Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita cita-cita


" Cita-cita ku menjadi orang kaya hei "
Hehe...abaikan perkataan ' hei ' yang aku sengaja tambah tu. 
Saja nak bagi mood ceria pagi hari ni. Selalu entri aku buat dinihari......

                                       Ơ̴̴̴̴̴̴͡.̮Ơ̴̴̴̴̴̴͡ º°˚˚°ºGoodº°˚˚°º                             
                                    º°˚˚°ºMorning  All º°˚˚°º

Pening kepala bila aku tanya si Natasha dia nak jadi apa. Nak sambung kursus
apa bila habis SPM nanti. Atau apa cita-cita dia. Dia boleh jawab kat aku, 
' entahlah. Tasha pun tak fikir lagi nak jadi apa dan nak ambik kursus apa.....'
Boleh gitu ? Tahun depan dah nak exam SPM ni. Sabar ajalah........


Dia tak tahu ke yang bercita-cita itu penting untuk menentukan  hala tuju dalam
pencapaian dan kehidupan ? Dalam banyak aspek cita-cita adalah pemangkin
semangat yang bakal menjadi motivasi ke arah kejayaan. Bukan dia tak pernah
melalui saat ditanya guru sejak dari sekolah rendah lagi, ' cita-cita kamu nak jadi
apa ? ' Lepas tu sorang demi sorang kena bangun memberikan jawapan spontan
tentang apa kita nak jadi bila besar nanti.

Dulu bila cikgu tanya aku di sekolah , ' sebutkan cita-cita awak.' Aku pun terus
bagi 3 jawapan :-

1. Aku nak jadi wartawan
2. Aku nak jadi lawyer
3. Aku nak jadi novelis

Tapi bila dah besar sikit aku tertarik pulak dalam bidang kesetiausahaan 
( masa tu jurusan kesetiausahaan popular kat ITM hehe ). Puas abang angkat
aku bagi nasihat dan cuba mempengaruhi aku, " jangan dik, jangan. Jadi
setiausaha nanti akhirnya duduk kat peha bos ler tu. Ambiklah kursus lain. "
Eleh, tak semua yang begitu. Tak bagi semangat langsung Abang Rahmat.
Dia cadang kat aku sambung belajar kat bidang geologi. Aku bukan minat
geografi. Aku minat sejarah.

Tapi kemudiannya waktu aku dapat peluang interview ke ITM , yang interview
tu tanya aku apa bidang yang sebenarnya aku nak mohon ? Jawab aku, pertama 
nak mohon pengajian undang-undang, kedua aku nak mohon jurusan kesetiausahaan.

Aku ingat lagi muka pegawai hitam manis berambut kerinting tu  jawab kat aku,
, " Tak payahlah masuk ITM, lagi elok awak sambung belajar ke form six."

Dan aku balik bodoh hari tu kerana  menyangka aku tidak diterima dan terus 
sambung ke form six. Terbang impian nak ke  ITM. Sehinggalah emak meninggal
5 tahun lepas dan setelah selesai urusan pengkebumian, kakak aku menyerahkan 
beberapa keping surat yang salah satunya buat aku terkejut beruk. Gembira, sedih,
bangga, marah, meradang semuanya ada. Salah satu surat yang aku buka menyata
kan yang permohonan aku untuk belajar di jurusan undang-undang yang ( paling
aku minati ) rupanya diterima. Ya Allah, mati-mati aku ingat permohonan
aku ditolak selama ni. Kenapa mak sembunyikan ? Kenapa mak tak bagitahu ?

21 tahun telah berlalu. Terkilan kah aku ? 

Memang mak tak mahu aku belajar jauh. Dia tak mahu aku tinggalkan dia.
Tapi mak tetap tak dapat menghalang aku dari merantau. Habis STP aku
berhijrah juga ke tempat lain. Aku hanya pulang ke kampung bila cuti menziarahi
mak dan bapak.

Minggu ini Farah habis pengajian diplomanya. Tahun depan jika diizin Tuhan
dia akan pergi ke luar negara untuk menyambung pelajaran.. Aku galakan. Pergi lah.
Pergilah merantau terlanjur masih muda dan belum berpunya. Raihlah pengetahuan
dan pengalaman. Balik lah semula ke negara ini untuk menabur bakti. Jangan
menggigit tangan mereka yang telah menghantar mu ke sana.


Ah...mudah-mudahan aja ya.