lebih cantik, kolamnya lebih dalam dan lebih penting menapak lebih sikit. Tak apa kut. Yang penting semua anak-anak berada di bawah supervison ibu dan bapa. Karang disebabkan aku malas menapak...entah apa pulak jadi kat anak-anak di atas. Malang tak bebau Cik Joyah ooi.

Dan aku dah agak...dia orang semua ni...mandi sikit - naik atas makan. Sejuk berendam - naik atas makan lagi dan lagi. Hehehe..memang best berendam sampai 3 jam kat situ. Kuku jari Daniel sampai birat...nak suruh keluar dari kolam siap kena paksa. Adoi aaiii...malam balik semua keletihan. Tak masak. Perut lapar tapi tak selera makan. Selamat aku - tak payah masak lagi.

Esoknya gi Nally's dan karaoke pulak :D

2 comments:

  1. rasa macam terjatuh cinta pulak dengan tasha..hahahahaha..hai mak mertuaku..hehehehe

    ReplyDelete
  2. Tengok orang mandi saya jadi kepengin ikutan mandi

    ReplyDelete