Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Muzium 3D Lukut

Kemunculan 3D muzium atau Art Trick Museum semakin banyak dan merancakkan
pameran seni dan lawatan di Malaysia. Ia wujud sebagai salah satu trend dan karya
seni yang sangat menyerlah bukan saja diserata dunia malah di Malaysia juga. Buat
masa ini kita telah mempunyai 4 muzium 3D iaitu yang terdapat di i-City Shah Alam,
Lukut Negeri Sembilan, Melaka dan di Pulau Pinang. Kewujudan muzium 3D ini
di Lukut menambah satu lagi tarikan pelancongan ke Port Dickson Negeri Sembilan.

Dan sebagai dari penyambungan cerita musim cuti sekolah kali ini, on the way
back to KL kami menyinggah ke Muzium 3D di Lukut. Sebagai tips, elakkan
memakai kasut tumit tinggi bila memasuki kawasan muzium dikhuatiri anda akan
dilarang masuk atau terpaksa menyewa sandal biasa yang mereka sewa/sediakan
( polisi ini diguna pakai di sesetengah muzium ),kerana bimbangkan kasut tumit
merosakkan lukisan mereka. ( Pakai wedges pun mereka dah jeling kat aku ).

Rata-rata bayaran masuk ke muzium 3D adalah antara RM 15 - RM 25 untuk
dewasa. Sementara kanak-kanak RM 10 ( bergantung kepada season sebenarnya )

Tips yang terakhir elakkan memakai pakaian yang berwarna tanah, coklat plain
terutamanya elakkan le. Kalau tak gambar korang nanti jadi dull dan tak hidup
langsung. Pakai baju yang berwarna garang dan terang lebih menjadi saat korang
 memotret gambar di dalam muzium. Tak percaya cubalah. Jangan nangis bila
tengok korang jadi macam sesumpah dalam gambar nanti.

Kenapa ya mood swing aku tak pulih-pulih dah beberapa minggu kebelakangan ni ?
Nak blogwalking,nak taip entri semua malas. Tapi ini virtual dairy yang merakam
journal kehidupan aku. So aku tulis je lah. Esok-esok bila semakin tua paling tidak
adalah juga bahan yang nak aku baca dan ketawa sendiri.

Ok, kita tengok gambar ajalah ................

                                           

Art trick muzium,muzium 3D Lukut, tips melawat muzium 3D, bayaran masuk ke muzium 3D, Yang menarik di muzium 3D, Lukut, lukisan 3D, karya 3D
Teh tarik special untuk tetamu

Camouflage

Wayang mesti mau baik beb


Heh.., bleh buat ker ?

Kena sepak lah pulakk.....

lukisan 3D, pelukis 3D, ciptaan 3D, Lukut negeri sembilan, tarikan di port dickson,
If this is real, i would love to stay here forever

Ingat kat Mexico je ada lembu cengini ? Kat Lukut pun ada lahh...

Hehe.....paling seronok Farouk dengan gambar nih :D

Best actor and actress : Hafizul & Nurul

Ingat David Coperfield je boleh buat magik ?


I present to youuu.....my dad !!!!

Gambar dlm muzium semua jadi sesumpah, ambik pic kat luar dah ler



Susah nak pegang budak sorang ni, manjang ghaib, jln kemain laju.

1, 2, 3..... ACTION !!

Ini bukan cerita jin dalam botol

Pengalaman kencing bersama Incredible Hulk & Spider Man

Macamana kalau saya jadi boy friend awak ?

Tak payah gi Hawai.... dalam muzium ni pun boleh hehehe...

Apa nama cerita pasal Paus Biru ni entah, aku pun dah lupa.


Who's ur dad ???

Surfing dengan kemeja jer. Hek eleh....

Alamak,tersiram lah pulak Pak Santa nih. Hehehe.....


Meriahnya dengan anak-anak

Apa kata buka restoran yang setting back groundnya berkonsepkan lukisan 3D....
mana nak cari pelukisnya haa ?